Pagi tadi satu pertandingan deklamasi sajak peringkat akhir telah diadakan di dewan blok b SKS. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh panitia kajian tempatan. Tak sangka sajak saya telah dipilih oleh cikgu raisam untuk dideklamasikan, terharu rasanya...
Biar saya cerita sedikit tentang perjalanan program tersebut:
9.30 pagi - guru-guru dan semua murid lelaki dan perempuan berkumpul di dewan blok b. Kelihatan juga beberapa ekor serangga melelui koridor dan sebilangan kecil unggas berterbangan di bahagian tepi dewan. Cikgu Ahmad Nasaruddin memulakan sesi celoteh sebagai mukadimah kepada murid-murid.
10.00 pagi - Majlis rasmi pertandingan sajak bermula. Cikgu Raisam memulakan majlis dengan sedikit ucapan memperkenelkan diri yang sudah dikenali dan memperkenalkan peserta-peserta yang bakal bertanding. hanya 2 peserta lelaki kelihatan berjaya menempatkan diri di final manakala selebihnya seramai 12 orang lagi adalah perempuan.
10.10 pagi - Cikgu Amiza mengambil alih acara selaku pengacara majlis menjemput cikgu raisam untuk mendeklamasikan sajak bertajuk "Jambatan Kemerdekaan" kedengaran sayu ditambah dengan alunan lagu kitaro yang sedih. Seterusnya semua guru dan murid dengan penuh semangat menyanyikan lagu ""Tanggal 31".
10.20 pagi - Pertandingan bermula dengan gelagat murid yang pelbagai. Saya puji semua murid yang berjaya ke final tadi kerana mendeklamasikan sajak dengan penuh semangat. Bukan semangat untuk menang tetapi semangat untuk menunjukkan kebolehan masing-masing. syabas. Nyanyian lagu-lagu patriotik turut diselitkan pada setiap selang 2 atau 3 persembahan deklamasi sajak. Nyanyian lagu patriotik telah di sumbangkan oleh murid tanpa apa-apa bayaran. Apa yang penting murid kelihatan terhibur.
11.20 pagi - Sementara menunggu keputusan juri, murid menyanyikan beberapa lagu beramai-ramai. Antaranya termasuklah lagu Sejahtera Malaysia, Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia.
11.30 pagi - Pengumuman nama pemenang telah dibuat oleh cikgu Amiza ala-ala akademi fantasia.. memang mendebarkan.. tambah pula diiringi lagu yang juga mendebarkan.. Penyingkiran dilakukan sedikit-demi sedikit sehinggalah tinggal 3 pemenang.. Akhirnya tempat ketiga dimenangi oleh Aqilah Nabilah (5C), Tempat Kedua pula Nur Athiffah (5C) dan tempat pertama disandang oleh Sharifah Khadijah (5A). Tahniah kepada mereka yang telah berjaya manakala yang tak berjaya jadikan ini satu pengalaman yang sangat membanggakan untuk diri sendiri.
11.40 pagi - Sebagai penutup cikgu raisam mengucapkan selamat hari raya kepada semua murid dan disambut dengan hilai tawa dan tangisan terharu. Awalnya bagi ucapan...
11.50 pagi - Ustaz Shauki mejemput 3 orang murid untuk ke pentas bagi mendeklamasikan sajak akibat membuat bising. Sajak mereka diiringi dengan lagu "dhooma Chale" lagu hindustan.
12.00 tengah hari - Murid-murid bergegas pulang dengan hati girang.
Rumusan Aktiviti:
Aktiviti berjalan lancar. tahniah diucapkan kepada mereka yang telah menjayakan program tersebut. 4 bintang daripada saya... acara penutup nanti harapnya dapat 5 bintang. Bulan patriotisme memang wajar dihidupkan dengan program sebegini sekurang-kurangnya guru dapat menyelitkan sedikit peringatan untuk disemai ke dalam jiwa murid tentang peri pentingnya mempertahankan kemerdekaan tanah air ini.