Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Selasa, 13 Oktober 2009

Cukai Belanjawan 2009

Macam biasa setiap tahun setiap orang akan menanti belanjawan yang akan dibentangkan kerana berkemungkinan membawa keuntungan pada diri masing-masing dan berkemungkinan juga tidak. Bagi perokok, mereka juga berdebar mengharapkan cukai terhadap barang tersebut tidak dinaikkan... kalau turun lagi bagus katanya.....

Namun jangkaan belanjawan kali ini adalah tidak banyak habuan yang akan diberi memandangkan kerajaan sedang dalam proses mengimbangi defisit yang meluas. Berkemungkinan juga kerajaan mencari jalan mengembangkan pendapatan cukai bagi memenuhi sasaran kutipan.

Apapun nantikan sahaja 23 Oktober 2009. Semoga belanjawan tahun ini tidak membebankan rakyat malah terus memberi kesejahteraan untuk terus menikmati hidup di bumi bertuah ini.