Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Sabtu, 15 Ogos 2009

Ujian zoom-a Tahun 5 Dan UPSR09

Cabaran top 20 zoom-a telah dimulakan sejak minggu lepas.. nampaknya kecenderungan murid untuk menjawab ujian masih ditahap yang kurang memuaskan. Namun begitu terima kasih diucapkan kepada murid-murid yang bersungguh-sungguh menjawab ujian yang telah disediakan oleh guru-guru.

Ujian August week 2 telah pun ditamatkan manakala ujian bagi minggu ini iaitu August week 3 pula telah pun bermula sehingga 21 Ogos nanti. Tahniah kepada mereka yang tersenarai dalam top 20. Diharapkan murid dapat mempertingkatkan lagi usaha untuk cemerlang terutama dalam matapelajaran BM dan Sains yang dilihat tidak mencapai tahap cemerlang. Saya harapkan murid akan melakukan yang terbaik untuk ujian week 3.

Bagi murid yang bakal mengahadapi UPSR kurang sebulan lagi diharapkan kerap menggunakan zoom-a. Saya telah pun menyediakan soalan untuk murid-murid tahun 6 semua melalui zoom-a. Harap murid2 dapat membuat ulangkaji dengan lebih bersungguh2 untuk tidak menghampakan harapan guru dan ibubapa yang telah banyak berkorban.

Pentingnya Makanan Berkhasiat

Setiap orang inginkan kebahagiaan. Kebahagian pula akan terhasil sekiranya kehidupan kita sihat dan ceria. Bagaimana hendak memastikan kita sentiasa sihat.

Untuk pengetahuan semua kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat seperti kanser dan penyakit jantung yang disebabkan oleh tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat.. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.

Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, "Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan".

Seorang Pakar Pemakanan dari Amerika Syarikat, Frances M Lappe berkata rakyat di negaranya mempunyai diet yang tidak menyihatkan. Dalam bukunya Diet for a Small Planet beliau berkata penduduk negara itu memakan terlalu banyak daging, lemak, gula, alkohol, bahan penambah tetapi kurang memakan makanan berserat. Tabiat ini juga mulai merebak di kalangan rakyat Malaysia yang pada umumnya memakan kian banyak makanan berproses.

Terlalu banyak lemak dan kolesterol
Makanan seperti daging telur dan hasil tenusu seperti mentega dan keju merupakan sumber protein, vitamin dan galian yang baik tetapi ia juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol.

Lemak boleh menyebabkan kegemukan, mendorong serangan jantung dan meningkatkan risiko serangan kanser sementara kolesterol menjadi punca utama sakit jantung.

Makanan berproses dan snek seperti kentang goreng dan kerepek juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol begitu juga dengan makanan jualan penjaja.

Terlalu banyak gula
Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.
Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.

Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.

Terlalu banyak garam
Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam.

Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.
Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).

Terlalu sedikit serat
Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70 - 80 jam untuk melalui saluran penghadaman. Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk melalui saluran itu dapat melindungi daripada serangan kanser usus besar dan rektum dengan mencairkan bahan beracun yang terdapat di dalam usus besar dan mempercepatkan pengeluarannya dari tubuh.

Setiap manusia mempunyai keperluan yang berbeza, oleh itu anda harus menentukan sendiri apa yang terbaik untuk diri anda. Untuk memastikan anda makan berlebihan, anda mungkin perlu menimbang berat badan dari semasa ke semasa atau perhatikan sama ada terdapat perubahan ketika berpakaian iaitu sama ada pakaian kian sendat atau tetap seperti biasa.

Kita perlu mengimbangi tenaga (makanan) yang kita perolehi dengan tenaga yang digunakan untuk kegiatan seharian. Jika anda berkejar ke sana ke mari sepanjang hari, bererti anda telah menggunakan lebih banyak tenaga berbanding jika anda hanya duduk sepanjang masa. Jika anda memakan melebihi keperluan tubuh, maka lebihan makanan itu akan tersimpan sebagai lemak.

Diet anda menentukan keadaan kesihatan anda sepertimana pepatah diri anda ialah apa yang anda makan. Oleh itu penting bagi anda mengamalkan tabiat makan yang baik dari peringkat muda lagi.

Jumaat, 14 Ogos 2009

Lawatan Nazir Ujian

Rasa seronok semalam masih tengiang-ngiang lagi. Di sekolah tadi masih lagi dibualkan tentang lawatan tersebut. Baguslah murid-murid berkongsi cerita dengan kawan-kawan. Kalau ikutkan memang ramai lagi yang nak pergi tapi disebabkan tapisan terpaksalah bawa 80 orang sahaja. Itupun masih ada 3 orang lebih sebab merayu nak pergi. Harap-harap aktiviti macam tu dapat dibuat pada tahun hadapan kalau boleh masa nazir datang.

