Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Ahad, 1 Mac 2009

Futsal suka-suka


Semalam guru-guru lelaki sk Setiawangsa telah mengadakan perlawanan futsal suka-suka jer di Wangsa Maju... kalau nak ikutkan ramai nak datang.. tapi biasalah ada beberapa masalah yang perlu disetlekan termasuklah menjaga bini di rumah, bancuh susu anak, lipat kain dan sebagainya...

Semalam kalau ikutkan saya pun tak nak pergi.. sebab nak rehat.. penatlah dengan latihan sofbol pagi tu... tapi cikgu Hafifzi nak jugak saya pergi... dia nak suruh amek gambar masuk dalam blog ni...

Semalam saya menaiki kereta yang dipandu oleh cikgu Hafifzi dan ditemani oleh cikgu Azeze... kami dah tak sabar nak bermain futsal pasal dah lama tak main dan tak enjoy....

Huhhh semalam memang seronok... semua orang basah kuyup dengan peluh... nampak kepuasan terpancar dari wajah tiap orang termasuklah cikgu Hafifzi yang nak sangat pergi main futsal semalam...

Namun semalam hanyalah kenangan terakhir buat kami semua... apabila Hafifzi ditakdirkan pergi ke rahmatullah...

Berikut adalah gambar selepas selesai bermain futsal: