Pada hari jumaat ni akan berlangsung sukaneka murid tahap 1... so mereka yang terlibat sibuk membuat persiapan.... disebabkan sekolah tidak mempunyai padang maka terpaksalah buat sukaneka kat tapak perhimpunan.... boleh ker? upin ipin kata boleh.... boleh...boleh.... so boleh lah kan?
Saya tak nak citer lebih-lebih pasal sukaneka sebab tak memberi manfaat pada rumah sukan saya pun... itu hanya untuk hiburan murid-murid tahap satu jer.... hahhaha... jangan marah ha...
Bahang sukan semakin terasa... hari demi hari masing-masing menghitung hari jam minit dan saat untuk ke stadium bukit jalil... tak sabar rasanya... peserta-peserta yang terlibat masih giat berlatih.... yerlah untuk pengetahuan semua saper-saper pun boleh jadi juara asalkan dia memungut banyak mata dalam acara olahraga nanti... kerana olahraga menjanjikan pungutan mata boleh dikatakan 10 kali ganda daripada mata acara padang...
Dek kerana itulah 2 pasukan teratas iaitu bendahara dan syahbandar mengadakan perlawanan persahabatan tadi.... keputusannya masih menyebelahi rumah bendahara.... apapun keputusan di bukit jalil nanti pastinya akan terdapat banyak perbezaan....
Pesanan khas buat rumah Lucksamana dan rumah temenggung... teruskan perjuangan kita masih boleh mengejar dua pasukan teratas....