Hari ini saya rasa sedikit letih sebab pagi tadi sibuk menyiapkan soalan ujian yang telah tidak diluluskan oleh Ketua Panitia sebab soalan tak menepati piawai. Jadi tadi terpaksa memerah otak dan bertungkus-lumus menyiapkan soalan tersebut memandangkan ujian formatif tinggal 3 hari sahaja lagi.

Hari ini juga sibuk sunting video yang telah dirakam semalam untuk paparan kepada murid-murid dan guru-guru yang nak berkongsi tentang lawatan semalam. Jadi ambil sedikit masa untuk siapkan lagipun nak sunting video tu leceh jugaklah.

Tahniah diucapkan kepada GB, pentadbir sekolah, Guru-guru dan warga SK Setiawangsa kerana sekolah kita telah mendapat 90.7% markah daripada jemah nazir yang datang semasa kami pergi lawatan. Walaupun saya tidak terlibat tapi tumpang gembira jugalah.

Minggu hadapan ujian formatif 3 akan bermula. Harap semua murid sudah bersedia dan ibubapa juga diharapkan dapat meluangkan masa memantau anak-anak membuat ulangkaji terutamanya penggunaan zoom-a.

Khamis, 13 Ogos 2009

Lawatan TKRS ke TLDM & TUDM Kuantan

Lawatan Sambil Belajar TKRS Bahagian 1


Lawatan Sambil Belajar TKRS Bahagian 2


Lawatan Sambil Belajar TKRS Bahagian 3


Lawatan Sambil Belajar TKRS Bahagian 4


6.30 pagi - Murid membuat pendaftaran di ruang makan kantin sekolah dan mendengar sedikit taklimat daripada Cikgu Rosli selaku Ketua Lawatan. Murid diberikan sebungkus roti, sandwich, sebotol air mineral untuk sarapan pagi dan dibekalkan topeng penutup mulut dan hidung bagi mencegah H1N1.

7.00 pagi - Kami memulakan perjalanan dengan jumlah murid seramai 84 orang dan turut bersama 7 orang guru pembimbing.

11.00 pagi - Kami tiba di destinasi yang pertama iaitu Pengkalan TLDM. Disini kami di tahan di pintu masuk utama lebih kurang 15 minit untuk pemeriksaan.

11.15 pagi - Kami menuju ke dewan untuk sesi taklimat daripada Pegawai TLDM. Sepanjang sesi taklimat kami didedahkan berkaitan perkapalan dan perairan serta tugas-tugas TLDM. DIsamping itu, murid-murid semua sempat bersoaljawab. Banyak juga soalan yang ditanya dan dijawab dengan jelas oleh pegawai TLDM. Sebelum bergerak ke KD Perak kami diminta menyanyikan lagu TLDM.

11.30 pagi - Kami menuju ke destinasi yang dimaksudkan iaitu KD Perak atau Kapal Di Raja Perak yang merupakan salah satu kapal tempur yang merupakan salah satu kapal yang tercanggih dan terbaru ditauliahkan oleh Permaisuri Agung. Sampai di kapal kami diberi sedikit penerangan tentang KD Perak oleh Komander Ismail.

11.50 pagi - Kami menjamu selera yang disediakan oleh tukang masak atas kapal KD Perak. Sambil makan kami berbual-bual tentang keseronokan aktiviti hari ini dan rasa teruja apabila melihat kapal KD Perak yang serba canggih ini.

12.45 petang - Murid seterusnya berbaris membentuk 4 kumpulan. Setiap kumpulan murid dipimpin oleh pegawai kadet yang membawa mereka untuk melawat setiap tempat dan memberi penerangan tentang peralatan dalam kapal. Sepanjang aktiviti ini berlangsung pelbagai persoalan ditanyakan oleh murid-murid dan sekaligus menambah ilmu pengetahuan baru dalam diri masing-masing.

2.30 petang - Disebabkan keterujaan murid terhadap Lawatan di KD Perak Kami terpaksa memberi lebih masa untuk tidak menghampakan murid yang begitu seronok berada di dalam kapal ketika itu. Oleh itu kami memulakan perjalanan agak lewat ke Kem TUDM.

3.30 petang - Sampai di Kem TUDM lewat sedikit sebab menunggu sebuah lagi bas pergi mengambil makanan. Setibanya di Kem TUDM berkumpul di kawasan lapang dan diberikan sedikit taklimat. Kami juga turut dapat melihat beberapa jet pejuang sedang membuat penerbangan. Kami seterusnya dibawa ke sebuah Helikopter Nuri dan diberi taklimat berkenaan pesawat tersebut. Disamping itu, murid-murid mengambil kesempatan untuk bertanya banyak soalan yang berkaitan.

