Malam tadi masuk malam kedua minggu ini saya secara berterusan main ping pong... malam tadi cikgu riduan ajak... so kitorang berdua ajerlah tapi lepas habis kelas nadi cikgu zaidi pun join sekali... memang best lah...
Semalam main jugak.. tapi dalam lapan orang temasuklah Cikgu Sukardi, Cikgu Raisam, Ustaz Puaad, Ustaz Kamarudin, Cikgu Noorzeri, Cikgu Farzarul, Cikgu Shahidin dan en. Nik Mohd Puaad... ajk pibg...
Nampaknya permainan ini semakin diminati dan menjadi tumpuan cecikgu sekolah nie... asal ada masa lapang ajer mulalah.... tapi kitorang main dengan penuh rasa keenjoyan... sambil bergelak ketawa... hilang tekanan...
Mutu atau kualiti permainan juga nampak semakin meningkat... cuma cikgu Wan Rosli tidak pasti tahap pencapaiannya.... mungkin boleh dikalahkan dengan mudah oleh cikgu Raisam yang namanya sedang meningkat naik kini....
Dalam perancangan lepas nie... pertandingan sepak takraw dan renang pula akan diadakan... sekarang nie penganjur sedang sibuk mencari peserta... so, cikgu lelaki yang minat bolehlah join...