Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Jumaat, 27 Mac 2009

Lumba lari persiapan sukan tahunan

Petang tadi rumah bendahara dan laksamana telah berjaya mengadakan perlawanan persahabatan untuk acara kuartet 4x100 meter dan 4x200 meter... pada keseluruhannya rumah bendahara telah berjaya memenangi kesemua acara dengan mendapat tempat pertama bagi setiap acara... Ini menunjukkan pasukan rumah hijau tidak boleh dipandang sebelah mata...

Kuartet tersebut telah dijalankan dalam keadaan padang yang berlumpur... biasalahkan ada jer yang jatuh... tapi alah bisa tegal biasa...... jadi kesimpulanya sekarang rumah bendahara memiliki kelebihan dari segi psikologi apabila dapat memenangi semua acara yang bakal membuat rumah sukan lain gentar......

Terima kasih kepada semua murid yang terlibat kerana telah memberi kerjasama dalam menjayakan pertandingan tersebut... Diharapkan semangat sukan sebegini dapat diteruskan lagi pada masa-masa yang akan datang...