Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Sabtu, 30 Mei 2009

Chelsea Juara Piala FA 09



Hureyyyy... akhirnya berjaya juga Chelsea menang dalam perlawanan merebut piala FA... keputusan 2-1 sudah cukup memadai walaupun sepatutnya keputusan adalah 3-1...

Jaringan tunggal pasukan Everton telah dijaringkan oleh Encik Sahak atau lebih dikenali sebagai Saha... jaringan pada minit pertama itu memberi debaran kepada semua peminat Chelsea...

Namun Encik Drogba telah berjaya menyamakan kedudukan dengan tandukan yang begitu kemas dan sempurna pada minit ke-22.... diikuti pula jaringan oleh Encik Lampard... yang begitu semangat merembat bola untuk jaringan tersebut pada minit ke 72...

Apapun rembatan Encik Malouda yang terkena palang dan masuk melepasi garisan gol tidak dikira.. walaubagaimanapun ianya tetap kontroversi....

Tahniah buat peminat-peminat Pasukan Chelsea....

Akhir piala FA 2009

Malam ini perlawanan akhir bola sepak bagi merebut Piala FA. Perlawanan ini merupakan antara perlawanan yang begitu dinanti.. oleh kaki bola, kaki tempang, kaki botol serta kaki bangku...

Perebutan Piala FA yang akan bermula jam 10 malam ini pastinya memberi debaran kepada saya sendiri dan kengkawan yang masih setia dengan pasukan Chelsea..

Sebagaimana yang diperkatakan oleh kapten pasukan iaitu John Terry yang akan menghadiahkan sesuatu kepada Guus Hiddink yang merupakan pengurus pasukan sementara kerana akan kembali ke Pasukan bola sepak Rusia pada hujung minggu ini... Pastinya semua ternanti-nanti hadiah tersebut...

Apakah hadiah yang akan diberikan... sama-samalah kita nantikan... mungkin kemenangan yang besar bakal disaksikan hari ini... harap-harap begitulah...


So, Chelsea akan bertemu dengan pasukan Everton dalam perlawanan yang dijangka penuh dengan gilang-gemilang...

Jumaat, 29 Mei 2009

Sekolah Cuti Datin Pergi Pindah

Sesi persekolahan kini diistiharkan tutup selama 2 minggu... hureyyy... lepas ni memurid dan geguru semua dapat ler menenangkan fikiran setelah menyerabutkan kepala dengan pengajaran, pembelajaran, pelajaran, pelayaran, penasaran, kutip yuran dan pelbagai ran lagi termasuklah run...

Di EsKayS tadi telah berlangsungnya 2 lagi peperiksaan iaitu seni dan muzik... perjalanan peperiksaan lancar... takde masalah ler... ok jer...

Bagi cecikgu... pagi tadi telah diadakan sedikit jamuan yang telah disponsor oleh seorang hamba Allah yang tidak diketahui siapa namanya... apa pun terima kasih saya wakilkan kepada anda yang merahsiakan nama itu... ikhlas sungguh adanya...

Selepas habis sesi persekolahan yang berkahir jam 12 tengahari tadi semua guru termasuk pentadbir dan saya sendiri menuju ke surau sekolah untuk bersama-sama dalam satu majlis bacaan Yassin dengan kerjasama Kelab Guru...

Majlis yang diadakan ini adalah bertujuan untuk menunjukkan rasa syukur kami sebagai pendidik di SK Setiawangsa kerana telah berjaya mengharungi ranjau dan duri-duri yang agak tajam.... mujur tak luka... selama 5 bulan memulakan sesi 2009 ini...

Selain itu, kami juga berharap semua warga SK Setiawangsa sentiasa dalam keadaan sejahtera dan selamat sepanjang bercuti sebelum kembali semula nanti untuk menjalankan tugas... Yassin ini juga bertujuan untuk di sedekahkan pahala bacaannya kepada arwah guru-guru dan rakan-rakan yang telah pergi ke rahmatullah...