4.30 petang - Kami memulakan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan ke balik kami singgah di perhentian gambang untuk makan dan menunaikan solat dan melepaskan hajat. Kesempatan itu juga kami berbual dan bertukar-tukar fikiran tentang aktiviti lawatan yang telah dilaksanakan. Rata-ratanya mengatakan memang sangat seronok terutamanya ketika lawatan di KD Perak... memang teruja.

8.30 Malam - kami akhirnya selamat sampai kembali di SK Setiawangsa dengan keadaan yang baik dan begitu puas. Walaupun sepatutnya kami menjangkakan tiba selewat-lewatnya pukul 6 petang namun jangkaan tersebut meleset akibat berada terlalu lama di atas kapal. Walaubagaimanapun semua rasa seronok dan yang penting sekali semua selamat.

Rumusan saya:
Aktiviti lawatan sebegini memang wajar dilaksanakan sebagai pendedahan kepada murid supaya tidak terperuk di tempat atau dunia sendiri. Sepanjang lawatan berlangsung murid-murid dilihat begitu aktif bertanyakan pelbagai soalan. Ini sebenarnya sangat bagus walaupun kadang-kadang soalan adalah di luar kotak.

Saya juga dapati murid mula sedar akan peri pentingnya sesuatu mata pelajaran yang dipelajari di sekolah untuk dikaitkan dengan sesuatu bidang pekerjaan. Sesungguhnya murid telah jauh perjalanan luas pemandangan, bertambah pengetahuan, dapat tanya banyak soalan, dapat nikmati keenakkan makanan, banyak ilmu boleh kongsi dengan kawan-kawan dan paling penting kena buat karangan dalam buku skrap atau catatan untuk dijadikan bahan paparan.

Rabu, 12 Ogos 2009

Bersiap Untuk Lawatan Esok

Bermula jam 6.30 pagi esok kami seramai lebih kurang 80 orang murid dan guru akan bertolak ke kuantan bagi melaksanakan satu program lawatan TKRS ke kem TUDM dan TLDM. Setakat ini perancangan aktiviti berjalan lancar. Sesi taklimat juga telah diberikan kepada semua murid yang terlibat iaitu murid tahun 4 dan 5.

Memandangkan perjalanan agak jauh dan memang pun jauh di tambah pula dengan tersebarnya wabak H1N1. Kami mengambil langkah pencegahan dengan memastikan semua murid yang terlibat esok adalah sihat dan diwajibkan memakai topeng... bukan topeng spiderman atau batman.

Segala laporan dan maklumat yang kami perolehi di sana nanti akan kami kongsikan untuk sama-sama menambah ilmu pengetahuan.

Diharapkan murid-murid yang terlibat telah bersiap sedia untuk esok. Perjalanan akan dimulakan awal pagi seawal jam 6.45 pagi. Kita berharap program esok berjalan lancar dan menepati masa. Apapun doakanlah perjalanan kami esok selamat..

Alkali Makan Sayur

Tempohari saya ada menyelitkan sedikit cerita berkaitan ketahanan badan. Telahpun saya maklumkan pada catatan yang lepas bahawa ketahanan badan seseorang antaranya berpunca daripada pengambilan makanan. Seharusnya damlam pengambilan makanan 80% adalah berunsur alkali manakala selebihnya 20% adalah asid. Namun sebaliknya berlaku apabila kebanyakkan daripada kita mengambil makanan yang berunsur asid lebih banyak berbanding alkali. Ini menyebabkan ketahanan badan seseorang lemah dan sukar untuk melawan penyakit.

Murid-murid ada juga bertanya apa contoh makanan beralkali? contoh makanan beralkali termasuklah susu kambing, putih telur, air kelapa, buah2an dan sayur2an.

contoh makanan berasid pula seperti makanan laut, nasi, daging, ayam
bila dah banyak asid dlm badan, itu yg penyakit senang nak menyerang...

Zaman dah moden sekarang ni... orang pun dah ramai tak makan sayur.. makan burger... nugget.. hotdog... dan macam-macamlah... tak tahulah apa yang tak sedapnya sayur tu... pada saya ok jer. Nak buat macam mana kan? tiap orang ada citarasa sendiri. Apapun sayur memang penting untuk tubuh badan kita.

Jadi, memandangkan pelbagai penyakit telah melanda dunia, yang mana ada yang menyatakan penyakit sekarang ini adalah penyakit ciptaan manusia seperti virus komputer. Mereka yang bijak pandai mencipta penawar dan virusnya kemudia menjadikan virus tersebut sebagai aset untuk mendapatkan wang yang banyak. Entahlah betul atau tidak.. apapun marilah bersama-sama memakai topeng dan menjaga kesihatan serta makan makanan yang seimbang.

