Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Khamis, 22 Oktober 2009

Mesin Periksa Kertas Dan Buku Adab

Teringat semalam... guru-guru tahun 5 dan tahun 1 telah mengadakan perjumpaan khas untuk taklimat khas daripada Pn. Hjh. Siti Rokiah.... Cikgu Khadijah... dan juga Cikgu Zul berkenaan peperiksaan PKSR. Fokus utama adalah tentang penggunaan kertas OMR bagi tahap 2... Cikgu Riduan dan Cikgu Raisam memberi tumpuan penuh ketika itu... mesti ada sesuatu yang tak kena ni...

Untuk makluman ini kali pertama murid-murid tahun 5 dibenarkan menggunakan kertas tersebut... sebelum ini murid tahun 6 sahaja yang menggunakannya... kelebihan kertas itu adalah kerana jawapannya dapat disemak dalam masa kurang 10 minit untuk semua aliran bagi setiap satu mata pelajaran... canggihlah... tapi tahun ni baru dapat guna... sebenarnya dah 3 tahun mesin tu berada di sekolah, tapi tahun 6 sahaja yang dapat guna.... sebabnya kos kertas itu agak tinggi.

Apapun sebenarnya kemudahan yang canggih itu memanglah sangat memudahkan lagi kerja guru tambahan pula masa yang tinggal kurang 3 minggu untuk kami mengemaskini markah murid memandangkan Majlis Malam Anugerah Cemerlang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Kalau tak ada mesin tu... memang lebih 2 jam masa diperlukan untuk semak kertas jawapan... kan banyak masa yang boleh dijimatkan... nampaknya ada kemajuan...

Cuma yang masih saya tak puas hati tentang buku adab belajar.. bayangkanlah nak kena bulatkan nombor untuk setiap pelajaran yang diajar... banyak bazir masa guru... nak buat benda itu saja lebih satu jam... itu sebuah kelas... kalau lebih.... macam mana? kalau saya tak apalah lagi sebab tak jadi guru kelas.. tapi bagi guru kelas? huhhh memang membebankan.. serius... tak tipu... lagipun sepanjang penggunaan nombor itu, saya lihat ianya tidak memberi kesan apa2 pada murid... Jadi harapan saya satu hari nanti semua elemen-elemen yang tidak bersesuaian ini dapat dimansuhkan dan digantikan dengan elemen yang lebih relevan bagi memudahkan ibubapa melihat serta membuat perbandingan pembelajaran anak-anak mereka.

Hujah saya bagi perkara di atas adalah
1. ibubapa hanya merujuk markah ujian atau peperiksaan anak mereka.
2. ibubapa sedia berbincang dengan guru2 sewaktu hari terbuka di mana ketika itulah segala pertanyaan berkaitan tingkahlaku murid akan diketahui oleh ibubapa.
3. tidak dapat memberi gambaran yang tepat dan jelas kepada ibubapa.
4. terpaksa membelek banyak halaman hanya untuk melihat markah anak-anak sedangkan yang lainnya tidak diberi perhatian.
5. Ulasan guru sudah cukup dan seharusnya merangkumi segala teguran sekiranya ada. Ibubapa lebih jelas dengan ulasan tersebut.
6. dan banyak lagi....

Walaubagaimanapun saya dan anda yang menjadi guru sekolah rendah perlu meneruskan juga tugas mebulat-bulatkan nombor itu selagi tiada arahan untuk memperbaharui buku tersebut... setakat ni tinggal satu kelas lagi saya nak siapkan bulat-bulat tu... anda bagaimana?

Bukan apa.... sebenarnya komen ni saya dapat dari pelbagai orang... bukan sahaja dikalangan guru bahkan ibubapa juga ada yang memaklumkan bahawa ada baiknya guru melaporkan masalah anak mereka berbanding membulatkan nombor yang pada mereka sukar untuk ditafsirkan.