Hari ini telah pun berlangsung dua acara padang iaitu tarik tali dan lontar peluru... dalam acara yang dipertandingkan kali ini kelebihan mata memihak kepada rumah bendahara...
Seperti yang saya perkatakan semalam pasti ada yang akan keciciran mata sehingga 60 mata... tetapi jangkaan itu sedikit meleset apabila rumah temenggung hanya keciciran 59 mata... 1 mata tersasar dari jangkaan saya...
Tahun ini persaingan memang sengit kerana tiada sebarang pasukan yang ketinggalan lebih 80 mata seperti yang berlaku pada tahun-tahun yang lepas... ini disebabkan komitmen yang diberikan oleh guru-guru dan murid-murid...
Alhamdulillah acara padang berjalan dengan lancar... cuma sedikit masalah tidak dapat dielakkan iaitu padang berlumpur... Saya yakin satu persaingan sengit akan berlaku di stadium bukit jalil bagi merebut baki mata yang tinggal untuk bergelar juara iaitu 510 mata...... jadi setiap pasukan masih mempunyai harapan.... yang penting kegagalan semalam... kegagalan hari ini tidak semestinya kegagalan juga untuk esok... yang pasti ianya terletak pada diri anda sendiri...
Kesimpulanya.... adakah bendahara akan kekal sebagai juara???????
Kedudukan Mata klik blog Sukan Tahunan
gambar menyusul 2 ke 3 hari lagi... sibuk nie