Selasa, 11 Ogos 2009

Kes kematian Meningkat Topeng Pelbagai Corak

Pada mulanya wabak H1N1 dibawa oleh seorang individu sahaja. Lalu wabak ini bercambah kepada 2 kemudian 4, 6,8 dan setersusnya... setiap lapan orang yang terkena jangkitan pula akan mencari sekurang-kurangnya seorang mangsa... bayangkanlah kalau mangsa yang terkena jangkitan bukan seorang sahaja... pastinya cambahan wabak ini akan cepat berkembang..

Apa yang boleh dibuktikan di sini adalah.. jika sebelum ini kes baru hanya kurang daripada 40 orang tetapi hari ini sahaja seramai 270 kes baru telah dicatatkan dan 6 kematian menjadi 38 kematian kesemuanya.. Bayangkanlah kalau 270 orang ini membawa mangsa-mangsa baru... yang pastinya setiap hari pasti sahaja ada kes baru di negara kita.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema itu jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus A (H1N1). Adakah kita akan tergolong dalam golongan tersebut... Jadi fikirkanlah bersama.

Apa yang boleh dilakukan hanyalah kesedaran kita sendiri.. semua orang boleh terkena jangkitan virus ini. Jadi sebenarnya setiap orang tidak terkecuali untuk memakai topeng sebagai langkah berjaga-jaga.

Saya menjangkakan beberapa syarikat akan mengeluarkan pelbagai janis topeng yang mungkin mempunyai pelbagai corak termasuklah corak batik yang akan dipakai oleh semua kaki tangan kerajaan pada setiap hari khamis.

Isnin, 10 Ogos 2009

Risiko Tinggi H1N1

Hari ini tidak putus-putus orang membicarakan tentang H1N1. Virus yang kini sedang merebak bercambah dan menjadi begitu banyak dan mula menjadi kebimbangan masyarakat seluruh dunia. Mana tidaknya, kematian hari ini telah mencecah kepada 32 kematian.

Sekadar untuk makluman saya paparkan dibawah antara mereka yang berisiko tinggi untuk menerima jangkitan tersebut dan tanda-tanda amaran. Jadi langkah lebih berhati2 perlulah dilaksanakan segera:


Perisai Komuniti 2009 Milik Chelsea

Akhirnya berjaya juga Chelsea merangkul Perisai Komuniti apabila berjaya menewaskan Man U dalam penentuan sepakan penalti 4 berbalas 1.

Selepas ini Chelsea akan memulakan perlawanan pertama pada hari Sabtu ini bagi memulakan perlawanan Liga Inggeris musim 2009/2010 dengan perlawanan pembukaan bertemu pasukan Hull City.

Kepada penyokong Chelsea... Tahniah... walaupun tak main tapi sebagai penyokong tegar Chelsea rasanya memang seronok... hanya peminat saja yang tahu...

Ahad, 9 Ogos 2009

Daya Ketahanan Tubuh Cegah H1N1

Dalam menjalani kehidupan harian termasuklah ibadah solat, puasa, kerja, belajar dan sebagainya, ketahanan tubuh memainkan peranan yang penting. Sebab itulah makan juga dianggap sebagai ibadah. Jadi bagaimana untuk mewujudkan ketahanan dalam tubuh badan kita?

Melalui pembacaan saya setiap orang akan mempunyai daya ketahanan tubuh melalui aktiviti seperti bersenam, makan makanan seimbang dan sebagainya. Namun sedar tidak sedar melalui pemakanan juga akan menghasilkan asid di dalam tubuh badan yang mana apabila kadar keasidan meningkat tinggi maka daya tubuh akan mulai hilang.

Dalam situasi negara yang begitu dilanda pelbagai wabak termasuklah wabak Horlick 1 Nescafe 1 adalah amat penting bagi setiap dikalangan kita memberi keutamaan dalam memastikan ketahanan tubuh bagi mengelakkan terkena jangkitan. Jika tidak tubuh yang kurang daya tahan pasti akan mudah terdedah dengan jangkitan wabak tersebut.

Langkah yang terbaik bagi memastikan ketahan tubuh badan kita berada dalam keadaan yang stabil adalah dengan mengambil makanan dan minuman beralkali bagi meneutralkan lebihan asid dalam badan. Cadangan saya adalah minum air yang bertapis atau mineral. Penawar ciptaan Allah yang berunsur alkali juga boleh diminum iaitu air kelapa bagi mengekalkan ketahanan badan. Elakkan minum minuman bergas dan makanan ringan yang sangat tidak berkhasiat.

Sabtu, 8 Ogos 2009

Persediaan Kecapi Kejayaan

Hari ini pelbagai aktiviti telah berlangsung yang mana kesinambungan untuk memastikan kejayaan dalam menghitung hari terutamanya menjelang detik dan ketikanya UPSR yang bakal tiba kurang lebih 30 hari sahaja lagi.

