Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Khamis, 22 Oktober 2009

Mesin Periksa Kertas Dan Buku Adab

Teringat semalam... guru-guru tahun 5 dan tahun 1 telah mengadakan perjumpaan khas untuk taklimat khas daripada Pn. Hjh. Siti Rokiah.... Cikgu Khadijah... dan juga Cikgu Zul berkenaan peperiksaan PKSR. Fokus utama adalah tentang penggunaan kertas OMR bagi tahap 2... Cikgu Riduan dan Cikgu Raisam memberi tumpuan penuh ketika itu... mesti ada sesuatu yang tak kena ni...

Untuk makluman ini kali pertama murid-murid tahun 5 dibenarkan menggunakan kertas tersebut... sebelum ini murid tahun 6 sahaja yang menggunakannya... kelebihan kertas itu adalah kerana jawapannya dapat disemak dalam masa kurang 10 minit untuk semua aliran bagi setiap satu mata pelajaran... canggihlah... tapi tahun ni baru dapat guna... sebenarnya dah 3 tahun mesin tu berada di sekolah, tapi tahun 6 sahaja yang dapat guna.... sebabnya kos kertas itu agak tinggi.

Apapun sebenarnya kemudahan yang canggih itu memanglah sangat memudahkan lagi kerja guru tambahan pula masa yang tinggal kurang 3 minggu untuk kami mengemaskini markah murid memandangkan Majlis Malam Anugerah Cemerlang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Kalau tak ada mesin tu... memang lebih 2 jam masa diperlukan untuk semak kertas jawapan... kan banyak masa yang boleh dijimatkan... nampaknya ada kemajuan...

Cuma yang masih saya tak puas hati tentang buku adab belajar.. bayangkanlah nak kena bulatkan nombor untuk setiap pelajaran yang diajar... banyak bazir masa guru... nak buat benda itu saja lebih satu jam... itu sebuah kelas... kalau lebih.... macam mana? kalau saya tak apalah lagi sebab tak jadi guru kelas.. tapi bagi guru kelas? huhhh memang membebankan.. serius... tak tipu... lagipun sepanjang penggunaan nombor itu, saya lihat ianya tidak memberi kesan apa2 pada murid... Jadi harapan saya satu hari nanti semua elemen-elemen yang tidak bersesuaian ini dapat dimansuhkan dan digantikan dengan elemen yang lebih relevan bagi memudahkan ibubapa melihat serta membuat perbandingan pembelajaran anak-anak mereka.

Hujah saya bagi perkara di atas adalah
1. ibubapa hanya merujuk markah ujian atau peperiksaan anak mereka.
2. ibubapa sedia berbincang dengan guru2 sewaktu hari terbuka di mana ketika itulah segala pertanyaan berkaitan tingkahlaku murid akan diketahui oleh ibubapa.
3. tidak dapat memberi gambaran yang tepat dan jelas kepada ibubapa.
4. terpaksa membelek banyak halaman hanya untuk melihat markah anak-anak sedangkan yang lainnya tidak diberi perhatian.
5. Ulasan guru sudah cukup dan seharusnya merangkumi segala teguran sekiranya ada. Ibubapa lebih jelas dengan ulasan tersebut.
6. dan banyak lagi....

Walaubagaimanapun saya dan anda yang menjadi guru sekolah rendah perlu meneruskan juga tugas mebulat-bulatkan nombor itu selagi tiada arahan untuk memperbaharui buku tersebut... setakat ni tinggal satu kelas lagi saya nak siapkan bulat-bulat tu... anda bagaimana?

Bukan apa.... sebenarnya komen ni saya dapat dari pelbagai orang... bukan sahaja dikalangan guru bahkan ibubapa juga ada yang memaklumkan bahawa ada baiknya guru melaporkan masalah anak mereka berbanding membulatkan nombor yang pada mereka sukar untuk ditafsirkan.

Internet Pulih Perbualan Hangat

huhhhh... akhirnya internet di rumah saya kembali pulih seperti biasa.... selepas hampir 4 hari bermasalah... memang tak bestlah tak ada internet...

