Masih seperti semalam... peperiksaan masih lagi dijalankan... hanya tinggal 2 hari sahaja lagi untuk memurid memulakan sesi percutian mereka sama ada di alam mimpi atau nyata... yang pasti mereka semua akan berasa hepi kerana dapat merehatkan diri secukupnya sepanjang 2 minggu bercuti....
Bagi saya sendiri dan cecikgu yang lain pastinya sekarang sedang bersiap sedia menanda kertas peperiksaan anak murid masing-masing.... ada juga yang suda siap tanda... itu sebenarnya bergantung kepada teknik menanda dan kerajinan yang menggila-gila seseorang cikgu....
Saya sendiri menanda dalam kadar yang biasa.. tidak terlalu perlahan dan tidak pula terlalu cepat... pasal tak ler rajin sangat... tapi ada target juga... hari jumaat nie dah kena siap tanda...
Sebenarnya kalau kertas periksa nie kalau ditanda awal dapat memberi peluang pada cecikgu semua untuk rehat dengan tenang... kalau tidak... lepas nie ada pulak beban kerja lain... cuti pun rasa tak seronok... rasa macam bercuti di kandang harimau pula...