Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Jumaat, 30 Januari 2009

Ranjau Kehidupan

Hidup ni penuh dengan dugaan dan cubaan, ranjau, onak dan duri, harapkan pagar-pagar makan padi dan sebagainya...

sebenarnya susah untuk menjalani hidup di atas muka bumi Allah ni.... yerlahkan kita kena pandai mendidik akal kita supaya dapat membimbing nafsu agar tidak melakukan sesuatu perkara yang tidak baik.... kerana perkara yang tidak baik itulah selalunya mudah untuk kita lakukan berbanding perkara-perkara yang baik....

Hidup ini umpama roda.. semua orang tahu mengungkapnya tapi hanya segelintir yang boleh mendefinisi kan pengertiannya...

Sesungguhnya kita ni tidak bersifat maksum atau sempurna.... pasti ada kesilapan yang kita lakukan... dan selalunya kesilapan yang tidak kita sengajakan... dan ada juga yang sengaja melakukan... apapun terpulang pada individu itu sendiri dalam mendidik akal fikirannya.

Kalaulah kita selalu melakukan kesilapan atau melakukan perkara yang tidak baik secara berulang dengan cara sengaja... bolehlah disamakan dengan yahudi yang sekarang ni tidak pernah puas dengan sikap kerakusannya....

Bagi Yahudi memang mereka hebat di dunia mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan dan aset yang tak ternilai..... begitu juga kebanyakkan orang-orang berada atau kaya raya.. mereka mempunyai aset harta yang berjuta dan sebagainya.... namun sedarlah mereka memang mendapat kebahagiaan di dunia ini untuk dinikmati sepuas-puasnya.... namun kelalaian mereka terhadap pencipta yang Esa pasti mengundang bencana akhirnya... di akhirat mereka akan merana buat selamanya...

Jadi saya nak mengingatkan diri saya dan mungkin kawan-kawan agar sentiasa ingat bahawa segala apa yang ada di muka bumi ini adalah pinjaman semata-mata.... jadi bermallah dengan harta yang kita ada sama ada memberi sumbangan atau derma atau manfaatkan ia kejalan yang benar..... supaya suatu hari nanti kita tidak menjadi hamba harta....

Manusia yang baik perlu mempunyai kejujuran..... dan berani mengaku sekiranya melakukan kesilapan seperti kata pepatah berani kerana benar dan takut pula kerana salah. Rasa takut seharusnya hanya kepada tuhannya..... bukan sesama manusia... tetapi dengan manusia seharusnya rasa hormat dan kasih sayang perlu ada.... fikirkanlah

Selamat Hari Wilayah 2009

Warga Wilayah Persekutuan akan bercuti pada hari Isnin ni sempena Hari Wilayah yang disambut pada 1 Februari 2009(Ahad).

Semoga Wilayah Persekutuan terus Maju dan Sejahtera di bawah pimpinan Y.A.B Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique yang telah menjadi Menteri Wilayah Persekutuan sejak 14 Feb 2006....

Saya sebagai warga Kuala Lumpur mengucapkan selamat hari Wilayah kepada semua warga Kuala Lumpur,









Labuan









dan juga Putrajaya.....









Maju dan Sejahtera

Harmoni

Wilayah Pertiwi

Semoga

Sentiasa diberkati

Wawasan

Hala Pembangunan

Sebagai

Semangat Perpaduan

Wilayah Persekutuan

Maju dan Sejahtera

Maju dan Sejahtera...

Khamis, 29 Januari 2009

PNR episod Akhir



Hari ni merupakan hari terakhir tayangan cerita puaka niyang rapik... memang best citer tu... yang penting dia memberi input yang baik sebab secara langsungnya kita dapat membezakan watak yang baik dan jahat... jadi yang jahat tu jangan ler diikut... pengajaran lain dalam cerita ni termasuklah meminta hanya pada Allah sebagai tuhan segala makhluk dan jangan sekali-kali menduakanNya...

Pagi tadi cikgu zol ada cakap nak tengok citer ni kat blog saya... k lah cikgu zol dan peminat sumer leh ler menonton kat blog saya pada pukul 8.30 malam ni k.... kalau kat TV kol 10 malam.

Habis tengok citer ni leh tido awal esok nak sekolah pulak.

Sila Klik Puaka Niyang Rapik Episod 13(AKHIR)

Blog Sukan tahunan.......?

Seperti yang telah dimaklumkan jam 12.30 tengahari tadi semua cikgu sks berkumpul untuk mesyuarat sukan tahunan.... saya telah di lantik sebagai ajk siar raya dibawah bidang kuasa En. Riduan yang merupakan ketuanya....