Terima kasih tak terhingga buat en. shahril yang telah bantu saya menyelesaikan masalah internet ni... saya bukannya pandai sangat pasal benda ni... bukan itu saja... sempat juga dia beri ilmu tentang internet ni pada saya... sebelum ni saya tak tahu pun pasal tu... bestlah macam ni..

Tadi sempat juga bersembang pasal aktiviti guru2.. yerlah macam badminton, ping pong, bola tampar dan sebagainya.. dia setuju untuk bersama pasukan cikgu pagi kalau ada perlawanan lain lepas ni... terutama bowling....

Nak cerita sikit ni... pasal 2 kejayaan terbaru guru2 pagi beberapa hari yang lepas... masih lagi menjadi perbualan hangat... yang tak tahannya diorang cikgu petang kata bagi chance saja tu.... yalah tu...

Rabu, 21 Oktober 2009

Persahabatan Futsal Pagi vs Petang


kredit untuk cikgu rosli..

Kehadiran Guru-guru Petang
Cikgu Shahidin, Cikgu Rosli, Cikgu Panang, Cikgu Hanizu, Cikgu Nazri, Cikgu Rahimi, Cikgu Adam, Cikgu Jalani, Cikgu Azeze, Us. Kamaruddin, Cikgu Zaidi, Cikgu Farzarul

Kehadiran Guru-guru Pagi
Cikgu Wan Rosli, Cikgu Hazri, Cikgu Ehzam, Cikgu Zamzami, Us. Razi, Cikgu Zulkifli, Us. Puaad

Kehadiran cikgu2 petang yang begitu ramai dan bersemangat telah membuatkan baarisan wakil-wakil cikgu2 pagi begitu gementar.. menggigil dan berasa kecut perut.. perlawanan hari ini bagi guru2 pagi bolehlah dikatakan kalah sudah tentu menang belum pasti..

Sebelum bermula perlawanan, wakil cikgu2 pagi telah menerima kutukan yang begitu berbisa sejak pukul 10 lagi... memang panas telinga.. berbahang.. tapi cikgu2 pagi tahan jer... nak buat macam mana.. kehadiran cikgu pagi memang selalunya tak memuaskan...

11.15 malam - Perlawanan telah bermula... cikgu2 pagi bermain secara bertahan.. diserang betubi-tubi.. bolos 2 gol... kena kutuk dengan cikgu petang... tahan telinga... buat2 tak dengar... perlawanan belum tamat... cikgu pagi memulakan serangan setelah bertahan sedikit masa... akhirnya berjaya menembusi gol lawan dengan 3 gol dijaringkan oleh cikgu Hazri... wisel penamat ditiup... cikgu pagi menang... itu baru lawan team petang B..

11.30 malam - Cikgu -cikgu pagi yang begitu gembira menyahut cabaran cikgu2 petang untuk berlawan dengan team petang A yang kononnya lebih kuat dan kental.. namun dengan semangat yang masih tinggi untuk memulihkan kembali luka tercalar.. barisan cikgu2 pagi menyahut cabaran.. macam biasa bermula dengan bertahan.. tidak lama kemudian gol dibolosi... cikgu2 petang mendahului... mereka gembira.. tapi tak lama kemudian satu jaringan penyamaan dari cikgu pagi hasil rembatan kencang cikgu Hazri selaku ayam tambatan yang terlepas dari reban.. perlawanan mula menampakkan kemajuan bagi cikgu-cikgu pagi apabila mendahului buat kali pertama menjadikan kedudukan 2 berbalas 1.. cikgu2 petang nampak semakin berdebar dan tak tentu arah.. mereka meneruskan serangan maut yang membawa maut pada mereka sendiri apabila satu lagi jaringan oleh cikgu2 sesi pagi berjaya menembusi gawang... dalam suasana kegembiraan cikgu2 pagi agak leka seketika mengakibatkan gawang mereka dibolosi buat kali kedua.. namun cikgu-cikgu pagi bingkas memperkukuhkan pertahanan dan melakukan beberapa gerakan yang lebih berbahaya sehinggakan 1 jaringan lagi dapat dijaringkan diminit-minit akhir perlawanan menjadikan keputusan 4-2..

