Pada mulanya wabak H1N1 dibawa oleh seorang individu sahaja. Lalu wabak ini bercambah kepada 2 kemudian 4, 6,8 dan setersusnya... setiap lapan orang yang terkena jangkitan pula akan mencari sekurang-kurangnya seorang mangsa... bayangkanlah kalau mangsa yang terkena jangkitan bukan seorang sahaja... pastinya cambahan wabak ini akan cepat berkembang..Apa yang boleh dibuktikan di sini adalah.. jika sebelum ini kes baru hanya kurang daripada 40 orang tetapi hari ini sahaja seramai 270 kes baru telah dicatatkan dan 6 kematian menjadi 38 kematian kesemuanya.. Bayangkanlah kalau 270 orang ini membawa mangsa-mangsa baru... yang pastinya setiap hari pasti sahaja ada kes baru di negara kita.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema itu jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus A (H1N1). Adakah kita akan tergolong dalam golongan tersebut... Jadi fikirkanlah bersama.
Apa yang boleh dilakukan hanyalah kesedaran kita sendiri.. semua orang boleh terkena jangkitan virus ini. Jadi sebenarnya setiap orang tidak terkecuali untuk memakai topeng sebagai langkah berjaga-jaga.
Saya menjangkakan beberapa syarikat akan mengeluarkan pelbagai janis topeng yang mungkin mempunyai pelbagai corak termasuklah corak batik yang akan dipakai oleh semua kaki tangan kerajaan pada setiap hari khamis.