Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Sabtu, 8 Ogos 2009

Persediaan Kecapi Kejayaan

Hari ini pelbagai aktiviti telah berlangsung yang mana kesinambungan untuk memastikan kejayaan dalam menghitung hari terutamanya menjelang detik dan ketikanya UPSR yang bakal tiba kurang lebih 30 hari sahaja lagi.

Kecemerlangan yang diimpikan insyaallah menjadi kenyataan jika sekiranya usaha-usaha yang telah dijalankan ditentukan oleh Allah sebagai kejayaan nanti. Kelas tambahan bagi murid tahun 6 masih giat dijalankan. Nampaknya guru-guru tahun 6 memang bekerja keras untuk melihat kejayaan anak didik mereka. Sebenarnya begitu juga kami ketika mendidik mereka sejak darjah satu, dua, tiga, empat dan lima... kami juga berusaha sedaya upaya untuk memastikan setiap anak didik berjaya cemerlang. Namun sudah tentunya kita hanya merancang tuhan sahaja yang akan menentukan. Ini bermakna usaha guru dan ibubapa sahaja tidak dapat menjamin kejayaan sekiranya murid itu sendiri tidak bersungguh.

Dalam mengecapi kejayaan pelbagai usaha telah, sedang dan akan dilakukan. Kalau dilihat pada aktiviti hari ini. Aktiviti seperti orchestra, mini teater, ping pong berjalan seperti biasa. Bagi sebahagian murid tahun 5 pula terlibat dengan teknik menjawab soalan Sains dan Bahasa Inggeris. Sofbol juga turut mengadakan latihan. Program anak soleh juga turut berlangsung di mana murid yang terpilih mengikuti program tersebut bermalam di sekolah pada malam ini dan dijangka program ini akan tamat tengahari esok.

Program zoom-a terus menjadi tumpuan murid pada hari ini. Alhamdulillah dari pemantauan saya di rumah nampaknya murid sudah mula mengerti peri pentingnya membuat ulangkaji di rumah. Pemantauan hari ini menunjukkan peningkatan penggunaan zoom-a dikalangan murid tahun 5. Namun murid-murid tahun 6 meningkat lebih mendadak hari ini. Pada firasat saya murid-murid tahun 6 sedang membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan percubaan UPSR 2 pada hari Isnin dan Selasa nanti. Baguslah begitu, seronok rasanya cikgu apabila melihat kesungguhan murid-murid semua apatah lagi ibubapa.

Saya harap ulangkaji menggunakan program zoom-a tersebut dapat diteruskan bagi menjamin kecemerlangan pada pepriksaan yang bakal diduduki oleh murid-murid tidak lama lagi.

Berkenaan program Mentor pula, jika tidak ada aral mungkin minggu depan program tersebut akan bermula.... itu sahajalah yang dapat saya laporkan.