Kecemerlangan yang diimpikan insyaallah menjadi kenyataan jika sekiranya usaha-usaha yang telah dijalankan ditentukan oleh Allah sebagai kejayaan nanti. Kelas tambahan bagi murid tahun 6 masih giat dijalankan. Nampaknya guru-guru tahun 6 memang bekerja keras untuk melihat kejayaan anak didik mereka. Sebenarnya begitu juga kami ketika mendidik mereka sejak darjah satu, dua, tiga, empat dan lima... kami juga berusaha sedaya upaya untuk memastikan setiap anak didik berjaya cemerlang. Namun sudah tentunya kita hanya merancang tuhan sahaja yang akan menentukan. Ini bermakna usaha guru dan ibubapa sahaja tidak dapat menjamin kejayaan sekiranya murid itu sendiri tidak bersungguh.

Dalam mengecapi kejayaan pelbagai usaha telah, sedang dan akan dilakukan. Kalau dilihat pada aktiviti hari ini. Aktiviti seperti orchestra, mini teater, ping pong berjalan seperti biasa. Bagi sebahagian murid tahun 5 pula terlibat dengan teknik menjawab soalan Sains dan Bahasa Inggeris. Sofbol juga turut mengadakan latihan. Program anak soleh juga turut berlangsung di mana murid yang terpilih mengikuti program tersebut bermalam di sekolah pada malam ini dan dijangka program ini akan tamat tengahari esok.

Program zoom-a terus menjadi tumpuan murid pada hari ini. Alhamdulillah dari pemantauan saya di rumah nampaknya murid sudah mula mengerti peri pentingnya membuat ulangkaji di rumah. Pemantauan hari ini menunjukkan peningkatan penggunaan zoom-a dikalangan murid tahun 5. Namun murid-murid tahun 6 meningkat lebih mendadak hari ini. Pada firasat saya murid-murid tahun 6 sedang membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan percubaan UPSR 2 pada hari Isnin dan Selasa nanti. Baguslah begitu, seronok rasanya cikgu apabila melihat kesungguhan murid-murid semua apatah lagi ibubapa.

Saya harap ulangkaji menggunakan program zoom-a tersebut dapat diteruskan bagi menjamin kecemerlangan pada pepriksaan yang bakal diduduki oleh murid-murid tidak lama lagi.

Berkenaan program Mentor pula, jika tidak ada aral mungkin minggu depan program tersebut akan bermula.... itu sahajalah yang dapat saya laporkan.

Chelsea vs Man U Futsal Piala Hanizu

Musim kali ini saya masih lagi memilih Chelsea sebagai pasukan pilihan sejak 5 musim yang lepas.

Tepat Jam 10 malam esok pertembungan dua gergasi bola sepak Inggeris ini pasti menjadi tumpuan ramai. Bagi saya pada malam ini memang saya tak akan lepaskan peluang menyaksikan perlawanan tersebut yang dijangkakan hebat di mana Chelsea di bawah kendalian pengusrus barunya Anceloti. Adakah beliau mampu membuat kejutan? Apapun semuanya menjadi tanda tanya sehinggalah perlawanan ditamatkan malam nanti.

Kalah memang adat perlawanan... sebab kalau seri pun kena adakan sepakan penalti.. Jadi harap-harap Chelsea menanglah malam ni...

Bagi guru-guru lelaki SK Setiawangsa pada hari Rabu malam atau malam khamis minggu depan, Cikgu Hanizu ajak main futsal...(Piala Hanizu) itu pun kalau berani katanya... untuk maklumat lanjut boleh tanyak En. Hanizu atau telefon saja PA beliau ditalian 015-9568732... sekiranya panggilan anda tidak dijawab sila berjumpa dengan En. Hanizu secara "live".

Jumaat, 7 Ogos 2009

Blog Top 10 zoom-a

Disebabkan murid-murid nak tahu siapa yang paling tinggi markah zoom-a bagi ujian yang telah mereka jalankan. Saya dengan rasminya menambah satu lagi blog yang dinamakan sebagai Top 10 zoom-a Tahun 5 (Klik Untuk Lihat). Jadi murid-murid tahun 5 semua bolehlah tengok siapa yang dapat markah paling tinggi dan tersenarai dalam carta top 10.

Carta Top 10 ini hanya dipaparkan apabila ujian di tutup atau tamat tempoh

Langkah Terbaru Atasi H1N1

Wabak selsema babi bukanlah suatu yang boleh dipandang remeh walaupun kematian baru mencecah 14 orang namun bilangan kes telah pun mencecah 1 492 kes. Di mexico telah mencecah kematian yang ke 149. Saya menjangkakan jika kita memandang remeh wabak ini... kalau tahun ini saja jumlah kes boleh mencecah hingga 5 000 pada tahun hadapan pastinya akan bertambah lebih banyak. Setakat hari ini kerajaan telah mengumumkan langkah baru menangani wabak tersebut iaitu seperti di bawah :

Hospital/klinik

Lakukan ujian lengkap ke atas golongan berisiko seperti pesakit asma dan wanita hamil. 22 hospital swasta dijadikan pusat saringan awal dengan dibekalkan antiviral Tamiflu. Semua klinik kesihatan yang mempunyai pegawai perubatan, dibekalkan dengan Tamiflu. Klinik swasta dibenarkan membeli Tamiflu daripada farmasi.