11.45 malam - Guru-guru petang disorak dan di boo oleh guru-guru pagi... Cikgu wan rosli memberi kutukan hebat kepada cikgu2 petang dengan mengumpamakan seperti anjing menyalak bukit... cikgu petang pula meneruskan perlawanan sesama mereka... kami guru-guru pagi bersorak kegembiraan di luar gelanggang sambil mengutuk-ngutuk pemain didalam gelanggang... tulah padahnya... akhirnya luka tercalar guru2 pagi telah berjaya dipulihkan.. lega rasanya...

Seusai perlawanan lebih kurang jam 12 pagi kami bergegas pulang dengan perasaan yang begitu puas.. bagi saya walaupun ini adalah satu perlawanan persahabatan tapi ia amat penting bagi mengelakkan guru2 pagi dikutuk habis-habisan...

Beberapa lagi perlawanan persahabatan akan berlangsung.. masih dalam perancangan... harap-harapnya menjadi kenyataan... perlawanan yang masih dalam perancangan tersebut adalah perlawanan bowling berpasukan... mesti seronokkan? saya pun tak sabar nak menyertai pertandingan tersebut.

Persahabatan Baminton Pagi vs Petang






Kredit untuk cikgu rosli

Dalam mengharungi kesibukan sekolah, sedar tak sedar dah lama cikgu-cikgu tak buat aktiviti. pada saya memang penting adanya aktiviti berterusan antara guru-guru, supaya perhubungan di sekolah lebih akrab.

Alhamdulillah, walaupun sepanjang bulan ini dan hadapan boleh dikatakan bulan yang menyibukkan dengan pelbagai aktiviti sekolah, namun aktiviti yang dimaksudkan berjaya juga diadakan.

Seperti yang dirancang aktivitinya adalah perlawanan persahabatan (Badminton). Perlawanan tersebut dilangsungkan di Dewan Sek. Men. Taman Melati pada hari Ahad lepas bermula jam 8.00-11.30 malam.

Kehadiran Guru-guru Petang
Cikgu Shahidin, Cikgu Rosli, Cikgu Panang, Cikgu Hanizu, Cikgu Nazri, Cikgu Rahimi, Cikgu Jalani, Cikgu Azeze, Cikgu Zaidi, Cikgu Farzarul

Kehadiran Guru-guru Pagi
Cikgu Wan Rosli, Cikgu Noorzeri, Cikgu Ehzam, Cikgu Zamzami, Cikgu Zulkifli,

Bagi guru-guru sesi pagi, ini adalah perlawanan bagi menebus maruah yang telah dicalar oleh guru-guru petang dalam beberapa siri pertandingan sebelum ini termasuklah ping pong, bowling(individu) dan bola tampar...

Dalam pertandingan tersebut guru2 pagi berjaya memulihkan sedikit luka yang tercalar apabila berjaya menang 3-2 dalam perlawanan tersebut. Tapi.. kehadiran guru-guru pagi amat mendukacitakan kerana tak cukup orang atau dalam bahasa lain kehadiran merosot sehingga menerima kutukan demi kutukan.... apapun saya puji cikgu-cikgu petang kerana telah datang dengan penuh semangat sehingga membawa pemain2 simpanan yang berlebihan termasuk tukang sorak.. mungkin dah dapat taklimat daripada penyelia petang kot...

Streamyx Buat Hal

Adoi.. tak bestnya... ini semua angkara streamyx yang bermasalah kat rumah... tak tau la pasal apa.. internet dah tak berfungsi... balik rumah selalunya mesti duduk depan komputer dan buka blog.. tapi bila dah rosak.. baring atas katil termenung.. ingatkan kucing-kucing... rindu betul kat mereka tu... dah hampir 2 minggu kucing saya dijaga oleh kakak di Melaka.. rindu betullah..

Sepanjang minggu ni kalau nak update blog kena update kat sekolah... kat rumah memang tak boleh...

Sebenarnya dalam minggu ni banyak juga perkara yang berlaku yang boleh dikpongsikan tapi nak buat macam manakan? Apapun saya akan ceritakan satu persatu....

