Nampaknya murid-murid dan guru-guru SK Setiawangsa tidak sabar untuk mengetahui keputusan terkini rumah sukan setakat jam 4.30 petang tadi....Apapun biar saya ceritakan sedikit pasal apa yang berlaku sebentar tadi... bagi murid tahun 5 sukantara telah bermula pada pukul 8 pagi di padang DBKL yang terletak barhampiran kawasan sekolah... keadaan padang agak mendukacitakan kerana keadaan yang berlecak... namun perjalanan sukantara berjalan lancar...
Setiap rumah sukan telah mempamerkan semangat yang cukup jitu apabila setakat hari ini persaingan mata adalah sangat hampir....
Bagi murid sesi pagi rumah bendahara telah mendahului pungutan mata dengan mengumpul sejumlah 104 mata, diikuti oleh rumah laksamana 101 mata, rumah temenggung 98 mata dan rumah syahbandar 78 mata......
Bagi murid-murid tahun 4 pula.. latihan juga telah berjalan lancar pada sebelah petang dengan keadaan padang yang masih becak... rumah syahbandar telah berjaya mengumpul mata tertinggi dengan pungutan 148 mata, diikuti bendahara 130 mata, temenggung 126 mata dan Laksamana 121 mata...
Untuk keputusan keseluruhan boleh rujuk blog sukan tahunan sk Setiawangsa
Kedudukan terkini keseluruhan :
No.1 = Bendahara/Hijau
No.2 = Syahbandar/Merah
N0.3 = Temenggung/Biru
No.4 = Laksamana/Kuning
Info-info lain:
Acara lontar peluru dan tarik tali akan diadakan pada hari Isnin depan(lepas cuti sekolah)... harap murid bersedia...