Hari ini mood guru besar agak baik.... senyum sepanjang hari... agaknya berpuas hati dengan majlis pagi tadi...Hari ini beliau berjaya mendapatkan tajaan bagi program zoom-a untuk murid-murid tahun 5. Terima kasih diucapkan atas keperihatinan beliau yang berkehendakan murid di SK Setiawangsa ni mencapai kejayaan secara terus menerus.
Alhamdulillah, dek kerana program zoom-a ini merupakan program yang sangat bagus. Saya sendiri mempromosikan kepada murid-murid bagi menggalakkan penggunaannya. Nampaknya sambutan murid memang luar biasa. Mereka kelihatan bersungguh-sungguh hendak belajar menggunakan program tersebut.
Apa yang saya dapat terangkan di sini program ini adalah program intraktif. Murid-murid boleh menguji pencapaiaan atau kefahaman mereka terhadap pelajaran yang dipelajari di sekolah dengan menjawab soalan-soalan atas pilihan mereka sendiri. Ternyata ada banyak lagi kelebihan lain termasuklah boleh menjawab soalan pada bila-bila masa, boleh menetapkan masa unutuk menjawab soalan dan guru juda boleh menilai pencapai murid daari jarak jauh. Banyak lagi kelebihan lain jika hendak dibandingkan dengan membeli soalan di kedai buku... harga satu buku untuk satu mata pelajaran sahaja berjumlah hampir empat ringgit. Jadi kemudahan internet yang ada di rumah perlu digunakan sebaik mungkin oleh murid dan ibubapa sendiri sebagai pemantau.
Saya sendiri menggunakan ujian secara online untuk diberikan kepada murid untuk melihat tahap pencapaian mereka. Diharapkan murid dapat menggunakan kemudahan tersebut bagi meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan akan datang. Sekiranya murid menghadapi masalah tentang penggunaan zoom-a tersebut jangan segan silu untuk berjumpa dengan cikgu.