Demam sukan sekarang ni semakin menjadi-jadi.... masing-masing tidak mahu mengaku kalah.. persaingan pada tahun ini dilihat begitu sengit setakat ini dan setiap rumah sukan pasti mampu membuat kejutan pada sukan tahunan kali ini... tekanan pastinya terasa pada rumah bendahara yang cuba sedaya upaya untuk mempertahankan juara 5 kali berturut-turut.... manakala rumah merah pula cuba mempertahankan kedudukan di tempat pertama....
Huhhh .... rumah yang paling tertekan adalah Laksamana dan Temenggung yang tertinggal sedikit jauh.... jadi percaturan selepas ini akan memainkan peranan samada kedudukan masih sama atau berubah sebaliknya....
Acara sukan tahunan ini akan berakhir tidak lama lagi.. hanya tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi... Hari Isnin bersamaan 30 Mac 2009 akan berlangsungnya acara akhir padang iaitu lontar peluru dan juga tarik tali.... Siapakah yang bakal menduduki tempat pertama pula selepas ini? sama-samalah kita nantikan....