Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Rabu, 28 Oktober 2009

Jambatan Roboh Teruskan Perkhemahan

Kejadian Jambatan roboh tempohari masih menjadi bualan dan tumpuan ramai... Tambahan pula ia merupakan perkhemahan 1Malaysia yang melibatkan murid-murid tahun 6. Pelbagai reaksi telah timbul dari kalangan ibubapa... ada yang pastinya trauma dan tidak akan membenarkan anak-anak mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti sebegitu lagi.

Pada saya program perkhemahan perlu diteruskan. Ini memandangkan banyak perkara atau ilmu yang diperolehi daripada aktiviti kokurikulum tersebut dalam membentuk jati diri pelajar. Kemalangan yang telah berlaku perlu dijadikan pengajaran dan peringatan kepada pelajar-pelajar lain yang akan mengikuti aktiviti perkhemahan akan datang tentang peri pentingnya mendengar arahan guru.

Pihak yang terlibat dalam menguruskan aktiviti juga perlu memastikan kegiatan pelajar sentiasa dipantau. Ini kerana daripada pengalaman saya menjalankan perkhemahan bersama guru2 dan murid sk setiawangsa, setiap aktiviti murid akan diiringi dengan guru dan disiplin murid sentiasa terkawal, disamping itu tugas atau giliran guru berjaga malam juga perlu diwujudkan bagi memastikan keselamatan murid terjamin sejak mula sesi perkhemahan hingga akhir tidak kira siang atau malam... tapi kalau murid nak berak... cikgu tak payahlah teman... busuk..

Kita kena anggap apa yang dah berlaku itu adalah sudah menjadi takdirNya. Ini kerana jika kita takut untuk melibatkan anak-anak kita dalam aktiviti sedemikian samalah kita takut untuk memandu kereta dijalan disebabkan kadar kemalangan yang sentiasa meningkat... takut itu takut ini... sebenarnya tak perlu takut... kita perlu sentiasa berdoa dan bertawakal padaNya... Jika kejadian sedemikian berlaku juga, saya pasti itu adalah kehendakNya.