Pagi ni sempat baca blog cikgu Rosli.... Anaknya kena lelah, demam dan selsema.... kita doakan agar anak beliau dapat segera sembuh yer... biasalahkan dugaan... kena banyakkan bersabar dan terus berdoa agar keluarga kita sentiasa dalam kesejahteraan serta sentiasa bersyukur atas nikmat atau dugaan yang diberi kerana ianya bukan dari sesiapa tetapi dari Allah semata-mata."kadang-kadang Allah hilangkan sinar mentari. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya. Rupa-rupanya Allah hendak beri kita pelangi nan Indah...."
Begitulah lumrah kehidupan.... semuanya sudah menjadi ketentuan Allah... kita hanya mampu merancang tetapi Allah jualah yang menentukan... Setiap penyakit pasti ada penawarnya kerana yang menciptakan penyakit itu bukanlah doktor atau tabib atau sesiapa sahaja tetapi Allah semata-mata.... jadi hanya dariNya sahajalah kita dapat meminta penawarnya... namun usaha adalah perantara kerana penawar itu tidak mudah kita perolehi hanya dengan doa tanpa usaha.... dan apa jua dugaan itu pasti ada hikmahnya yang mungkin kebahagian menjelma kemuadian harinya.....
Apapun marilah kita sama-sama menjaga kesihatan sambil berharap agar Allah sentiasa melimpahkan kesejahteraan kepada keluarga kita....