Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Rabu, 20 Mei 2009

Sakit Doa Sihat Fokus Cuti

Hari nie sesi persekolahan adalah seperti biasa.. cuma aktiviti kokurikulum ditangguhkan sehingga selepas sekolah dibuka semula selepas cuti pertengahan tahun tidak lama lagi.. memandangkan murid-murid perlukan masa untuk membuat persiapan bagi menghadapi PKSR 1 yang dianggap begitu penting bagi menilai prestasi murid-murid setakat ini..

Beberapa orang guru didapati tidak sihat.... termasuklah Guru Besar yang mengalami kecederaan kaki tempohhari... agaknya urat tergeliat... mana taknya... puncanya main sepak takraw masa ari guru... Cikgu Riduan pun masih sakit lagi tengkok dia... salah tidur katanya... bahaya jugak tu... dan ustaz puaad pun sama jugak... kesian kat cikgu-cikgu kita nie... terutamanya cikgu Riduan guru kelas 5D... sambut hari guru kat rumah... agaknya dia tiup belon n potong kek sendiri-sendiri kat rumah masa hari guru ari tu...

Apapun kepada nkorang sumer yang masih sihat nie... marilah sama-sama kita berdoa agar cikgu-cikgu nie cepat sembuh dan boleh kembali ke sekolah seperti biasa...

Nkorang memurid pulak jaga kesihatan bebaik.. pekse dah nak dekat... berenti kejap bermain kat luar... fokus pada pelajaran pulak... lepas pekse cuti.. baru enjoyyyyyy...