Selesai majlis kami mendengar sedikit ucapan daripada Cikgu Datin Hjh. Noraihan yang lebih mesra dipanggil kak An.... Datin akan ke Amerika Syarikat atas urusan bersama suami.. jadi kita berharap agar beliau selamat pergi dan selamat kembali semula ke SK Setiawangsa nanti... kawan-kawan pastinya rindu.... tadi pun Datin nampak sebak sangat seolah-olah tidak sanggup meninggalkan sekolah yang sudah lama beliau berkhidmad...

Sebenarnya... bukan datin sahaja... ada juga murid-murid yang turut berpindah kerana terpaksa ikut bapa yang ditugaskan untuk berpindah... Murid saya yang nak pindah dalam masa cuti nie termasuklah

Ezaty dan Ammar Hakimi.... kedua-duanya murid kelas 5 Jaya dan pemain sofbol sekolah...

So, pesanan kepada nkorang yang nak pindah... selamat berpindah ke tempat baru... teruskan usaha untuk menjadi seorang yang berguna tidak kira di mana anda berada... sebenarnya cikgu suka kamu berdua pindah... sebab kurang siket murid dalam kelas.... lagipun murid yang selalu dapat nombor last boleh dapat meningkatkan kedudukan mereka sebab nkorang pindah... tapi disamping itu pastinya rindu jugak... apa pun cikgu sayang nkorang.. nkorang sayang cikgu... cikgu tak pindah... nkorang pindah.... hahahhahaa.... jaga diri baik-baik... jangan tak jadi pindah pulak....

Khamis, 28 Mei 2009

Manfaatkan Cuti Jerit Kat Laut

Cuti 2 minggu yang akan bermula sabtu ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh ibubapa untuk bersama anak-anak dengan merancang program seperti balik kampung, jalan-jalan, berkelah, berkhemah dan sebagainya....

Aktiviti melancong, jala-jalan, berkelah atau berkhemah merupakan suatu aktiviti yang sangat bagus terutamanya bagi ibubapa yang mempunyai anak yang bakal menduduki peperiksaan penting termasuklah UPSR. Sepanjang cuti ini sebenarnya tidak lagi sesuai untuk ibubapa mendesak atau memaksa anak-anak belajar dan terus belajar.... lagipun tujuan cuti nie untuk memberi peluang murid-murid dan guru-guru berehat sebelum memulakan penggal kedua yang lebih mencabar lagi...


Kalau nak seronok lagi ibubapa boleh bawa anak-anak pergi memancing... sebab ianya boleh beri ketenangan jugak... lagi best kalau dapat jerit kat pantai... lepaskan geram... saya dulu pernah jugak buat macam tu.... jerit kat pantai... tapi sebelum tu saya tulis kat kertas apa yang saya tak suka dan saya benci.... saya nak buang jauh2..... jadi saya sumbat kertas tu dalam botol kemudian campak dalam laut..... rasanya kalau ada orang bukak botol tu mesti keluar ceplos...

Niatkan dalam hati dan buang botol tu sambil jerit puas-puas... contohnya aku gila... eh bukan tu... aku nak dapat 5A.... yang penting ianya mestilah azam baru.... azam untuk menjadi yang lebih baik daripada yang terbaik pernah dilakukan... lepastu jangan terus balik... tengok alunan ombak, deruan angin... apalagi... pujilah kebesaran tuhan yang Maha Pencipta, Maha Agung dan maha segala-galanya...

Siap tanda pencapaian dan sasaran

Alhamdulillah, syukur dan lega rasanya sebab dah siap tanda kertas math... sebenarnya untuk kelas saya... kertas math 5W ditanda oleh cikgu Mazalina.... rajin ler tu.. sebab sekejap jer dah siap... segan pulak saya yang masih terhegeh2 nie... tapi takpe, tadi dah stay kat bilik gerakan... tanda habis kertas tu... dah siap pun... so, esok dah boleh serah lah...