Untuk memeriahkan lagi hari sukan kita tahun ni... saya akan cuba membuat satu lagi laman blog Khas untuk melaporkan tentang perkembangan sukan tahunan kita... memandangkan banyak hal yang perlu diketahui ramai... seperti syarat pertandingan, kelayakan, markah dan sebagainya...

Harap sukan tahunan kali ini lebih meriah dan gempak....

Rabu, 28 Januari 2009

Ramlang Porigi telah dipecat

Bekas imam Masjid Wilayah Persekutuan - mendakwa diarah menjadi saksi sumpah laknat seorang pemuda yang menuduh diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim - dipecat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ramlang Porigi, yang ditukar serta merta ke jabatan tersebut September lalu selepas berucap dalam satu kempen ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh, mendapat surat pemecatan itu minggu lalu... puncanya adalah "mencemarkan nama perkhidmatan awam"

Apapun terjadi anggap saja dugaan Allah S.W.T... Kalau beliau di pihak yang benar pasti suatu hari nanti akan mendapat balasan setimpal dariNya... Namun saya hormat akan keberanian bekas imam masjid ni yang sanggup menerima segala dugaan demi menegakkan kebenaran... Namun kita masih lagi tidak mengetahui jalan cerita yang sebenar...

Selasa, 27 Januari 2009

Rebah Tika Takbir... Subahanallah

DUNGUN: Seorang peneroka yang sepatutnya mengimamkan solat hajat di surau Sekolah Kebangsaan Padang Pulut di sini, tiba-tiba rebah dan meninggal dunia dipercayai diserang penyakit jantung, tengah hari semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari, lelaki berusia 65 tahun dari Felda Ketengah Jaya, Kerteh, itu meminta izin untuk menunaikan solat sunat bersendirian sebelum memulakan solat hajat di surau itu.

Bagaimanapun, sebaik mengangkat takbir, Isa@Harun Salleh tiba-tiba rebah menyebabkan jemaah yang kebanyakannya guru panik lalu memberikan bantuan kecemasan.

Namun, usaha beberapa jemaah itu tidak berhasil apabila Isa sudah meninggal dunia.

Mungkinkah kita juga mati dalam keadaan demikian... sungguh mulia seseorang itu apabila saat kematiannya apabila sedang melakukan perkara-perkara kebaikkan. Semoga ianya menjadi petunjuk buat kita yang masih bernafas di bumi Allah ini. Al-Fatihah...

Askar Israel Mati Takhluk Baitulmuqaddis

Hari ini adalah hari yang agak menggembirakan apabila mendengar seorang Askar Israel terbunuh... Alhamdulillah walaupun seorang bagiku ianya ibarat seribu... Kekejaman Israel terhadap Palestin bermula semula..... Mereka seakan tidak mempunyai kewarasan akal untuk berfikir tentang apa yang telah mereka lakukan....

Pembunuhan sesama manusia.... cisss... apakah semua ini? Binatang.. kejam... siapa tuhan mereka? apakah tuhan inginkan keganasan? Apakah dijadikan manusia itu untuk berperang? membunuh? ya... itulah nafsu... keangkuhan Yahudi telah meletakkan nafsu melampaui akal.... dengan nafsu mereka mampu melakukan segala-galanya tanpa berfikir....

Namun kita terutama umat Islam secara tidak langsungnya masih lagi memberi sokongan terhadap Yahudi ini... kenapa saya berkata begini? pikirlah yer.....

Namun apapun... ingatlah... diantara tanda-tanda kecil datangnya kiamat adalah penakhlukan Baitulmuqaddis.....

Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

Isnin, 26 Januari 2009

Doakan Kesejahteraan Keluarga

Pagi ni sempat baca blog cikgu Rosli.... Anaknya kena lelah, demam dan selsema.... kita doakan agar anak beliau dapat segera sembuh yer... biasalahkan dugaan... kena banyakkan bersabar dan terus berdoa agar keluarga kita sentiasa dalam kesejahteraan serta sentiasa bersyukur atas nikmat atau dugaan yang diberi kerana ianya bukan dari sesiapa tetapi dari Allah semata-mata.

"kadang-kadang Allah hilangkan sinar mentari. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya. Rupa-rupanya Allah hendak beri kita pelangi nan Indah...."

