Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Jumaat, 14 Ogos 2009

Lawatan Nazir Ujian

Rasa seronok semalam masih tengiang-ngiang lagi. Di sekolah tadi masih lagi dibualkan tentang lawatan tersebut. Baguslah murid-murid berkongsi cerita dengan kawan-kawan. Kalau ikutkan memang ramai lagi yang nak pergi tapi disebabkan tapisan terpaksalah bawa 80 orang sahaja. Itupun masih ada 3 orang lebih sebab merayu nak pergi. Harap-harap aktiviti macam tu dapat dibuat pada tahun hadapan kalau boleh masa nazir datang.

Hari ini saya rasa sedikit letih sebab pagi tadi sibuk menyiapkan soalan ujian yang telah tidak diluluskan oleh Ketua Panitia sebab soalan tak menepati piawai. Jadi tadi terpaksa memerah otak dan bertungkus-lumus menyiapkan soalan tersebut memandangkan ujian formatif tinggal 3 hari sahaja lagi.

Hari ini juga sibuk sunting video yang telah dirakam semalam untuk paparan kepada murid-murid dan guru-guru yang nak berkongsi tentang lawatan semalam. Jadi ambil sedikit masa untuk siapkan lagipun nak sunting video tu leceh jugaklah.

Tahniah diucapkan kepada GB, pentadbir sekolah, Guru-guru dan warga SK Setiawangsa kerana sekolah kita telah mendapat 90.7% markah daripada jemah nazir yang datang semasa kami pergi lawatan. Walaupun saya tidak terlibat tapi tumpang gembira jugalah.

Minggu hadapan ujian formatif 3 akan bermula. Harap semua murid sudah bersedia dan ibubapa juga diharapkan dapat meluangkan masa memantau anak-anak membuat ulangkaji terutamanya penggunaan zoom-a.