Bekas imam Masjid Wilayah Persekutuan - mendakwa diarah menjadi saksi sumpah laknat seorang pemuda yang menuduh diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim - dipecat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).Ramlang Porigi, yang ditukar serta merta ke jabatan tersebut September lalu selepas berucap dalam satu kempen ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh, mendapat surat pemecatan itu minggu lalu... puncanya adalah "mencemarkan nama perkhidmatan awam"
Apapun terjadi anggap saja dugaan Allah S.W.T... Kalau beliau di pihak yang benar pasti suatu hari nanti akan mendapat balasan setimpal dariNya... Namun saya hormat akan keberanian bekas imam masjid ni yang sanggup menerima segala dugaan demi menegakkan kebenaran... Namun kita masih lagi tidak mengetahui jalan cerita yang sebenar...