Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Isnin, 14 September 2009

Minggu Akhir Sebelum Cuti Raya

Kementerian Pelajaran membenarkan sekolah mengambil cuti peristiwa atau cuti berganti sempena Aidilfitri yang dijangka disambut pada Ahad atau Isnin ini berikutan permohonan daripada pihak sekolah dan kalangan ibu bapa.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata keputusan itu diambil bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga untuk bercuti di kampung halaman masing-masing dan mengelakkan kesesakan jalan raya.

Minggu ni adalah minggu terakhir persekolahan dan hanya 4 hari sahaja sehingga hari khamis nanti. Hari jumaat sekolah dah mula bercuti memandangkan SK Setiawangsa turut mengambil cuti peristiwa seperti di atas.

Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk diadakan sepanjang minggu ini. Antaranya bermula hari ini murid tahun 6 bertadarus di dewan, esok ceramah ramadan daripada penceramah jemputan dan pada sebelah petangnya guru-guru berkesempatan berbuka puasa di sekolah. Pada hari rabu pula penutup bulan patriotisme manakala hari khamis sesi raya... bersalam-salaman dan bermaafan..

Bantuan kepada anak-anak yatim dan keluarga yang memerlukan juga turut akan diadakan dalam minggu ini.