Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Selasa, 15 September 2009

Ramadan Merdeka Terjah Raya

Aktiviti sekolah hari ini memang padat dengan penghayatan bulan ramadhan dan juga bulan kemerdekaan. Sejak pagi murid tahun 6 bersama guru-guru tahun 6 bertadarus dan menunaikan solat hajat. Ustaz Puaad sempat memberi sedikit tazkirah kepada mereka berkaitan bulan ramadhan faedah dan fadhilatnya.Seterusnya tepat jam 9.15 pagi murid-murid disajikan pula oleh ceramah sempena ramadhan daripada penceramah jemputan.

Selesai program tersebut aktiviti bulan kemerdekaan diteruskan dengan murid tahun 6 melukis poster manakala tahun 1 dan 5 mengadakan sesi raptai penuh untuk majlis penutupan bulan kemerdekaan esok.

Saya juga mengambil kesempatan yang ada dengan dibantu oleh cikgu riduan dan cikgu raisam untuk mengadakan sesi terjah raya sks yang baru saja bermula pagi tadi. Sesi terjah raya ini bertujuan merakamkan ucapan daripada murid-murid dan guru-guru sks. Video terjah raya ini akan dipaparkan di blog ini dan juga website sekolah bermula hari khamis ni.

Sesiapa yang berminat nak sampaikan ucapan raya boleh berjumpa saya k..