Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Selasa, 27 Januari 2009

Rebah Tika Takbir... Subahanallah

DUNGUN: Seorang peneroka yang sepatutnya mengimamkan solat hajat di surau Sekolah Kebangsaan Padang Pulut di sini, tiba-tiba rebah dan meninggal dunia dipercayai diserang penyakit jantung, tengah hari semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari, lelaki berusia 65 tahun dari Felda Ketengah Jaya, Kerteh, itu meminta izin untuk menunaikan solat sunat bersendirian sebelum memulakan solat hajat di surau itu.

Bagaimanapun, sebaik mengangkat takbir, Isa@Harun Salleh tiba-tiba rebah menyebabkan jemaah yang kebanyakannya guru panik lalu memberikan bantuan kecemasan.

Namun, usaha beberapa jemaah itu tidak berhasil apabila Isa sudah meninggal dunia.

Mungkinkah kita juga mati dalam keadaan demikian... sungguh mulia seseorang itu apabila saat kematiannya apabila sedang melakukan perkara-perkara kebaikkan. Semoga ianya menjadi petunjuk buat kita yang masih bernafas di bumi Allah ini. Al-Fatihah...