Sekolah
Semua sekolah diarah memeriksa suhu badan murid setiap pagi. Mengasingkan dan membawa murid yang demam melebihi 38 darjah Celsius ke klinik.

Saya rasa tidakan memeriksa suhu badan yang dilakukan pada setiap pagi sebelum sesi pembelajaran bermula adalah sangat bertepatan. Ini bertujuan mengasingkan terus murid yang dibimbangi sebagai pembawa wabak tersebut dari mengjagkiti rakan-rakan mereka yang lain termasuk juga guru.

Sekurang-kurangnya melalui pemeriksaan suhu tersebut dapat memberi keselesaan pada murid-murid untuk belajar dalam kelas tanpa ada perasaan takut terhadap jangkitan. Rasionalnya pemeriksaan perlu dilakukan pada setiap hari adalah kerana murid-murid hadir dari pelbagai destinasi. Kita tidak mengetahui sama ada mereka telah terkena jangkitan atau tidak. Mungkin semalam atau hari ini belum... esok siapa yang tahu?

Khamis, 6 Ogos 2009

Persaingan Pengguna zoom-a

Terima kasih kepada murid-murid sk setiawangsa yang telah menggunakan zoom a semaksima yang mungkin.. Nampaknya penggunaan program zoom-a bagi kalangan semua sekolah di Wilayah SK Setiawangsa menduduki tempat pertama yang mana bilangan murid paling ramai aktif dan kerap menggunakan zoom-a... tahniah.. di SK Setiawangsa pula tahun 5 merupakan pengguna paling aktif yang didahului oleh kelas 5 Cerdas dan 5 Dinamik..

Di harapkan program ini nanti dapat membantu murid-murid semua. Cikgu hanya cuba sedaya upaya sahaja... sekiranya anda masih menghadapi masalah jangan buat-buat lupa nak berjumpa dengan cikgu... setakat pemantauan yang saya buat sepanjang minggu ini nampaknya murid bijak menggunakan program tersebut dengan baik... Cuma saya sedang dalam proses mengajak guru-guru sk setiawangsa pula untuk memeriahkan lagi program tersebut melalui ujian-ujian yang diberi kepada murid.

Rabu, 5 Ogos 2009

Rentetan Kematian H1N1

Semakin pantas pergerakan virus H1N1. Kini virus tersebut telah memakan mangsa yang ke 12. Sehingga kini kita masih tidak memandang serius dengan kemampuan virus ini sebagai salah satu ejen pembunuh dalam diam. Ada yang menyatakan penyakit lain seperti denggi pun ramai juga yang mati... tetapi tidak diheboh-hebohkan.

Pada pandangan saya virus H1N1 lebih bahaya daripada denggi. Walaupun kedua-duanya mampu membunuh mangsa namun H1N1 adalah pembunuh paling pantas dan memebunuh dalam senyap.