Saya dah tengok pun kertas periksa 5w... alhamdulillah meningkat... so tak sabar nak nantikan keputusan kelas 5C dan 5J pulak... harap juga ada peningkatan... kalau tak susah ler nanti... sebenarnya aagak risau sikit sebab tahun nie kali pertama diberi tanggungjawab untuk mengajar kelas 5C... Harap2 ada peningkatan... biasalah semua cikgu mengharapkan muridnya meningkat maju dari semasa ke semasa... cuma kengkadang bebudak ni jer yang tak berapa nak ambil berat.... apapun sasaran pksr 1 kali ini ialah lebih ramai yang lulus dan memperolehi A berbanding ujian formatif lepas....

Kemaruk Ping Pong

Malam tadi masuk malam kedua minggu ini saya secara berterusan main ping pong... malam tadi cikgu riduan ajak... so kitorang berdua ajerlah tapi lepas habis kelas nadi cikgu zaidi pun join sekali... memang best lah...

Semalam main jugak.. tapi dalam lapan orang temasuklah Cikgu Sukardi, Cikgu Raisam, Ustaz Puaad, Ustaz Kamarudin, Cikgu Noorzeri, Cikgu Farzarul, Cikgu Shahidin dan en. Nik Mohd Puaad... ajk pibg...

Nampaknya permainan ini semakin diminati dan menjadi tumpuan cecikgu sekolah nie... asal ada masa lapang ajer mulalah.... tapi kitorang main dengan penuh rasa keenjoyan... sambil bergelak ketawa... hilang tekanan...

Mutu atau kualiti permainan juga nampak semakin meningkat... cuma cikgu Wan Rosli tidak pasti tahap pencapaiannya.... mungkin boleh dikalahkan dengan mudah oleh cikgu Raisam yang namanya sedang meningkat naik kini....

Dalam perancangan lepas nie... pertandingan sepak takraw dan renang pula akan diadakan... sekarang nie penganjur sedang sibuk mencari peserta... so, cikgu lelaki yang minat bolehlah join...

Rabu, 27 Mei 2009

Nak Cuti Tanda Kertas

Masih seperti semalam... peperiksaan masih lagi dijalankan... hanya tinggal 2 hari sahaja lagi untuk memurid memulakan sesi percutian mereka sama ada di alam mimpi atau nyata... yang pasti mereka semua akan berasa hepi kerana dapat merehatkan diri secukupnya sepanjang 2 minggu bercuti....

Bagi saya sendiri dan cecikgu yang lain pastinya sekarang sedang bersiap sedia menanda kertas peperiksaan anak murid masing-masing.... ada juga yang suda siap tanda... itu sebenarnya bergantung kepada teknik menanda dan kerajinan yang menggila-gila seseorang cikgu....

Saya sendiri menanda dalam kadar yang biasa.. tidak terlalu perlahan dan tidak pula terlalu cepat... pasal tak ler rajin sangat... tapi ada target juga... hari jumaat nie dah kena siap tanda...

Sebenarnya kalau kertas periksa nie kalau ditanda awal dapat memberi peluang pada cecikgu semua untuk rehat dengan tenang... kalau tidak... lepas nie ada pulak beban kerja lain... cuti pun rasa tak seronok... rasa macam bercuti di kandang harimau pula...

Isnin, 25 Mei 2009

Murid hepi cikgu tension... yer ker?

Periksa, satu malaysia periksa pertengahan tahun hari ni... so sepanjang hari peperiksaan nie.. ada murid yang nampak rileks jer yang membawa 2 maksud... sangat bersedia atau sebaliknya.... ada jugak yang nervous tak tentu pasal...

Ape-ape jelah... tapi sepanjang tempoh peperiksaan nie murid pastinya hepi giler... mana taknya... tak belajar tak yah bawak banyak buku... pastu cuti 2 minggu... fuyooo bestnya..

