Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Sabtu, 24 Januari 2009

Sekolah Sibuk Hari ni.... banyak aktiviti

Hari ni pergi sekolah macam biasa... pakai baju sukan jer sebab nak latih sofbol di padang DBKL... tapi sebelum tu bantu guru-guru tahun 6 yang sibuk membuat persiapan untuk perjumpaan dengan ibubapa yang diadakan lebih kurang jam 8.30 pagi tadi.... biasalah sekolah nie... tak pernahnya sunyi.... ada saja aktiviti... yerlah bukan jer perjumpaan dengan ibubapa tahun 6, bahkan banyak lagi aktiviti lain termasuklah orchestra, mini theater, pingpong olahraga, sofbol dll...
Perjumpaan ibubapa tahun 6 pada hari ni... biasalah kan... perjumpaan yang amat penting memandangkan murid-murid tahun 6 tidak lama lagi akan menduduki UPSR.. Walaubagaimanapun ada juga ibubapa yang tidak dapat hadir mungkin kerana agak sibuk... Dalam perjumpaan tersebut pelbagai perkara telah dibincangkan untuk kebaikkan anak-anak... Yerlah.... itulah salah satu usaha yang dilakukan oleh guru-guru untuk melihat anak muridnya berjaya... kerana bila murid berjaya... cikgunya akan tumpang gembira juga.... tak ada cikgu yang nak lihat muridnya merana atau terlara melainkan dirinya yang berkehendakan sedemikian...
Harap usaha Cikgu-cikgu dan ibubapa tak sia-sia.... yang penting untuk berjaya pasti ada halangan... jadi apa jua halangan perlu kita tempuh.... walaupun ianya memerlukan pengorbanan dari segi masa, wang ringgit atau tenaga.... yang penting dengan ilmu yang kita perolehi nanti pasti akan menggembira dan membahagiakan kita... kerana sesungguhnya ilmu itu tidaak ternilai harganya....

Berbalik kepada saya pula... berkenaan dengan latihan sofbol hari ni.... alhamdulillah murid menunjukkan banyak peningkatan... dan disiplin pun semakin baik... bagusler.... kena marah baru leh jadi camtu.... saya ni tak boleh... kalau nak marah saya marah dan tengking jer yer.... kena tahan ler...tapi kalau melawak pulak... tolonglah gelak... kelakar giler hahahahah.... kelakarnya...