Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Khamis, 15 Oktober 2009

Uji P.A Sistem Gagal

Hari ini agak kelapangan sedikit diwaktu pagi kerana murid terlibat dengan ceramah motivasi. Jadi saya dan cikgu riduan menggunakan masa tersebut untuk mencuba dan meneliti peralatan-peralatan yang diperlukan untuk Majlis Anugerah Cemerlang nanti. Ini bagi mengelakkan kekalutan dan masalah dikemudian hari kerana untuk menguruskan kerja tersebut tidaklah mengambil masa yang sekejap tetapi memerlukan banyak masa kerana pekerjaan tersebut boleh dikatakan leceh dan rumit.

Biasanya dalam menjayakan sesuatu majlis kita akan terlepas pandang akan peri pentingnya p.a sistem. Kita menganggapkan ianya sesuatu yang mudah. Jika anda beranggapan begitu ianya nyata meleset. Oleh itu persiapan rapi perlu dibuat termasuklah menguji pembesar suara, memastikan segala audio atau video yang hendak dimainkan berfungsi dengan baik.

Kami juga menguji kamera video dan lcd yang akan digunakan nanti dengan bantuan en. shahril. Namun hari ini nampaknya gagal dek kerana beberapa gangguan. Jadi terpaksa menguji semula pada hari lain.