Apa pula yang terjadi pada cikgu-cikgu kita... alamak tertekan... tertekan gilerlah... banyak kerja nak buat.. nak mandi lagi, nak gosok baju, nak buang air besar, nak gosok gigi, nak basuh baju, nak masak, nak basuh pinggan... arrrggghh bukan itu... tapi tertekan pasal nak kena isi buku laporan adab belajar... fuhhhhh tarik nafas panjang-panjang lepas tu hembusss. tarik hembuss.... huhhh masih tak selesai masalah...

Lepas nie cecikgu semua kena isi jugak yer buku laporan tu... kalau mengaja 2 kelas takper lagi... kesian kat member yang mengajar sampai 10 kelas... nah nko isi buku ni lebih kurang 400 buah buku... adoiyai... banyaknyer keje.. tapi selalunya setiap guru kena isis buku tu tak lari dari 200 buah buku...

Paling kesian kat guru kelas... nak kena tanda kertas pekse.... nak kena isi buku adab belajar kelas yang dia ajar satu hal... pastu kelas sendiri nak kena buat jugak... apa yang diorang kena buat... catat markah, pastu kira, pastu... malaslah nak citer....

Kalaulah ada doraemon di sini... akan ku minta padanya mesin penanda jawapan kertas periksa yang boleh menanda kertas penulisan sekali... dan pen ajain yang boleh mengisi buku laporan tu dengan sendirinya...

So, kepada cecikgu sumer harap bersabar.... teruskan usaha mengisi buku laporan tersebut... jangan mudah mengeluh walaupun penat sampai berpeluh... kalau dah tension sangat pergilah baring kat kusyen...

Sabtu, 23 Mei 2009

Main Bowling di Ampang Point


Habis ajer kursus kami berlima iaitu panglima Ustaz. Kamaruddin, Panglima Azeze, Panlima Raisam, Panglima Adam dan Panglima Ezam telah menunjukkan sifat kepanglimaan mereka apabila berani bertarung menunjukan kehebatan masing-masing...

Kali ini dalam acara Bowling.... memulanya perancangan nak main di flaminggo tapi nampaknya tempat itu telah di tempah jadi tak ada kekosongan.. jadi kami terpaksa mengubah hala tujuan di Apang Point....

Di Ampang point kami diberikan masa setengah jam sahaja untuk bermain sebab ada booking lain lagi... so agak cepat permainan tadi... apapun keputusannya seperti dibawah :



Tempat Pertama : Panglima Raisam 105 Markah
Tempat Kedua : Panglima Azeze 101 Markah
Tempat Ketiga : Panglima Ezam 83 Markah
Tempat Keempat : Panglima Kamarudin 77 Markah
Tempat Kelima : Panglima Adam 67 Markah

Kursus LDP di Kelab Darul Ehsan


Hari ni hari sabtu.... Macam biasalah asal hari sabtu jer kena kursus... Sebenarnya secara terus terangnya kursus memang tak best pun, ramai yang tak suka berkursus walaupun dia kurus termasuk ler orang yang ceriter ni.. tapi atas kebijaksanaan pentadbir dan juga Kelab Guru.. kursus yang dianjurkan sentiasa dapat menarik minat guru-guru untuk terus berkursus..

Pada saya kursus dapat mengurangkan tekanan pada guru-guru tetapi dengan syarat kursus yang dianjurkan mesti dalam keadaan yang tenang, enjoy dan komedi... dan yang paling penting bagi menarik minat peserta kursus adalah makan, makan, makan, makan, makan dan makan serta makan.

Apa yang berlaku sekarang nie, saya lihat geguru sk setiawangsa memang enjoy... lagipun pentadbir juga turut bijak memainkan peranan terutamanya bijak menyesuaikan situasi.. maksud saya, walaupun tegas di sekolah tetapi apabila majlis-majlis sebegini mereka semua mesra dengan lawak entah apa-apa.... walaupun tak faham tapi kami gelak ajer... sori gurau jerk... sebenarnya bukan macam tu yer... saper percayer dia dosa....