Ahad, 18 Oktober 2009

Cerita Buruk Orang Cerita Buruk Kita

Bercerita memang sesuatu yang menyeronokan.. yang mendengar pula pastinya terhibur.. tapi janganlah percaya semua cerita yang disampaikan sekiranya ia berbaur fitnah dan memburukkan seseorang... bahaya tu.. mendatangkan dosa.. tambah lagi kalau cerita tu tipu atau ditambah-tambah untuk jadikan cerita lebih sedap.. sesedap rasa.. dosanya kepada yang bercerita dan yang percaya akan cerita tu... huhh mintak simpanglah ya.

Sebagai seorang manusia kita perlu berhati-hati dengan manusia yang lain walaupun dia adalah rakan baik kita.. sebab dia adalah manusia yang juga mempunyai hati dan perasaan dan juga nafsu serta sifat amarah.. begitu juga dengan orang-orang sekeliling kita...

Kalau boleh jauhkanlah diri dari mendengar cerita-cerita fitnah.. kalau boleh tegur rakan kita kalau dia mencerita keburukan seseorang atau memfitnah sesiapa.. sebab kadang2 sebagai manusia dia kadang terlepas cakap juga...

"SESEORANG YANG MENCERITAKAN KEBURUKAN ORANG LAIN KEPADA KITA, AKAN MENCERITAKAN PULA KEBURUKAN KITA DI HADAPAN ORANG LAIN"


Sebab itulah kalau orang cerita keburukan orang lain pada saya... saya tahu orang tu jenis macam mana... tapi tengok pada intonasi ceritanya juga... biasa macam tulah.. sebab saya pun pernah kena juga... depan saya dia menceritakan keburukan orang tu... lepas tu jumpa orang lain cerita keburukan saya pula.... macam tulah... kan lebih baik menceritakan tentang kehebatan mata burung helang yang boleh melihat jauh dan tepat atau bercerita tentang asal usul batik atau bercerita tentang asal usul hang tuah dan sebagainya.

Jadi, lepas ni kalau ada orang yang macam ni... tegur dia atau dengar sajalah... jangan sampaikan kat orang lain pula...

Menanti Detik Menjadi Belasahan

Hemm.. sebentar tadi dapat panggilan telefon daripada cikgu Azeze yang nak mengkonfirmkan saya untuk ke perlawanan badminton hari ini.. Alamak sure kena belasah teruklah aku hari ni...

Seperti yang dijanjikan malam ni ada perlawanan badminton antara guru-guru pagi dan guru-guru petang...

kalau ikutkan perlawanan yang lepas.. bowling dimenangi cikgu petang@cikgu farzarul.. Ping Pong dimenangi oleh cikgu petang@Ustaz Kamaruddin.. bola tampar pun dimenangi oleh cikgu petang... badminton tak pasti... tapi yang pasti cukgu-cikgu pagi kena menanglah.. asyik kalah jer.. malu plak rasa...

Sukan lain seperti carom, catur dan futsal pun ada main tapi tak pernah buat perlawanan... rasanya.. kalau buat siapalah yang menang yer? cikgu pagi kot..

Malam ni boleh dikatakan misi menebus maruahlah... tapi sukar nak dijangka dengan saya sendiri pun tak berapa nak pandai main badminton dah tentu dibelasah teruk.. apapun demi semangat setiakawan saya akan datang juga untuk bermain.. kalah menang adat permainan.. malam ni saya akan cuba bersungguh-sunguh untuk tidak kalah teruk...

Sabtu, 17 Oktober 2009

Chelsea Tersungkur Kali Kedua

Nampaknya hari ni chelsea tersungkur lagi.. 2 berbalas 1.. apapun takpa sebab kalah di tempat lawan dan yang pentingnya Drogba dapat menambah koleksi jaringan walaupun sebiji... rasanya memang chelsea memerlukan khidmad ballack... sebab asal ballack tak main jer mesti kalah... huhhh

Chelsea kini berada di tangga kedua dengan perbezaan 1 mata dengan Man u. Nasib yang sama juga turut menimpa Liverpool yang tersungkur juga di tempat lawan(Sunderland) mengakibatkan mereka kini berada di tangga kelapan liga.. yang lebih dasyat adalah kekalahan hari ini merupakan kekalahan ketiga buat liverpool setelah menghadapi 3 perlawanan berturut-turut.

