Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Sabtu, 10 Oktober 2009

Kerana Petir Seorang Maut Seorang Cedera

Sehingga kini kejadian dipanah petir sahaja dah lebih dari 3 kes sepanjang tahun ini, yang terbaru seperti laporan berita harian di bawah:

KUCHING: Seorang pelajar Tahun Empat sebuah sekolah rendah di sini maut manakala abangnya cedera parah dipanah petir ketika sedang bermain bola sepak di sebuah tanah lapang berdekatan rumah mereka di BDC Stutong Baru di sini, hari ini.

Gabriel Mathew, 10, meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) manakala abangnya, Melvin, 14, cedera parah dan masih dirawat di hospital itu.

Seorang rakan mereka, Jubin Nora, 17, berkata dalam kejadian jam 3 petang itu, mereka serta beberapa lagi rakan lain bermain bola sepak dalam hujan lebat.

"Kedua-dua anak saya memang gemar bermain bola sepak, tanpa mengira hari panas terik atau hujan lebat. Saya telah banyak kali menasihatkan mereka agar tidak bermain bola ketika hujan lebat dan petir menyambar tetapi mereka tetap keluar bermain bola petang tadi," kata ibu Gabriel, Kathleen Kumjak, 35, dengan sedih atas kematian anak kedua daripada empat anaknya.

Jadi, semua mesti ambil ikhtibar atas apa yang berlaku.. jika sekiranya berlaku hujan lebat, kilat dan petir janganlah cuba mencari nahas untuk berada di kawasan yang berisiko tinggi. Ini termasuklah padang atau kawasan yang tidak mempunyai perlindungan. Seeloknya kalau sedang bermain dan tiba-tiba hujan turun lebat... eloklah berhenti bermain.. jika tidak padah akan menimpa.. kadang-kadang perkara begini kita selalu tidak ambil berat.. Berita panah petir sebelum ini juga telah melibatkan maut yang mana seorang lelaki mati akibat tangkalnya di panah petir.. tangkal yang dipakai adalah tangkal tembaga.. jadi kita harus elakkan memakai benda-benda macam tu tambah lagi apabila keadaan petir sambar menyambar... huhh tak pasal-pasal.... k.o