Kursus tadi dimulakan dengan taklimat tentang penggunaan kamus elektronik... nampak macam best jer... banyak jugak fungsi kamus tu... lagipun mudah dibawa..

Seterusnya kursus yang disampaikan oleh Pn. Mariam Muda... iatu berkaitan dengan protokol... banyak ilmu yang dicurahkan tadi... guru-guru nampaknya mula sedar akan kepentingan protokol dan tahu siapa yang nak didahulukan dalam majlis yang mempunyai protokol..


Cikgu-cikgu turut khusyuk mendengar... dan ada juga yang macam tak percaya... tapi mula menyedari akan kewujudan protokol ini sebanarnya sudah lama sejak sebelum zaman kesultan melayu melaka lagi....

Kursus ini telah dihadiri oleh VIP dan VVIP seperti gambar di bawah...



En. Roszizul juga tidak membuangkan masa untuk menyampaikan sedikit maklumat tentang PTK... Mereka yang tidak berjaya pada PTK lepas kelihatan sedang mengisi borang baru....


Kursus juga diselitkan ceramah tanpa henti oleh Pn. Azwalinda yang menceritakan tentang pemakanan sihat... Turut kelihatan di situ ialah YDP PIBG yang sempoi lagi mesra iaitu Dato' Elli yang sempat meluangkan masa hari ini...


Kami juga diberikan kek epal dan kek lobak untuk dijamah...


Seronok betul ceramah pemakanan nie... setelah mendapat persetujuan semua guru.. mereka akan hadir ke sekolah pula lepas ini untuk menerangkan dengan lebih terperinci tentang program dapur sihat yang sedang mereka jalankan...

Selepas selesai kursus kami menjamu selera sempena sambutan hari guru dan juga meraikan Pn. Hjh Noraihan yang akan berlepas ke USA kerana mengikuti suami... bukan nak kerjakan umrah tapi ada kerja di sana....

Pada keseluruhanya kursus hari ini 5 bintang... best sebab dapat makan free dan sebab dapat makan dan makan dan makan....

Jumaat, 22 Mei 2009

Tetra Pack Iran

Sesi persekolahan hari ini seperti biasa... pagi tadi Ustaz Azam sempat memberi tazkirah kepada semua murid dan juga mengingatkan mereka tentang peri pentingnya peperiksaan PKSR 1 yang akan menjelma tidak lama lagi. Biasalah bebudak nie semua kena selalu diingatkan... kalau tidak dia takkan ambil peduli... bebudak katakan.. Saya juga mengambil pendekatan tersebut.. bukan ajer pasal periksa tapi pasal pelajaran dan juga masa depan mereka pun... memang hari-hari nak kena ingatkan... kalau tak diorang hari-hari nak main...

Seperti yang pernah dijanjikan dulu.. kelas yang mengumpul kotak minuman yang lebih berat akan menerima hadiah... pertandingan belum berakhir lagi... masih lagi diteruskan.. cuma hadiah yang disampaikan pagi tadi adalah untuk bulan Mei sahaja... untuk bulan lain.. masih menjadi rebutan...

Pemenang tempat ketiga 6 Bistari, Kedua 1 Wawasan dan tempat pertama berjaya dimenangi oleh 5 Harapan...

Tahniah ler kepada pemenang... apapun kepada kelas lain jangan berputus asa... peluang masih ada...

Pagi tadi juga lebih kurang pukul 9.. beberapa orang dari Iran telah datang ke SK Setiawangsa untuk membuat pergambaran... katanya nak amek gambar situasi persekolahan di Malaysia... sekolah yang diambil rakamannya adalah sekolah cina, tamil dan melayu yang terpilih sahaja... rancangan ini akan dipaparkan di stesen tv di Iran nanti.. ala-ala cerita jalan-jalan cari makan ler...

Ikuti temubual mereka dibawah :-

W - Apa perasaan awak hari ini?
M - Saya suka sekolah ni.. kalau hujan sekolah ni tak banjir.. saya suka makan kuih bulan..


