Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Ahad, 18 Oktober 2009

Menanti Detik Menjadi Belasahan

Hemm.. sebentar tadi dapat panggilan telefon daripada cikgu Azeze yang nak mengkonfirmkan saya untuk ke perlawanan badminton hari ini.. Alamak sure kena belasah teruklah aku hari ni...

Seperti yang dijanjikan malam ni ada perlawanan badminton antara guru-guru pagi dan guru-guru petang...

kalau ikutkan perlawanan yang lepas.. bowling dimenangi cikgu petang@cikgu farzarul.. Ping Pong dimenangi oleh cikgu petang@Ustaz Kamaruddin.. bola tampar pun dimenangi oleh cikgu petang... badminton tak pasti... tapi yang pasti cukgu-cikgu pagi kena menanglah.. asyik kalah jer.. malu plak rasa...

Sukan lain seperti carom, catur dan futsal pun ada main tapi tak pernah buat perlawanan... rasanya.. kalau buat siapalah yang menang yer? cikgu pagi kot..

Malam ni boleh dikatakan misi menebus maruahlah... tapi sukar nak dijangka dengan saya sendiri pun tak berapa nak pandai main badminton dah tentu dibelasah teruk.. apapun demi semangat setiakawan saya akan datang juga untuk bermain.. kalah menang adat permainan.. malam ni saya akan cuba bersungguh-sunguh untuk tidak kalah teruk...