Peperiksaan bakal berakhir 2 hari sahaja lagi... seperti yang diamanahkan guru-guru sekarang ini sedang sibuk menanda kertas jawapan murid. Murid-murid pastinya tidak sabar untuk mengetahui keputusan apatah lagi ibubapa mereka. Disamping menyiapkan penandaan, guru-guru juga kelihatan sibuk mengisi Buku Laporan Adab Belajar yang seperti saya maklumkan sebelum ini memerlukan banyak masa dan tumpuan guru untuk membulat-bulatkan nombor sedang ianya dilihat tidak begitu relevan. Apapun seperti yang saya maklumkan juga ini sudah menjadi tanggungjawab guru, apa sahaja arahan yang berkaitan perlu dilaksanakan. Pendek kata saya yang menurut perintah... tapi saya nak bantah... cuma takut kena pindah atau tukar sekolah.... hah.. hah.. hah.. hah.. hah..
Kesibukan ini perlu dihadapi dengan tenang oleh para guru agar tidak berasa tertekan.. seperti mana kajian yang menyatakan guru adalah pekerja yang banyak mengalami tekanan. Bagi SK Setiawangsa, budaya kerja cepat dan pantas telah dimulakan sejak dulu lagi, jadi setiap guru dipaksa, terpaksa dan rela bekerja dengan pantas. Memandangkan pelbagai aktiviti lain yang bakal dilalui termasuklah Majlis Persaraan dan Majlis Malam Anugerah Cemerlang yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Seperti yang dimaklumkan diblog cikgu Riduan, saya turut menyatakan setuju dengan peri pentingnya peperiksaan bagi murid tahun 5 pada setiap tahun bagi menentukan kelas tahun hadapan yang bukan untuk membeza-bezakan murid tetapi memberi cabaran yang lebih lagi berbanding jika berada di kelas sebelumnya serta suasana pembelajaran yang lebih bersesuaian dengan tahap pencapaian masing-masing.
Pastinya pada tahun hadapan akan berlaku rombakan kelas yang begitu ketara terutama mereka yang akan ke tahun 6, memandangkan pencapaian pada ujian-ujian yang lepas menyaksikan kesungguhan murid-murid dari kelas yang lebih terkebelakang meningkat begitu ketara dan murid-murid bagi kelas hadapan pula ada yang kelihatan sudah sedikit terleka yang menyebabkan berlakunya kemerosotan terhadap pembelajaran. Tambahan pula kenaikkan darjah pada tahun hadapan akan mengambil kira peratusan markah dari subjek teras iaitu BM, BI, MT dan SC.
Saya mengucapkan tahniah kepada murid yang telah berusaha bersungguh-sungguh sepanjang menghadapi peperiksaan yang masih berbaki 2 hari lagi. Sentiasalah berbangga dengan apa yang dilakukan serta pertingkatkan lagi kesungguhan pada tahun hadapan bagi menjamin kecemerlangan berterusan...
Tahun depan ada Pra -sekolah... Adakah saya berkemungkinan menjadi guru pra sekolah? Apakah tugas saya nanti? adakah basuh berak budak? arhhhhh tidakkkkk..