Begitulah lumrah kehidupan.... semuanya sudah menjadi ketentuan Allah... kita hanya mampu merancang tetapi Allah jualah yang menentukan... Setiap penyakit pasti ada penawarnya kerana yang menciptakan penyakit itu bukanlah doktor atau tabib atau sesiapa sahaja tetapi Allah semata-mata.... jadi hanya dariNya sahajalah kita dapat meminta penawarnya... namun usaha adalah perantara kerana penawar itu tidak mudah kita perolehi hanya dengan doa tanpa usaha.... dan apa jua dugaan itu pasti ada hikmahnya yang mungkin kebahagian menjelma kemuadian harinya.....

Apapun marilah kita sama-sama menjaga kesihatan sambil berharap agar Allah sentiasa melimpahkan kesejahteraan kepada keluarga kita....

Sabtu, 24 Januari 2009

Sekolah Sibuk Hari ni.... banyak aktiviti

Hari ni pergi sekolah macam biasa... pakai baju sukan jer sebab nak latih sofbol di padang DBKL... tapi sebelum tu bantu guru-guru tahun 6 yang sibuk membuat persiapan untuk perjumpaan dengan ibubapa yang diadakan lebih kurang jam 8.30 pagi tadi.... biasalah sekolah nie... tak pernahnya sunyi.... ada saja aktiviti... yerlah bukan jer perjumpaan dengan ibubapa tahun 6, bahkan banyak lagi aktiviti lain termasuklah orchestra, mini theater, pingpong olahraga, sofbol dll...
Perjumpaan ibubapa tahun 6 pada hari ni... biasalah kan... perjumpaan yang amat penting memandangkan murid-murid tahun 6 tidak lama lagi akan menduduki UPSR.. Walaubagaimanapun ada juga ibubapa yang tidak dapat hadir mungkin kerana agak sibuk... Dalam perjumpaan tersebut pelbagai perkara telah dibincangkan untuk kebaikkan anak-anak... Yerlah.... itulah salah satu usaha yang dilakukan oleh guru-guru untuk melihat anak muridnya berjaya... kerana bila murid berjaya... cikgunya akan tumpang gembira juga.... tak ada cikgu yang nak lihat muridnya merana atau terlara melainkan dirinya yang berkehendakan sedemikian...
Harap usaha Cikgu-cikgu dan ibubapa tak sia-sia.... yang penting untuk berjaya pasti ada halangan... jadi apa jua halangan perlu kita tempuh.... walaupun ianya memerlukan pengorbanan dari segi masa, wang ringgit atau tenaga.... yang penting dengan ilmu yang kita perolehi nanti pasti akan menggembira dan membahagiakan kita... kerana sesungguhnya ilmu itu tidaak ternilai harganya....

Berbalik kepada saya pula... berkenaan dengan latihan sofbol hari ni.... alhamdulillah murid menunjukkan banyak peningkatan... dan disiplin pun semakin baik... bagusler.... kena marah baru leh jadi camtu.... saya ni tak boleh... kalau nak marah saya marah dan tengking jer yer.... kena tahan ler...tapi kalau melawak pulak... tolonglah gelak... kelakar giler hahahahah.... kelakarnya...

Jumaat, 23 Januari 2009

Cuti Raya lagi....


Selamat Bercuti diucapkan kepada semua guru-guru, murid-murid dan sesiapa sahaja yang bercuti sempena Tahun Baru Cina......

Kepada murid-murid jangan lupa siapkan kerja sekolah yang telah diberi untuk disiapkan sepanjang cuti ni...

Kepada mereka yang menyambut perayaan tahun baru cina pula diucapkan Gong xi fa chai......

Khamis, 22 Januari 2009

Petang tadi punyer cerita

macam biasa.. petang tadi buat latihan sikit dengan bebudak sofbol... alamak benci betullah... padang pulak penuh... budak bola sekolah menengah buat game kat situ.... ehmmm nasibbb..

kesian kat bebudak ni.. terpaksa training kat tapak perhimpunan... tapi takpelah yang penting ada jugak yang mereka belajar ari ni pasal cara main sofbol.... yerlah sebelum ni training sambut baling jer....

Baju melayu yang ditempah untuk pakai esok dah pun siap... tempah kat kedai Den Wahab... mujurler siap..