W - Kenapa awak pakai baju warna kuning?
M - Saya pakai baju ni sebab saya pengawas kantin. Setiap hari saya makan banyak tapi badan saya tetap ramping.


W - Chakk? Siapa nama awak?
M - Nama panjang ke nama pendek?


W - Eh, apa tu?
M - Tayar basikal adik saya, macam mana boleh duduk dalam beg ni...


W - Apakah yang penting sepanjang awak berada di sekolah ni?
M - kroghhh....kkkrrrrrooogh (tengah tidur)


M - Opss, maaf yer tertidur pulak tadi.. Sebanarnya apa yang penting ialah hafal sifir... sebab nanti cikgu Khadijah tanya mesti boleh jawab.. kalau tak nanti saya kena marah...


JK : Apsal bebudak nie nampak cam jakun jerk

W : Awak tahu tak apa yang saya nak tanya?

Khamis, 21 Mei 2009

Ulangkaji Keputusan Peperiksaan

Syukurlah... semua dah kembali pulih dan sihat seperti sediakala... cuma cikgu Riduan masih perlu meneruskan rawatan lagi... harap2 ok ler lepas nie... tadi ramai juga cikgu yang tak ada di sekolah....

Walaupun ramai guru yang terlibat dengan majlis tersebut.. suasana sekolah hari ni macam biasa tak ada kelas beku pun... bagi murid-murid semua esok adalah hari terakhir mereka ulangkaji pelajaran bersama guru... sebab minggu depan dah nak mula periksa dah... tak tahulah memurid nie punya persiapan macam mana... sepatutnya dah buat 90% persiapan setakat ini... kalau kurang daripada tu... sukarlah nak cemerlang...

Saya tak sabar nak menanti keputusan peperiksaan kali ini... harap-harap ada peningkatan yang mendadaklah... peperiksaan formatif 2 tempohari agak mengejutkan segelintir ibubapa apabila menyaksikan pencapaian anak-anak mereka merosot berbanding formatif 1..

Ha... untuk makluman ibubapa semua... topik yang diuji pada ujian formatif 1 tempohari adalah melibatkan 1 atau 2 topik sahaja yang telah dipelajari.... manakala formatif 2 pula menguji murid dalam topik-topik yang melibatkan banyak kemahiran... jadi agak sukar untuk murid mendapat markah yang tinggi sekiranya mereka tidak menguasai beberapa kemahiran yang diuji dalam formatif 2 tersebut....

Walaubagaimanapun... boleh saya katakan PKSR 1 akan datang inilah pengukur sebenar prestasi murid sepanjang semester 1... Andai kata markah mereka merosot, ini bermakna mereka perlu diberi lebih tumpuan dan perlu membuat banyak latihan di rumah... sebelum ujian formatif 3 yang lebih banyak menguji kemahiran baru yang tidak diuji dalam PKSR 1....

Rabu, 20 Mei 2009

Sakit Doa Sihat Fokus Cuti

Hari nie sesi persekolahan adalah seperti biasa.. cuma aktiviti kokurikulum ditangguhkan sehingga selepas sekolah dibuka semula selepas cuti pertengahan tahun tidak lama lagi.. memandangkan murid-murid perlukan masa untuk membuat persiapan bagi menghadapi PKSR 1 yang dianggap begitu penting bagi menilai prestasi murid-murid setakat ini..

Beberapa orang guru didapati tidak sihat.... termasuklah Guru Besar yang mengalami kecederaan kaki tempohhari... agaknya urat tergeliat... mana taknya... puncanya main sepak takraw masa ari guru... Cikgu Riduan pun masih sakit lagi tengkok dia... salah tidur katanya... bahaya jugak tu... dan ustaz puaad pun sama jugak... kesian kat cikgu-cikgu kita nie... terutamanya cikgu Riduan guru kelas 5D... sambut hari guru kat rumah... agaknya dia tiup belon n potong kek sendiri-sendiri kat rumah masa hari guru ari tu...