Virus ini tiada 'persenyawaan' sebaliknya berkembang melalui 'pemecahan satu kepada dua' apabila hinggap pada perumah seperti manusia. Kematian setakat ini seperti berikut:
  1. 21 Julai 2009: Seorang pelajar lelaki tahun pertama warga Indonesia berusia 30 tahun dijangkiti Influenza A (H1N1) telah meninggal dunia.
  2. 23 Julai 2009 : Seorang lelaki berusia 42 tahun mati akibat wabak itu setelah disahkan mengalami pelbagai komplikasi meninggal akibat pneumonia yang serius dengan kegagalan beberapa organ setelah 10 hari mendapat rawatan.
  3. 24 Julai 2009 : Seorang rakyat Indonesia (46 tahun) mati kerana degupan jantung tidak terkawal dan berkait dengan H1N1 .Dia mati akibat pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan dengan kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut" selepas tujuh hari mendapat rawatan di unit rawatan rapi di sebuah hospital swasta di Subang Jaya.
  4. 27 Julai 2009: Wanita 20 tahun bekerja sebagai pembantu kedai di Melaka meninggal dunia di Hospital Melaka disebabkan oleh pneumonia teruk . Dia mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan alat pernafasan, dan dua hari lepas, dia mengalami pelbagai komplikasi klinikal termasuk septicemia disebabkan oleh pneumonia, kegagalan buah pinggang dan kegagalan fungsi paru-paru.
  5. 31 Julai 2009 : Kanak-kanak perempuan (10 tahun) di Klinik Kesihatan Bagan Serai, Perak. Mangsa sesak nafas, demam dengan suhu 39 darjah Celcius dan cyanosis. Tiba-tiba tidak sedar sebelum meninggal dunia 30 minit kemudian.
  6. 2 Ogos 2009 : murid lelaki berusia 11 tahun dari Johor Bahru meninggal akibat komplikasi
  7. 2 Ogos 2009 : Seorang ibu muda berusia 24 tahun meninggal dunia di Miri, Sarawak selepas dua minggu melahirkan anak sulungnya.
  8. 2 Ogos 2009 : Seorang guru 51 tahun dari Kuala Selangor yang meninggal dunia.
  9. 4 Ogos 2009 : Iffah Syazwina Samsuddin kanak-kanak 3 tahun dilaporkan meninggal dunia pada 4.30 di Hospital Melaka.
  10. 4 Ogos 2009 : Seorang lelaki 20 tahun dari negeri Melaka menghidap lelah dan kegagalan buah pinggang
  11. 4 Ogos 2009 : Seorang remaja 12 tahun dari Melaka menghidap lelah dan kegagalan buah pinggang.
  12. 5 Ogos 2009 : Seorang kanak-kanak berusia 6 tahun meninggal dunia di Hospital Batu Pahat.
  13. 5 Ogos 2009 : Seorang kanak-kanak enam tahun Mohd Hyafiq Afendi yang meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan Hospital, Kuantan akibat pneumonia atau radang paru-paru.
  14. 6 Ogos 2009 : Seorang lelaki 57 tahun korban terbaru wabak selesema A (H1N1)
  15. 6 Ogos 2009 : Seorang lelaki 63 tahun mengalami asma, batuk kering dan radang paru-paru. Dia meninggal dunia di Hospital Selayang
  16. 7 Ogos 2009 : Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun menjadi mangsa ke-15 yang meninggal dunia akibat selesema babi atau Inflenza A (H1N1) yang juga kes kematian kedua di Pahang
  17. 7 Ogos 2009 : Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun mengalami encephalitis dan meninggal dunia di Hospital Kuantan
  18. 8 Ogos 2009 : Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun mengalami hyperthyroidism dan radang paru-paru. Dia meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah
  19. 9 Ogos 2009 : Lapan lagi kematian akibat H1N1, termasuk dua di Sabah, dilaporkan di seluruh negara sehingga pagi ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Selasa, 4 Ogos 2009

Ujian Formatif Ikut Tarikh Asal

Alhamdulilllah, ramai murid dah menggunakan zoom a... harap-harap murid dapat menggunakan kemudahan tersebut dengan sebaik mungkin dalam misi mencapai kejayaan pada peperiksaan akan datang.

Dengarnya tadi, ujian formatif akan dibawa kehadapan semula iaitu pada 18 - 20 Ogos 2009 mengikut tarikh asal dalam takwim memendangkan beberapa aktiviti yang akan dijalankan pada awal Ogos ini termasuklah pertandingan nyanyian yang akan berlangsung pada 13 Ogos ini.

Diharapkan murid terus giat berusaha dan cuba menggunakan pembelajaran secara interaktif tersebut untuk menguji tahap pencapaaian dan mengekalkan pencapaian terbaik. Apa yang pasti zoom a mempunyai akaun khas untuk ibubapa.. Jadi saya berharap ibubapa juga dapat memberi kerjasama memantau pengunaan zoom a oleh anak-anak sekaligus membantu sedikit sebanyak tentang apa yang tidak diketahui.

Isnin, 3 Ogos 2009

Zoom-a

Hari ini mood guru besar agak baik.... senyum sepanjang hari... agaknya berpuas hati dengan majlis pagi tadi...

Hari ini beliau berjaya mendapatkan tajaan bagi program zoom-a untuk murid-murid tahun 5. Terima kasih diucapkan atas keperihatinan beliau yang berkehendakan murid di SK Setiawangsa ni mencapai kejayaan secara terus menerus.

Alhamdulillah, dek kerana program zoom-a ini merupakan program yang sangat bagus. Saya sendiri mempromosikan kepada murid-murid bagi menggalakkan penggunaannya. Nampaknya sambutan murid memang luar biasa. Mereka kelihatan bersungguh-sungguh hendak belajar menggunakan program tersebut.