Rabu, 21 Januari 2009

Upload Video Pancing Ikan

Tak lama dulu geng Eskays giler-giler pancing telah pergi memancing di Setiawan Perak... kami telah berkesempatan juga merakamkan beberapa detik indah di sana... jadi atas permintaan ramai... saya telah pun upload video tersut.... anda boleh klik Pancing Ikan, Sitiawan, Perak

Latih Sofbol Keluar Surat Khabar

Huh.. seronok rasanya petang tadi.... latih softball... nampaknya banyak peningkatan yang ditunjukkan.... kalau berusaha bersungguh-sungguh lagi insyaallah akan membuahkan hasil seperti yang diharapkan.... yerlah nak jadi juara.... sekurang-kurangnya harapan mestiada... yerlah mana ada orang main nak kalah.... kalau macam tu sia-sia ajelah....


Balik latihan softball... cikgu Jusvinder hantar mesej... katanya muka ezam kuar paper Star..... aalah betul kuar... kat StarTwo.... macam tak percaya jer.... ari tu amek gambar punyalah banyak siap posing baring-baring lagi... tapi yang kuar kat paper tu satu jer.... takpelah... tapi seronok jugalah rasanya... hehheehe klik sini

Selasa, 20 Januari 2009

Upload Video Pancing

Hari nie ada rasa sedikit penat dan boring... ntah tetiba rasa nak upload video pancing udang kat blog ni... so cubalah... cuba punya cuba akhirnya berjaya..... so kalau nak tengok bolehlah klik kat Ekspidisiku

Isnin, 19 Januari 2009

Ekspidisi Memancing Udang Siri 2

Aktiviti memancing udang siri 2 ini merupakan kesinambungan daripada aktiviti memancing udang yang pernah diadakan sebelum ini. Kali ni banyak pengalaman baru yang diperolehi memandangan ekpidisi kali ni melibatkan ramai peserta baru... nak tahu lebih lanjut Klik Ekpidisiku

Penat Balik Memancing

Penat betul rasanya semalam dan pagi nie.... aku baru sahaja pulang dari ekpidisi memancing udang siri 2 bersama rakan2... selain tu rasa kepuasan yang tak terhingga dan kepenatan yang menghantui diri ini menyebabkan aku perlu melandingkan diri dengan seberapa segera... lagipun esok sekolah... bertugas pulak tu.. jadi ketua lagi... adoiyai.. tak sempat nak buat laporan ekspidisi ni...

Apapun aku akan membuat catatan apabila ada masa yang sesuai nanti....

Sabtu, 17 Januari 2009

Eskpidisi Hari Ini

Seperti yang telah dirancang dan dijanjikan... malam ini Pasukan Cikgu Eskays gila-gila pancing akan memulakan perjalanan ke Teluk Intan.. Insyaallah pada jam 11.00 malam.. ekspidisi buat kali kedua ini melibatkan seramai 10 orang sahaja akan memulakan perjalanan... Laporan ekspidisi ini akan saya catatkan kemudian nanti...

Tak sabar rasanya nak memancing udang... Harapan kali ini lebih tinggi berbanding yang lepas.. kali ini mungkin target sekurang-kurangnya 3kg seorang.... sebab kali ni kami akan turun ke sungai lebih awal lagi iaitu sebelum zohor.. selepas subuh.... dalam linkungan pukul 6.30 kot...

Apapun itu perancangan jer... tak tahulah kalau ada perubahan nantikan.. so nantikan catatan Ekpidisi Pancing Udang 2.....

P036 Kuala Terengganu

Hari ini tumpuan ramai pastinya pada Kuala Terengganu yang merupakan tempaat di mana berlangsungnya pengundian bagi memilih calon untuk mewakili Parlimen P036 tersebut. Buat masa ini pengundian berlangsung dalam keadaan baik.... harap rakyat terengganu bijak memilih pemimpin yang akan memimpin dan mewakili mereka nanti...

Untuk pengetahuan, seramai 3 orang calon yang bertanding yang mana masing-masing mewakili BN, PAS dan juga BEBAS....

Info Terkini :

daripada 80,229 yang keluar mengundi...
Setakat Jam 12 Tengahari : 42%
Setakat Jam 2 Petang : 56 %
Setakat Jam 4.30 Petang : 76%
Setakat Jam 5 Petang : 80%

Keputusan Semasa:

Setakat Jam 6.30 Petang :
Daripada 14,379 undi yang telah dikira sehingga ini, Barisan Nasional (BN) mendahului dengan 508 undi.

Setakat Jam 6.50 Petang :
Barisan Nasional (BN) mendapat 11,112 undi manakala PAS mendapat 11,000. BN mendahului dengan 112 undi. Calon bebas mendapat 65 undi.

Setakat Jam 7.05 malam :
PAS mendapat 14,802 undi manakala BN mendapat 14,644 undi. PAS menang di semua dewan undangan negeri, kecuali Ladang. PAS mendapat majoriti terbesar di Wakaf Mempelam dan Batu Burok.