Apapun kepada nkorang sumer yang masih sihat nie... marilah sama-sama kita berdoa agar cikgu-cikgu nie cepat sembuh dan boleh kembali ke sekolah seperti biasa...

Nkorang memurid pulak jaga kesihatan bebaik.. pekse dah nak dekat... berenti kejap bermain kat luar... fokus pada pelajaran pulak... lepas pekse cuti.. baru enjoyyyyyy...

Selasa, 19 Mei 2009

Tekanan Belajar Murid Zaman Sekarang

Nampaknya peperiksaan semakin hampir... Persiapan pastinya berbeza... ada yang sudah lama bersedia... ada yang baru hari ini nak bersedia.. dan ada juga yang bersedia waktu exam nanti.... huhhh.. macam-macamlah cara persediaan menghadapi peperiksaan...

Seharusnya dalam masa yang terdekat ini.. murid perlu mengurangkan tekanan pada diri mereka... agar segala ilmu yang dipelajari mudah untuk diingati sebagai bekalan untuk menghadapi peperiksaan... kalau murid masih berada dalam keadaan tertekan.. pastinya akan berlaku kecuaian yang kadang-kadang tak sepatutnya berlaku...

Sepanjang baki seminggu yang tinggal nie.. bagi saya yang mengajar mata pelajaran matematik akan menekankan latih tubi dan tidak ada sebarang kerja sekolah pada minggu ini... ini untuk memastikan murid sentiasa bersedia dan tidak menghadapi tekanan kerja yang banyak...

yerlah kengkadang saya kesian juga melihat memurid sekarang nie seolah-olah dipaksa untuk menghadapi tekanan belajar pada zaman yang penuh dengan persaingan ketika ini. Apa yang saya maksudkan ialah kurangnya waktu rehat bagi mereka.. mana taknya seawal jam 6.30 pagi dah kena bersiap untuk ke sekolah.... rehat sekali dan setengah jam jer... lepas tu balik sekolah lebih kurang 1.30 petang sampai kat rumah.... itu kalau tak ada kelas bahasa arab... kalau tak pukul 2.30 petang baru sampai rumah... kalau ada kokurikulum pulak pukul 3.15 petang baru sampai rumah.... huhhh penatnya...

Alamak takleh rehat lah.... kena bersiap cepat... makan pastu pergi sekolah agama... pukul 2.00 petang dah nak kena bertolak dari rumah. sama jugak rehatnya sekali jer... setengah jam... pastu pukul 5.30 petang baru sampai rumah.... banyaknyer kerja sekolah tadi... kerja sekolah kebangsaan dan sekolah agama.... takpelah nak pergi main kejap....

Baru nak main dah maghrib... kena pergi mandi pastu bersiap nak pergi mengaji... pastu tuisyen... alamak penatnya.. kerja sekolah belum siap lagi.... kesian kan?

Lepas periksa nie ler.. baru dapat Rehat puas2....

Kepada murid2 semua... cikgu memahami masalah anda ini... tetapi anda perlu hadapi jua dengan tenang dan perlukan sokongan serta dorongan ibubapa agar tak terkeluar dari landasannya...

Isnin, 18 Mei 2009

TQ... Makan Hadiah


Ini gambar yang tak berkaitan.. sekadar untuk hiburan... Gambar Gergasi dan orang kerdil

Pertama sekali nak ucapkan Jutaan terima kaseh kat memurid yang telah berkesudian untuk memberi hadiah pada cikgu tadi.... bukan hadiah tu yang cikgu nak... cikgu nak yang lain... hadiah yang cikgu nak lepas nie... nkorang belajar bersungguh-sungguh dan dapatkan markah yang lebih baik dalam peperiksaan akan datang nanti dan seterusnya.... Ingat pagi tadi....... cikgu sayang saya... saya sayang cikgu... cikgu tolong saya... saya tolong cikgu..



