Part 1 Download
Part 2 Download
Part 3 Download
Part 4 Download
Part 5 Download
Lega rasanya apabila dapat menyiapkan segmen khas terjah raya sk setiawangsa 2009 buat julung kalinya. Idea ini datang secara spontan dan pada mulanya... nak buat ke tak nak?... tapi dengan sokongan dan bantuan serta kerjasama kuat daripada cikgu riduan dan cikgu raisam akhirnya kami bersetuju untuk mewujudkan segmen khas ini dengan rakamannya mengambil masa selama 3 hari.
Pelbagai kekangan yang telah dihadapi sepanjang menyiap segmen ini. Ada yang tak percaya apa yang kami buat ini, sebab nampak macam sewel. Ada juga yang kata kami ni penyibuk.. yerlah macam tak ada kerja lain. Apapun kenalah bersabar dan kami teruskan juga demi untuk memeriahkan lagi hari raya tahun ini bagi warga sk setiawangsa sendiri dan sekurang-kurangnya membuka ruang untuk guru-guru dan murid-murid serta beberapa orang lagi yang terlibat untuk menyampaikan ucapan yang dapat dilihat di seluruh dunia. Tambahan pula segmen ini dapat disimpan dan di muat turun untuk simpanan sebagai kenangan raya pada tahun ini.
Terima kasih juga kepada Tn. Hj. Ruslan selaku Guru Besar yang turut memberi kerjasama dalam menyiapkan segmen ini. Kepada pentadbir, guru-guru dan murid-murid serta seluruh warga sk Setiawangsa juga diucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.
Semoga raya tahun ini dapat memberi suatu kenangan manis buat semua. Semoga berbahagia di hari raya dan hari tak raya.