Apa yang saya dapat terangkan di sini program ini adalah program intraktif. Murid-murid boleh menguji pencapaiaan atau kefahaman mereka terhadap pelajaran yang dipelajari di sekolah dengan menjawab soalan-soalan atas pilihan mereka sendiri. Ternyata ada banyak lagi kelebihan lain termasuklah boleh menjawab soalan pada bila-bila masa, boleh menetapkan masa unutuk menjawab soalan dan guru juda boleh menilai pencapai murid daari jarak jauh. Banyak lagi kelebihan lain jika hendak dibandingkan dengan membeli soalan di kedai buku... harga satu buku untuk satu mata pelajaran sahaja berjumlah hampir empat ringgit. Jadi kemudahan internet yang ada di rumah perlu digunakan sebaik mungkin oleh murid dan ibubapa sendiri sebagai pemantau.

Saya sendiri menggunakan ujian secara online untuk diberikan kepada murid untuk melihat tahap pencapaian mereka. Diharapkan murid dapat menggunakan kemudahan tersebut bagi meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan akan datang. Sekiranya murid menghadapi masalah tentang penggunaan zoom-a tersebut jangan segan silu untuk berjumpa dengan cikgu.

Tutup Minggu BM Buka Bulan Merdeka

Di sekolah hari ini diadakan perasmian penutup minggu Bahasa Malaysia dan juga perasmian pembukaan Bulan Kemerdekaan. Pelbagai aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar.

Majlis telah dimulakan dengan penyampaian hadiah Public Speaking yang mana SK Setiawangsa telah berjaya mendapat tempat ke-3 peringkat zon keramat. Penyampaian hadiah seterusnya bagi pertandingan kebersihan dan pemenang-pemenang dalam pertandingan yang dianjurkan oleh panitia bahasa malaysia sepanjang minggu lepas.



Tn. Hj. Ruslan Madon seterusnya dijemput menyampaikan ucapan penutup minggu bahasa malaysia dan merasmikan bulan patriotisme peringkat sekolah. Majlis simbolik perasmian telah dilakukan dengan beliau sendiri diminta mengetuk gong sebanyak 3 kali dan melepaskan belon.

Selesai simbolik, seterusnya beberapa persembahan disajikan kepada para murid dan guru termasuklah mendeklamasikan sajak persembahan murid dan guru, nyanyian murid tahun 1, persembahan live band murid orchestra dan seterusnya guru-guru dan murid-murid menanyikan lagu jalur gemilang, keranamu malaysia dan tanggal 31 bersama-sama sambil mengibar-ngibarkan bendera.

Sepanjang bulan patriotisme ini pelbagai program akan dijalankan. Diharapkan murid-murid dan guru-guru tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan bulan tersebut.

Video Perasmian Bulan Patriotisme 09

Ahad, 2 Ogos 2009

Bola Tampar Pasang Bendera

Semalam nampaknya tidak berkesempatan untuk membuat catatan.. memang sibuk sikit.. sibuk buat soalan ujian formatif dah masuk 3 hari buat... baru hari ni siap...

Semalam bermula awal pagi pergi ke sekolah... ada aktiviti riadah bermain bola tampar...

Suasana di perkarangan hadapan hingga belakang sekolah nampaknya begitu sibuk... di dewan blok B kelihatan latihan ping pong dan mini theater giat mengadakan latihan... Hampir setiap bilik khas pula digunakan untuk sesi latihan orchestra yang dibahagikan kepada beberapa stesen latihan...

Di dewan blok D pula ibubapa pelajar bersama artis jemputan iaitu man kidal membicarakan tentang muzik... saya pun tak berapa tahu sebenarnya sebab saya pula bersama beberapa orang guru lelaki dan bapa pelajar sibuk bermain bola tampar di tapak perhimpunan.

Lepas main bola tampar kitorang p minum kat medan selera kejap dan kembali semula ke sekolah untuk aktiviti memasang bendera di sekitar sekolah... ada juga sebahagiannya membersihkan kolam ikan... aktiviti menggantung bendera ketika itu memang meriah... maklumat lanjut nanti akan dimaklumkan esok sempena perasmian pembukaan bulan kemerdekaan 2009..

Lepas habis memasang bendera kami ambil kesempatan main ping pong pula... huhhh tak reti penat... itulah cikgu-cikgu kat eskays ni memang camtu... kitorang pantang ler dengan sukan...

Cikgu Noozeri kelihatan menyimpul-nyimpulkan bendera untuk menambahkan lagi masalah..


Cikgu Hazri sedang menggantung banner kecil


Tak ada tangga... kerusi pun boleh...


Berhenti minum kejap... penat pasang bendera....

Lepas tu pergi blok d bagi menenangkan fikiran dan kepenatan... kami berkaraoke... huh memang sedaplah kitorang nyanyi... rugi tak tengok..

Kesimpulannya saya berasa semakin teruja dengan sk setiawangsa yang begitu harmoni dan meriah suasananya... rakan-rakan yang satu kepala memang dapat memudahkan sebarang tugas yang dirancang berjalan dengan jayanya... contohnya pasang bendera.... bebudak pun ada tolong jugak... timer kasehlah sebab bantu ceceikgu semalam...