Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Khamis, 21 Mei 2009

Ulangkaji Keputusan Peperiksaan

Syukurlah... semua dah kembali pulih dan sihat seperti sediakala... cuma cikgu Riduan masih perlu meneruskan rawatan lagi... harap2 ok ler lepas nie... tadi ramai juga cikgu yang tak ada di sekolah....

Walaupun ramai guru yang terlibat dengan majlis tersebut.. suasana sekolah hari ni macam biasa tak ada kelas beku pun... bagi murid-murid semua esok adalah hari terakhir mereka ulangkaji pelajaran bersama guru... sebab minggu depan dah nak mula periksa dah... tak tahulah memurid nie punya persiapan macam mana... sepatutnya dah buat 90% persiapan setakat ini... kalau kurang daripada tu... sukarlah nak cemerlang...

Saya tak sabar nak menanti keputusan peperiksaan kali ini... harap-harap ada peningkatan yang mendadaklah... peperiksaan formatif 2 tempohari agak mengejutkan segelintir ibubapa apabila menyaksikan pencapaian anak-anak mereka merosot berbanding formatif 1..

Ha... untuk makluman ibubapa semua... topik yang diuji pada ujian formatif 1 tempohari adalah melibatkan 1 atau 2 topik sahaja yang telah dipelajari.... manakala formatif 2 pula menguji murid dalam topik-topik yang melibatkan banyak kemahiran... jadi agak sukar untuk murid mendapat markah yang tinggi sekiranya mereka tidak menguasai beberapa kemahiran yang diuji dalam formatif 2 tersebut....

Walaubagaimanapun... boleh saya katakan PKSR 1 akan datang inilah pengukur sebenar prestasi murid sepanjang semester 1... Andai kata markah mereka merosot, ini bermakna mereka perlu diberi lebih tumpuan dan perlu membuat banyak latihan di rumah... sebelum ujian formatif 3 yang lebih banyak menguji kemahiran baru yang tidak diuji dalam PKSR 1....