Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Sabtu, 30 Mei 2009

Chelsea Juara Piala FA 09



Hureyyyy... akhirnya berjaya juga Chelsea menang dalam perlawanan merebut piala FA... keputusan 2-1 sudah cukup memadai walaupun sepatutnya keputusan adalah 3-1...

Jaringan tunggal pasukan Everton telah dijaringkan oleh Encik Sahak atau lebih dikenali sebagai Saha... jaringan pada minit pertama itu memberi debaran kepada semua peminat Chelsea...

Namun Encik Drogba telah berjaya menyamakan kedudukan dengan tandukan yang begitu kemas dan sempurna pada minit ke-22.... diikuti pula jaringan oleh Encik Lampard... yang begitu semangat merembat bola untuk jaringan tersebut pada minit ke 72...

Apapun rembatan Encik Malouda yang terkena palang dan masuk melepasi garisan gol tidak dikira.. walaubagaimanapun ianya tetap kontroversi....

Tahniah buat peminat-peminat Pasukan Chelsea....