Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Ahad, 6 September 2009

Bonus Dan Firasat

Sehingga kini hangat diperkatakan sehingga terbawa dalam mimpi bagi setiap kakitangan awam tentang pemberian bonus tahunan bersempena dengan raya tahun ini. Ada juga yang telah merancang nak menggunakan bonus untuk persiapan raya nanti walaupun kerajaan belum memutuskan berkenaan pemberian bonus tersebut.

Walaubagaimanapun perbincangan DSNTR bersama CUEPACS masih lagi diteruskan. Mereka yakin DSNTR akan membuat keputusan yang positif nanti demi untuk kebaikkan 1.2 juta penjawat awam terutama bagi mereka yang berada dalam Kumpulan Sokongan Satu dan Dua yang amat mengharapkan sedikit sumbangan untuk persediaan menyambut Aidilfitri.

Bagi saya, DSNTR pasti akan memberi bonus tersebut, cuma nilainya sahaja masih belum dapat dikenalpasti. Tapi kalau tak dapat tak tahulah, sebab ini menurut firasat saja.