Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Khamis, 28 Mei 2009

Manfaatkan Cuti Jerit Kat Laut

Cuti 2 minggu yang akan bermula sabtu ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh ibubapa untuk bersama anak-anak dengan merancang program seperti balik kampung, jalan-jalan, berkelah, berkhemah dan sebagainya....

Aktiviti melancong, jala-jalan, berkelah atau berkhemah merupakan suatu aktiviti yang sangat bagus terutamanya bagi ibubapa yang mempunyai anak yang bakal menduduki peperiksaan penting termasuklah UPSR. Sepanjang cuti ini sebenarnya tidak lagi sesuai untuk ibubapa mendesak atau memaksa anak-anak belajar dan terus belajar.... lagipun tujuan cuti nie untuk memberi peluang murid-murid dan guru-guru berehat sebelum memulakan penggal kedua yang lebih mencabar lagi...


Kalau nak seronok lagi ibubapa boleh bawa anak-anak pergi memancing... sebab ianya boleh beri ketenangan jugak... lagi best kalau dapat jerit kat pantai... lepaskan geram... saya dulu pernah jugak buat macam tu.... jerit kat pantai... tapi sebelum tu saya tulis kat kertas apa yang saya tak suka dan saya benci.... saya nak buang jauh2..... jadi saya sumbat kertas tu dalam botol kemudian campak dalam laut..... rasanya kalau ada orang bukak botol tu mesti keluar ceplos...

Niatkan dalam hati dan buang botol tu sambil jerit puas-puas... contohnya aku gila... eh bukan tu... aku nak dapat 5A.... yang penting ianya mestilah azam baru.... azam untuk menjadi yang lebih baik daripada yang terbaik pernah dilakukan... lepastu jangan terus balik... tengok alunan ombak, deruan angin... apalagi... pujilah kebesaran tuhan yang Maha Pencipta, Maha Agung dan maha segala-galanya...