Hari ini tumpuan ramai pastinya pada Kuala Terengganu yang merupakan tempaat di mana berlangsungnya pengundian bagi memilih calon untuk mewakili Parlimen P036 tersebut. Buat masa ini pengundian berlangsung dalam keadaan baik.... harap rakyat terengganu bijak memilih pemimpin yang akan memimpin dan mewakili mereka nanti...Untuk pengetahuan, seramai 3 orang calon yang bertanding yang mana masing-masing mewakili BN, PAS dan juga BEBAS....
Info Terkini :
daripada 80,229 yang keluar mengundi...
Setakat Jam 12 Tengahari : 42%
Setakat Jam 2 Petang : 56 %
Setakat Jam 4.30 Petang : 76%
Setakat Jam 5 Petang : 80%
Keputusan Semasa:
Setakat Jam 6.30 Petang :
Daripada 14,379 undi yang telah dikira sehingga ini, Barisan Nasional (BN) mendahului dengan 508 undi.
Setakat Jam 6.50 Petang :
Barisan Nasional (BN) mendapat 11,112 undi manakala PAS mendapat 11,000. BN mendahului dengan 112 undi. Calon bebas mendapat 65 undi.
Setakat Jam 7.05 malam :
PAS mendapat 14,802 undi manakala BN mendapat 14,644 undi. PAS menang di semua dewan undangan negeri, kecuali Ladang. PAS mendapat majoriti terbesar di Wakaf Mempelam dan Batu Burok.
Setakat Jam 7.30 malam :
PAS mengatasi Barisan Nasional dengan kelebihan 457 undi berdasar kepada jumlah undi yang dibilang setakat ini.
Setakat Jam 7.30 malam:
PAS mengatasi dengan 1000 undi
Setakat Jam 8.15 malam:
undi pos : PAS 86 undi, dan BN - 1039 undi dan Bebas hanya mendapat satu undi.
PAS - 23,956 undi, BN - 21,884 undi, Bebas - 138 undi.
Jumlah majoriti yang dimenangi PAS - 2072 undi.
Jumlah undi yang dikira setakat ini 41.42 peratus
Setakat Jam 9.00 malam:
PAS - 27,488 undi, BN - 25,503 undi, Bebas - 152 undi.
9.20 malam:
PAS mendapat 32,393 undi manakala BN mendapat 29,969 undi. PAS mendahului dengan 2,424 undi. Calon bebas mendapat 191 undi. Dua lagi kotak undi akan dikira.
9.30 malam:
PAS 32 883, BN 30 252 dan Bebas 193
terkini : Pas Menang dengan Majoriti 2 631
Alhamdullillah pengundian berjalan lancar... kemenangan berpihak kepada PAS yang diwakili oleh Abdul Wahid Endut.. Tahniah khususnya kepada penyokong2 dan rakyat terengganu serta umumnya kepada Pakatan Rakyat... harap calon yang dipilih dapat melaksanakan tugas dengan baik untuk membalas budi rakyat yang telah mengundi.
Mohd Abdul Wahid Endut (PAS):32 883
Datuk W. Ahmad Farid W. Salleh (BN) :30 252
Azharudin Mamat (BEBAS) :193
Jumlah mengundi: 63,967
Peratus keluar mengundi: 79.90%
Undi rosak:
Majoriti: 2 631
Penyandang: Datuk Razali Ismail
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 32,562 undi
Majoriti: 685