Bagi chelsea ia memang sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku apabila kelebihan terletak pada mereka namun kalah berlawan adalah lebih bermaruah. Itulah namanya permainan pasti ada yang kalah dan ada yang menang.. yang menang tidak semestinya hebat begitu juga sebaliknya. Hanya yang membezakan kalah sengaja dan kalah dengan tidak disengajakan..

Khamis, 15 Oktober 2009

Main Badminton Di Sekolah

Huhh penatnya tadi... lebih kurang pukul 9 malam tadi saya bersama cikgu azeze bermain badminton di sekolah.. kononnya persiapan untuk perlawanan persahabatan hari ahad nanti antara guru-guru pagi dan guru-guru petang.

Memang sejarahlah sebab dah hampir 6 tahun tak pernah main badminton.. itu pun cikgu azeze ni ajak... memula tu tak nak pergi.. entah macam mana termakan pujuk rayu beliau itu... tapi main satu jam saja dan kemenangan dah tentu tidak lain dan tidak bukan berpihak kepada bukan saya... keputusan agak berat sebelah sebab main tak ada pengadil..

Permainan tersebut berlangsung di gelanggang badminton sekolah dengan disaksikan lampu kalimantang yang tak berapa nak terang, 2 ekor kucing juga berkesempatan menonton dan sempat bergaduh sehingga kami terpaksa meleraikan pergaduhan mereka. Selain itu turut menyaksikan perlawanan hebat itu beberapa ekor unggas malam dan banyak lagi serangga kecil..

10 Hari Lagi Prestasi Meningkat

Tempoh untuk menghadapi peperiksaan lebih kurang 10 hari lagi... Setakat ini saya lihat murid-murid ada yang berkobar-kobar untuk naik ke pentas Malam Anugerah Cemerlang nanti... mana taknya.. murid dekat sekolah ni satu aliran lebih 400 orang.. jadi persaingan memang sengit yang pasti ada juga yang gagal untuk menempatkan diri pada Majlis itu nanti.

Setakat ini saya berkeyakinan seperti mana tahun-tahun yang lepas, murid akan dapat meningkatkan prestasi mereka berbanding ujian formatif 3 yang lepas. Ini kerana ujian formatif 3 lepas lebih memberatkan kepada topik dan kemahiran-kemahiran tertentu yang mungkin sukar bagi mereka.

Bagi PKSR II pula, semua kemahiran akan diuji dan soalannya lebih teratur. Walaubagaimanapun murid tidak boleh leka. Latihan perlu diteruskan supaya dapat mengurang kecuaian apabila menjawab soalan. Ini kerana dalam "post mortem'' peperiksaan formatif 3 yang lepas saya dapati murid melakukan banyak kesilapan walaupun menjawab soalan yang mudah akibat kecuaian dan sikap malas untuk menyemak jawapan. Selebihnya adalah tidak menguasai dengan baik beberapa kemahiran tertentu serta tidak memahami kehendak soalan.

Jadi saya harap murid-murid kalau boleh dibantu oleh ibubapa untuk sama-sama memperbaikki kelemahan tersebut agar dapat melakukan yang terbaik nanti.

Pesanan kepada murid tahun 5 yang mempunyai zoom-a, bolehlah mula menjawab soalan ujian pra-pksr siri 1 yang telah bermula sejak semalam.

Lakukan yang terbaik untuk Ibubapa dan Guru-guru anda kerana roti canai berharga 70 sen... apa maksudnya? Lu pikirlah sendiri...

Uji P.A Sistem Gagal

Hari ini agak kelapangan sedikit diwaktu pagi kerana murid terlibat dengan ceramah motivasi. Jadi saya dan cikgu riduan menggunakan masa tersebut untuk mencuba dan meneliti peralatan-peralatan yang diperlukan untuk Majlis Anugerah Cemerlang nanti. Ini bagi mengelakkan kekalutan dan masalah dikemudian hari kerana untuk menguruskan kerja tersebut tidaklah mengambil masa yang sekejap tetapi memerlukan banyak masa kerana pekerjaan tersebut boleh dikatakan leceh dan rumit.

