Di sekolah pagi tadi selepas perhimpunan telah diadakan majlis bacaan Yassin untuk arwah Cikgu Hafifzi yang telah meninggal dunia semalam. Majlis tersebut hanya melibatkan pentadbir, guru-guru dan murid-murid tahun 6... Murid-murid seakan tidak percaya akan pemergian arwah.. namun terpaksa akur dengan kehendak yang Maha Esa.. terutama murid-murid yang diajarnya, murid-murid rumah laksamana dan juga pasukan sofbol sekolah. Apapun hidup perlu diteruskan.. kita perlu tabah menghadapi dugaan dan jangan mudah berputus angsa.
Pada hari Sabtu ini seperti yang telah dimaklumkan bahawa SK Setiawangsa akan mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang.. jadi guru-guru dan memurid semua sibuk dalam membuat persiapan.. apa yang dinantikan adalah persembahan drama, orchestra yang julung kali diadakan sebagai salah satu bidang kebitaraan sekolah... huhhh mesti gempak..
Anugerah ni diadakan bagi meraikan mereka yang telah berjaya dalam UPSR dan juga peperiksaan PKSR 2.. jadi kepada murid yang tidak terlibat jangan berputus asa... anda juga boleh... kerana hanya anda yang mampu mengubahnya... saya berharap murid-murid semua dapat memanfaatkan masa yang ada untuk belajar bersungguh-sungguh dan bergiat aktif dalam segala aktiviti sekolah serta menjadikan mereka-mereka yang berjaya ini sebagai contoh teladan atau panduan...