Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Khamis, 12 Mac 2009

Pemantapan NILAM

Pn. Hjh. Siti Rokiah sedang menyampaikan ucapan perasmian

Hari ini di SK Setiawangsa a.k.a Eskays berlangsung 2 aktiviti pada waktu pagi tadi... aktiviti yang dimaksudkan adalah Maijlis Pemantapan NILAM dan juga mini merentas Desa... Saya citer pasal Majlis Pemantapan NILAM dulu k..

Kisahnya bermula begini..... tiba-tiba... kedengaran bunyi muzik.... la... orchestra rupanya.... memula Majlis Pemantapan NILAM pagi tadi... kumpulan orchestra kita telah buat persembahan... jadi dalam keadaan yang sunyi sepi kami semua mendengar alunan muzik orchestra... sedap gak... tapi ada sumbang sikit-sikit jerla... apepun best la.. bukan senang nak latih bebudak orchestra untuk sekolah rendah ni...

Berbalik kepada citer asal k... NILAM bermaksud Nadi Ilmu Amalan Membaca... ianya merupakan kempen galakan membaca... ramai yang tak tahu apa maksudnya kan? sekarang macam mana?

ok bercerita pasal amalan membaca. Ianya merupakan suatu yang perlu digalakkan... kerana dengan membaca banyak ilmu yang kita perolehi... kita juga dapat mengenali dan menjumpai istilah-istilah baru... dan macam-macam lagi... malas nak citer... pasal sebanarnya nkorang sumer dah tahu kan?

Pada zaman IT sekarang ni... minat membaca sudah mula luntur... tetapi minat bermain psp semakin menjadi-jadi... tapi bagus jugak main psp sebab dia melatih jari kita untuk bergerak ke kiri dan ke kanan....

Sebenarnya untuk membaca tidak kira apa bahan sekalipun yang penting kita membaca.. surat khabar ker, papan tanda ker... ape-aper jelah..