Biasanya dalam menjayakan sesuatu majlis kita akan terlepas pandang akan peri pentingnya p.a sistem. Kita menganggapkan ianya sesuatu yang mudah. Jika anda beranggapan begitu ianya nyata meleset. Oleh itu persiapan rapi perlu dibuat termasuklah menguji pembesar suara, memastikan segala audio atau video yang hendak dimainkan berfungsi dengan baik.

Kami juga menguji kamera video dan lcd yang akan digunakan nanti dengan bantuan en. shahril. Namun hari ini nampaknya gagal dek kerana beberapa gangguan. Jadi terpaksa menguji semula pada hari lain.

Rabu, 14 Oktober 2009

Yassin dan Seminar Matematik

Saya difahamkan esok, murid-murid tahun 5 sk setiawangsa akan terlibat dalam Majlis Bacaan Yassin seperti biasa. Macam biasalah bawa air yang mungkin boleh jadi penawar untuk menerangkan hati sempena PKSR yang bakal tiba nanti.

Seusai majlis tersebut semua murid tahun 5 akan terlibat dengan satu seminar matematik yang berlangsung di dewan blok B. Dijangka program ini akan berlangsung selama 1 jam lebih.. jadi rancanglah buku-buku yang nak dibawa esok.

Selasa, 13 Oktober 2009

Cukai Belanjawan 2009

Macam biasa setiap tahun setiap orang akan menanti belanjawan yang akan dibentangkan kerana berkemungkinan membawa keuntungan pada diri masing-masing dan berkemungkinan juga tidak. Bagi perokok, mereka juga berdebar mengharapkan cukai terhadap barang tersebut tidak dinaikkan... kalau turun lagi bagus katanya.....

Namun jangkaan belanjawan kali ini adalah tidak banyak habuan yang akan diberi memandangkan kerajaan sedang dalam proses mengimbangi defisit yang meluas. Berkemungkinan juga kerajaan mencari jalan mengembangkan pendapatan cukai bagi memenuhi sasaran kutipan.

Apapun nantikan sahaja 23 Oktober 2009. Semoga belanjawan tahun ini tidak membebankan rakyat malah terus memberi kesejahteraan untuk terus menikmati hidup di bumi bertuah ini.

Pindah Bersara Prestasi Tinggi

Sepanjang ni desas desus saya nak pindah sekolah tersebar... selagi tak jawab selagi tu ditanya..
Biarlah saya jelaskan dengan lebih jelas.. Sebenarnya GB ada memaklumkan berkenaan guru matematik yang berlebihan di sekolah ini. Salah seorangnya akan dipindah atau ditukarkan ke sekolah lain.... Jadi saya berkemungkinan besar menjadi calon untuk ditukarkan ke sekolah lain tambah lagi prestasi yang tak berapa nak cemerlang berbanding yang lain...

Beberapa orang lain juga akan berpindah atas dasar memohon pertukaran seperti cikgu zaidi, cikgu puteri dan beberapa orang cikgu lagi. Manakala 2 orang guru lagi akan bersara iaitu Cikgu Khatijah Mohamad dan Cikgu Jusvinder Kaur.... kedua-duanya guru yang hebat.

Berbicara tentang pindah memanglah menyedihkan tambah lagi kalau banyak kenangan kita disesuatu tempat yang kita akan tinggalkan termasuklah rakan-rakan.. Pindah tu perkara biasa.. sejak kecil lagi saya hidup nomad... berpindah dari satu negeri ke satu negeri... memula Kuching Sarawak, lepas itu Kemasik Terengganu, kemudian Pengkalan Chepa Kelantan, Port Dickson Negeri Sembilan, Kemudian kembali semula ke kelantan dan akhirnya berpindah ke Kuala Lumpur.

Tak lama lagi sekolah SK Setiawangsa berkemungkinan tersenarai dalam Sekolah Berprestasi Tinggi. Jadi eloklah guru-gurunya juga mempunyai prestasi tinggi melebihi sekurangnya 85% dan ke atas. Jika tidak pada saya tidak layak untuk menduduki sekolah tersebut. Dengan kata lain berpindahlah kamu sebelum kamu dipindahkan... (peringatan untuk diri sendiri sebenarnya)

Isnin, 12 Oktober 2009

Baki 2 Minggu Untuk Ulangkaji

Hanya tinggal kurang 2 minggu lagi murid akan menghadapi peperiksaan akhir tahun. Masa yang semakin suntuk ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mengulangkaji kemahiran-kemahiran yang masih lagi lemah dan tidak dikuasai.

