Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Ahad, 29 Mac 2009

Esok acara padang

Acara Padang akan bermula esok yang merupakan acara terakhir sebelum sk setiawangsa melabuhkan tirai sukan tahunan kali ke 16 distadium bukit jalil... Persaingan antara rumah sukan masih terbuka... pungutan mata untuk 2 acara padang esok termasuklah tarik tali dan lontar peluru pastinya akan memberi ransangan psikologi bagi pasukan yang mendahului pungutan mata esok...

Tidak seperti sukan tara.. acara esok memerlukan kemahiran tektikal yang berkesan untuk memungut mata... jumlah mata yang bakal dipungut esok juga adalah berbeza dengan acara sukantara... pungutan mata adalah seperti berikut:

Pertama = 10 mata
Kedua = 7 mata
ketiga = 4 mata
keempat = 2 mata
kelima = 1 mata
keenam = 0 mata

Oleh itu, pastinya nanti akan ada pasukan yang keciciran mata sehingga 60 mata..... pasukan manakah yang akan berada dihadapan dan pasukan manakah yang akan ketinggalan di belakang?.... sama-samalah kita nantikan...

P/S : Murid-murid yang terlibat dalam kedua-dua acara tersebut perlu membawa pakaian sukan esok.....