Setakat Jam 7.30 malam :
PAS mengatasi Barisan Nasional dengan kelebihan 457 undi berdasar kepada jumlah undi yang dibilang setakat ini.

Setakat Jam 7.30 malam:
PAS mengatasi dengan 1000 undi

Setakat Jam 8.15 malam:
undi pos : PAS 86 undi, dan BN - 1039 undi dan Bebas hanya mendapat satu undi.
PAS - 23,956 undi, BN - 21,884 undi, Bebas - 138 undi.
Jumlah majoriti yang dimenangi PAS - 2072 undi.
Jumlah undi yang dikira setakat ini 41.42 peratus

Setakat Jam 9.00 malam:
PAS - 27,488 undi, BN - 25,503 undi, Bebas - 152 undi.

9.20 malam:
PAS mendapat 32,393 undi manakala BN mendapat 29,969 undi. PAS mendahului dengan 2,424 undi. Calon bebas mendapat 191 undi. Dua lagi kotak undi akan dikira.

9.30 malam:
PAS 32 883, BN 30 252 dan Bebas 193
terkini : Pas Menang dengan Majoriti 2 631

Alhamdullillah pengundian berjalan lancar... kemenangan berpihak kepada PAS yang diwakili oleh Abdul Wahid Endut.. Tahniah khususnya kepada penyokong2 dan rakyat terengganu serta umumnya kepada Pakatan Rakyat... harap calon yang dipilih dapat melaksanakan tugas dengan baik untuk membalas budi rakyat yang telah mengundi.


Mohd Abdul Wahid Endut (PAS):32 883
Datuk W. Ahmad Farid W. Salleh (BN) :30 252
Azharudin Mamat (BEBAS) :193

Jumlah mengundi: 63,967
Peratus keluar mengundi: 79.90%
Undi rosak:
Majoriti: 2 631

Penyandang: Datuk Razali Ismail
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 32,562 undi
Majoriti: 685

Latihan Sukan di Sekolah

Hari ni memang keadaan sekolah nampak ramai murid walaupun sebenarnya hari adalah hari bercuti..... ini disebabkan oleh beberapa program latihan yang telah dirancang dan berjaa diadakan untuk persiapan murid menghadapi beberapa perlawanan peringkat zon dan negeri tidak lama lagi...

Antara yang telah mengadakan sesi latihan pagi tadi termasuklah Badminton dengan jurulatihnya Cikgu Zamzami.... masa pengumuman Cikgu Zamzami cakap murid perempuan sahaja datang... tapi ada juga yang tak faham bahasa.... beberapa orang murid lelaki turut serta hadir..... apa-apejelah...


Pingpong juga turut mengadakan latihan hari ini dengan Jurulatihnya Ustaz Puaad dan Cikgu Hazri yang hadir bersama-sama sebilangan jurulatih luar iaitu bekas pemain ping pong kebangsaan..


manakala satu lagi sesi latihan bagi sukan Softball telah pun diadakan di Pdang DBKL yang terletak di luar kawasan sekolah bersama jurulatihnya cikgu Haza dan saya sendiri..

Jumaat, 16 Januari 2009

Ronda Kubur Tempah Baju Melayu

Petang tadi takde latihan sofbol.. so tak berapa sibuk sangat petang tadi... jadi amek kesempatan untuk ronda2.. pergi carefour tadi... nampak orang ramai jugak tapi dekat MC D, KFC dan beberapa lagi restoran makanan segera kurang pelanggan yerlah pasal nak boikot barang yahudi.. ada juga yang terus membeli tapi tak ramailah... mungkin diorang ni tak amek kisah pasal hal ni kan?

Apapun kita seharusnya meneruskan boikot ini... kalau boleh sampai bila2 pun... sebab apabila kita membeli barangan Yahudi seolah2 kita membantu mereka untuk terus menjajah PAlestin...

balik jalan2.. singgah jap kat kubur arwah mak... dah lama tak pergi sana... ehmm depan kubur arwah mak pun ada orang sedang baca yassin juga...

Sempat juga tadi tempah baju melayu untuk Hari jumaat ni... kalau tak siap matiler aku... Guru Besar dah bagi lama dah kain tu suruh buat baju melayu.... semua cikgu laki kena pakai... kalau tak siap macam mana? Harap-harap sempat pasal oang tu kata sempat... entahlah.... kalau tak siap rasanya malam jumaat tu dah demam... jadi esoknya tinggal mintak mc jer..