Persaingan untuk meletakkan diri sebagai pemenang anugerah pada Majlis Anugerah Cemerlang nanti pastinya sengit. Murid yang berusaha gigih pastinya dapat menempat diri pada majlis itu nanti.

Guru-guru pula sibuk membuat persiapan awal untuk MAC tersebut termasuklah mengisi laporan adab belajar murid dan beberapa lagi buku rekod murid serta mengemaskini fail kuning iaitu fail peribadi murid.

Berkenaan ujian zoom-a pula, ujian pra PKSR II Siri 1 akan dimulakan pada hari rabu ini manakala siri 2 pula bermula pada minggu hadapan. Diharapkan murid dapat menggunakan kesempatan ini untuk membuat persiapan....

Ahad, 11 Oktober 2009

Keputusan Terkini PRK DUN Bagan Pinang

Rentetan Pilihanraya N31

Peratus Pengundi - 81.65%
Jumlah Pengundi - 11,157 pengundi

5.00 petang - Pengiraan sedang berlangsung

6.00 petang -
Nama Parti Jumlah Undi Semasa
Isa Samad 6358
Zulkefly
1847
Majoriti : 4511(Tidak Rasmi)

6.30 petang -
Nama Parti Jumlah Undi Semasa
Isa Samad 7821
Zulkefly
2490
Majoriti : 5331(Tidak Rasmi)

7.15 malam - Keputusan Rasmi :

Nama Parti Jumlah Undi Semasa
Isa Samad 8013
Zulkefly
2578
Majoriti : 5435
Undi Rosak : 222

Debar Menanti Keputusan PRK N31

Hari ini hari yang mendebarkan bagi kedua-dua parti politik Barisan Nasional(BN@Dacing) dan Parti Islam se-Malaysia(PAS@Bulan). Pastinya pilihanraya N31 Bagan Pinang ini menjadi tumpuan umum tidak kiralah ahli-ahli parti politik berkenaan atau berkecuali. Ini kerana pilihanraya tersebut akan memberi kesan yang cukup besar terhadap penerimaan rakyat terhadap parti yang bertanding.



( ZULKEFLY MOHAMAD OMAR )

VS

( MOHD ISA ABD SAMAD )

Bermula jam 5.30 petang nanti saya akan bawakan keputusan tidak rasmi dan rasmi dari semasa ke semasa. Biasanya keputusan dapat diketahui lebih awal di sini dengan bantuan sumber-sumber yang berkaitan berbanding dengan pengumuman di TV.

Kepada mereka yang ingin mengetahui keputusan pilihanraya tersebut bolehlah melayari laman blog ini sekitar jam 5.30 petang nanti. Harap Maklum.

Sabtu, 10 Oktober 2009

Ingat! Sebulan Lapan Belas Hari

Pada 8hb 10 yang lepas semua kakitangan kerajaan telah menerima gaji masing-masing iaitu selepas 23 hari gaji bulan 9 diterima. Gaji ini diterima lebih awal oleh kerana perayaan deepavali yang akan disambut pada 17 hb Oktober nanti...

Apa yang perlu diambil perhatian adalah perancangan kewangan untuk menanti gaji bulan seterusnya iaitu gaji bulan 11 yang akan dibayar lewat sebulan 18 hari atau bersamaan dengan 48 hari dari tarikh gaji sebelumnya.

Adalah baik bagi saya mengingatkan diri saya dan rakan-rakan kakitangan kerajaan agar berhati-hati dalam menguruskan kewangan... takut-takut nanti terlebih guna pula... yang susahnya kita sendiri nanti... maklumlah biasanya kalau gaji dah masuk tu senang-senang jer kita habiskan dalam masa sebulan.. sebab kita dah terbiasa dengan itu... tapi berlainan selepas ini kalau sebulan kita habiskan baki 18 hari lagi nak cekau kat mana pula duit...???