Petang tadi baca email... tak sangka Cikgu Fazli Omar bekas guru SK Setiawangsa adalah salah seorang pembaca blog nie... dari saper dia tau pun tak tau lah... patutlah ada pembaca blog dari kota bharu.... rupanya dia... apepun teringat lagi kenangan semasa cikgu Fazli kat sini... memang best... rindu lagi kat sekolah yer? Tempat jauh lagikan di kenang ini kan pula tempat mengajar... katanya...

Bukan itu yang saya nak ceritakan... saya nak ceritakan pasal petang tadi... pergi sekolah sebab takde apa nak buat kat rumah tadi... selalu tiap petang p latih bebudak main sofbol... so tadi p semak buku latihan budak2 5c yang nak dicerap oleh GB...

So sempatlah memberi nafkah pada perut nie apabila Cikgu-cikgu petang mengajak join sekaki makan jamuan petang tadi... bestlah cikgu-cikgu petang sumer sporting habis.... memuridnya pun sekali... So, nak ucapkan timer kaseh ler sebab sudi ajak saya makan tadi.... antara makanan yang dimakan tadi... seperti laksam, mee kari, bihun goreng dan macam-macam lagi... sehingga menjilat sudu yang berwarna kuningggg...

Sambutan Hari Guru 09 Di SKS

Hari ini sambutan hari guru telah pun dilangsungkan di SK Setiawangsa.... sambutan telah dilangsungkan secara berasingan mengikut sesi persekolahan... sambutan kali ini dilihat begitu meriah... saya menyambut hari guru di sini buat kali kedua... iaitu mula-mula posting di sini dan tahun ini.... tahun sebelum tu tak dapat nak sambut sebab terlibat dengan sofbol....

Sambutan sesi pagi tadi melibatkan semua guru sesi pagi dengan kehadiran VIP.. YDP PIBG YBhg. Dato' Elli Mohd Tahir dan NYDP YBhg. Ir. Hj. Mufid Yassin... manakala murid yang terlibat adalah semua murid tahun 1,5 dan 6...

Beberapa acara yang dirancang telah berjalan lancar.... macam biasalah memula mesti dimulakan dengan doa dulu oleh Ustaz Razi...

Ucapan ketua pengawas SKS 09 adik Farahin.....

Ucapan YDP PIBG, YBhg. Dato' Elli Hj. Mohd Tahir

Ucapan Guru Besar, Tn. Hj. Ruslan Bin Madon.....

Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Dato’ Haji Alimuddin Bin Hj. Mohd Dom yg disampaikan oleh Cikgu Hazri

Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Yang disampaikan oleh Cikgu Noorzeri...

lepas tue nyanyi lagu "Kami Guru Malaysia" dan "Guru Pembina Negara Bangsa"....


Selepas selesai acara nyanyian acara potong kek.....



Lepas selesai acara tue pelbagai acara sukaneka telah dipertandingkan yang melibatkan semua guru... tapi ada juga yang tidak dapat melibatkan diri akibat daripada kandungan yang semakin membesar...

Ada beberapa gambar jer yang telah berjaya diambil seperti

Tn. Hj. Ruslan tidak melepaskan peluang untuk menunjukkan bakat walaupun tak berapa nak berbakat.... shhhsshhhh jangan bagi tau.... mampuih aku nanti.. tapi betulah... memang sportinglah tuan haji nie... Dato' Elli pun join samer... pergghhh bestlah...


Ini pulak Ustaz Shauki yang kelihatan seperti terkena sawan harimau... tapi sebenarnya sehingga kini saya masih lagi memikirkan... apakah yang sedang dilakukan tue...


Nie acara apa pulak...???? ayooo terompah gergasi ka? ada pelik siket...

Beberapa orang penonton yang diletakkan di sini kerana tidak mempunyai tiket... dan beberapa orang disitu kelihatan seperti kecewa..

Acara paling dinantikan oleh setiap perut guru-guru dan murid-murid ialah acara M_KA_.... lu pikirlah sendiri....... tak yah gambarlah k pikir... pikir... apa agaknya aktiviti tue yer... selamat berfikir....