Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Sabtu, 23 Mei 2009

Kursus LDP di Kelab Darul Ehsan


Hari ni hari sabtu.... Macam biasalah asal hari sabtu jer kena kursus... Sebenarnya secara terus terangnya kursus memang tak best pun, ramai yang tak suka berkursus walaupun dia kurus termasuk ler orang yang ceriter ni.. tapi atas kebijaksanaan pentadbir dan juga Kelab Guru.. kursus yang dianjurkan sentiasa dapat menarik minat guru-guru untuk terus berkursus..

Pada saya kursus dapat mengurangkan tekanan pada guru-guru tetapi dengan syarat kursus yang dianjurkan mesti dalam keadaan yang tenang, enjoy dan komedi... dan yang paling penting bagi menarik minat peserta kursus adalah makan, makan, makan, makan, makan dan makan serta makan.

Apa yang berlaku sekarang nie, saya lihat geguru sk setiawangsa memang enjoy... lagipun pentadbir juga turut bijak memainkan peranan terutamanya bijak menyesuaikan situasi.. maksud saya, walaupun tegas di sekolah tetapi apabila majlis-majlis sebegini mereka semua mesra dengan lawak entah apa-apa.... walaupun tak faham tapi kami gelak ajer... sori gurau jerk... sebenarnya bukan macam tu yer... saper percayer dia dosa....

Kursus tadi dimulakan dengan taklimat tentang penggunaan kamus elektronik... nampak macam best jer... banyak jugak fungsi kamus tu... lagipun mudah dibawa..

Seterusnya kursus yang disampaikan oleh Pn. Mariam Muda... iatu berkaitan dengan protokol... banyak ilmu yang dicurahkan tadi... guru-guru nampaknya mula sedar akan kepentingan protokol dan tahu siapa yang nak didahulukan dalam majlis yang mempunyai protokol..


Cikgu-cikgu turut khusyuk mendengar... dan ada juga yang macam tak percaya... tapi mula menyedari akan kewujudan protokol ini sebanarnya sudah lama sejak sebelum zaman kesultan melayu melaka lagi....

Kursus ini telah dihadiri oleh VIP dan VVIP seperti gambar di bawah...



En. Roszizul juga tidak membuangkan masa untuk menyampaikan sedikit maklumat tentang PTK... Mereka yang tidak berjaya pada PTK lepas kelihatan sedang mengisi borang baru....


Kursus juga diselitkan ceramah tanpa henti oleh Pn. Azwalinda yang menceritakan tentang pemakanan sihat... Turut kelihatan di situ ialah YDP PIBG yang sempoi lagi mesra iaitu Dato' Elli yang sempat meluangkan masa hari ini...


Kami juga diberikan kek epal dan kek lobak untuk dijamah...


Seronok betul ceramah pemakanan nie... setelah mendapat persetujuan semua guru.. mereka akan hadir ke sekolah pula lepas ini untuk menerangkan dengan lebih terperinci tentang program dapur sihat yang sedang mereka jalankan...

Selepas selesai kursus kami menjamu selera sempena sambutan hari guru dan juga meraikan Pn. Hjh Noraihan yang akan berlepas ke USA kerana mengikuti suami... bukan nak kerjakan umrah tapi ada kerja di sana....

Pada keseluruhanya kursus hari ini 5 bintang... best sebab dapat makan free dan sebab dapat makan dan makan dan makan....