Itu sajalah yang saya dapat kongsi setakat ini sebagai ingatan untuk kita bersama (yang tergolong dalam golongan susah dan sederhana). Manalah tahukan?? Apapun kalau mereka yang ada duit berlebihan tu bolehlah masukkan ke akaun maybank saya yang bernombor 164098504446.... lepas tu bolehlah jadi kaya... hehehehe

Kerana Petir Seorang Maut Seorang Cedera

Sehingga kini kejadian dipanah petir sahaja dah lebih dari 3 kes sepanjang tahun ini, yang terbaru seperti laporan berita harian di bawah:

KUCHING: Seorang pelajar Tahun Empat sebuah sekolah rendah di sini maut manakala abangnya cedera parah dipanah petir ketika sedang bermain bola sepak di sebuah tanah lapang berdekatan rumah mereka di BDC Stutong Baru di sini, hari ini.

Gabriel Mathew, 10, meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) manakala abangnya, Melvin, 14, cedera parah dan masih dirawat di hospital itu.

Seorang rakan mereka, Jubin Nora, 17, berkata dalam kejadian jam 3 petang itu, mereka serta beberapa lagi rakan lain bermain bola sepak dalam hujan lebat.

"Kedua-dua anak saya memang gemar bermain bola sepak, tanpa mengira hari panas terik atau hujan lebat. Saya telah banyak kali menasihatkan mereka agar tidak bermain bola ketika hujan lebat dan petir menyambar tetapi mereka tetap keluar bermain bola petang tadi," kata ibu Gabriel, Kathleen Kumjak, 35, dengan sedih atas kematian anak kedua daripada empat anaknya.

Jadi, semua mesti ambil ikhtibar atas apa yang berlaku.. jika sekiranya berlaku hujan lebat, kilat dan petir janganlah cuba mencari nahas untuk berada di kawasan yang berisiko tinggi. Ini termasuklah padang atau kawasan yang tidak mempunyai perlindungan. Seeloknya kalau sedang bermain dan tiba-tiba hujan turun lebat... eloklah berhenti bermain.. jika tidak padah akan menimpa.. kadang-kadang perkara begini kita selalu tidak ambil berat.. Berita panah petir sebelum ini juga telah melibatkan maut yang mana seorang lelaki mati akibat tangkalnya di panah petir.. tangkal yang dipakai adalah tangkal tembaga.. jadi kita harus elakkan memakai benda-benda macam tu tambah lagi apabila keadaan petir sambar menyambar... huhh tak pasal-pasal.... k.o

Jumaat, 9 Oktober 2009

Anugerah Video Bersara Jatuh Bangun

Dalam meniti hari-hari akhir persekolahan yang tinggal lebih kurang sebulan lebih sahaja lagi.. pelbagai program akan dilaksanakan di sekolah. Program yang paling besar adalah MAC 2009 yang dimasukkan sekali Majlis Persaraan Cikgu Khatijah dan Cikgu Jusvinder dan beberapa program lagi...

Bagi kedua-dua program ini saya ditugaskan untuk membuat sedikit paparan video.. jadi, sekali lagi saya perlukan kerjasama cikgu Riduan dan Raisam sebagai rakan kerja untuk menyiapkan program tersebut.. lagipun cikgu Riduan ni kreatif orangnya... kreatif gilerlah... dan cikgu Raisam pun sempoi...

Dalam menyiapkan video tersebut... kami akan membuat sesi terjahan terutama pada kedua-dua mereka yang nak bersara dan juga sesiapa sahaja yang terkena... nasiblahkan.. Harap semua bersedia untuk cakap depan kamera... jangan lari pula...

Tadi cikgu puteri minta video terjah raya untuk disimpan sebagai kenangan, beliau kata... beliau nak berpindah sekolah tahun depan.... huhhh ramainya senior-senior sekolah ni yang dah berpindah bertukar ke sekolah lain tinggallah kami yang junior ni.. saya baru saja 5 tahun berada di sekolah ni itupun saat sekolah dah memang menggapai kecemerlangan. Itu pun prestasi saya sendiri merosot tak macam senior-senior lama ni diorang bagus betul... betulah kata orang kalau dah jatuh susah nak bangun...

Apapun kena bangun juga, kalau tak nanti lagi susah... harapnya lepas ni dapat bangun, berjalan dan berlari kembali.. Adoi payahnya nak bangun....