Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Sabtu, 30 Mei 2009

Akhir piala FA 2009

Malam ini perlawanan akhir bola sepak bagi merebut Piala FA. Perlawanan ini merupakan antara perlawanan yang begitu dinanti.. oleh kaki bola, kaki tempang, kaki botol serta kaki bangku...

Perebutan Piala FA yang akan bermula jam 10 malam ini pastinya memberi debaran kepada saya sendiri dan kengkawan yang masih setia dengan pasukan Chelsea..

Sebagaimana yang diperkatakan oleh kapten pasukan iaitu John Terry yang akan menghadiahkan sesuatu kepada Guus Hiddink yang merupakan pengurus pasukan sementara kerana akan kembali ke Pasukan bola sepak Rusia pada hujung minggu ini... Pastinya semua ternanti-nanti hadiah tersebut...

Apakah hadiah yang akan diberikan... sama-samalah kita nantikan... mungkin kemenangan yang besar bakal disaksikan hari ini... harap-harap begitulah...


So, Chelsea akan bertemu dengan pasukan Everton dalam perlawanan yang dijangka penuh dengan gilang-gemilang...