Dalam menjalani kehidupan harian termasuklah ibadah solat, puasa, kerja, belajar dan sebagainya, ketahanan tubuh memainkan peranan yang penting. Sebab itulah makan juga dianggap sebagai ibadah. Jadi bagaimana untuk mewujudkan ketahanan dalam tubuh badan kita?
Melalui pembacaan saya setiap orang akan mempunyai daya ketahanan tubuh melalui aktiviti seperti bersenam, makan makanan seimbang dan sebagainya. Namun sedar tidak sedar melalui pemakanan juga akan menghasilkan asid di dalam tubuh badan yang mana apabila kadar keasidan meningkat tinggi maka daya tubuh akan mulai hilang.
Dalam situasi negara yang begitu dilanda pelbagai wabak termasuklah wabak Horlick 1 Nescafe 1 adalah amat penting bagi setiap dikalangan kita memberi keutamaan dalam memastikan ketahanan tubuh bagi mengelakkan terkena jangkitan. Jika tidak tubuh yang kurang daya tahan pasti akan mudah terdedah dengan jangkitan wabak tersebut.
Langkah yang terbaik bagi memastikan ketahan tubuh badan kita berada dalam keadaan yang stabil adalah dengan mengambil makanan dan minuman beralkali bagi meneutralkan lebihan asid dalam badan. Cadangan saya adalah minum air yang bertapis atau mineral. Penawar ciptaan Allah yang berunsur alkali juga boleh diminum iaitu air kelapa bagi mengekalkan ketahanan badan. Elakkan minum minuman bergas dan makanan ringan yang sangat tidak berkhasiat.