Setelah 3 hari komputer dijangkiti virus.. akhirnya dapat juga kembali memulihkan komputer ini dengan bantuan shahril juru teknik komputer... seronok rasanya bila komputer ni dah pulih daripada jangkitan.. tak perlu nak kuarantin sampai 7 hari pun.
Seidikit perkembangan berkaitan sekolah sepanjang minggu ini yang saya dapat laporkan di sini adalah..
* Pejabat dan bilik guru sedang diubahsuai sejak cuti yang lalu. Para pentadbir, kakitangan pejabat dan guru terpaksa berpindah atau menumpang sementara di pusat sumber, bengkel, makmal komputer, bilik gerakan dan beberapa tempat lagi. Memang agak kurang selesa sekarang ni. Tapi kena sabar sebab projek pengubahsuaian tu akan siap tak lama lagi dan yang pentingnya dapat memberi keselesaan yang lebih baik pada guru-guru sks nanti.
* Guru-guru juga mengedarkan kertas-kertas ujian formatif 3 kepada murid-murid untuk di semak dan buat pembetulan. macam biasalah ada markah yang naik dan ada yang turun.
* Guru-guru kelas juga sibuk mengumpul markah untuk dikemaskinikan markah ujian ke dalam pendrive untuk di serahkan kepada penyelaras aliran. Di samping itu juga mereka sibuk mencatat markah ke dalam buku adab belajar... Kesian mereka.. banyak kerja..
* Memandangkan minggu hadapan peperiksaan UPSR akan bermula jadi GB dan guru-guru tahun 6 dilihat memberi beberapa amanat kepada murid-murid tahun 6 sebagai persediaan mengahadapi peperiksaan tersebut. Murid-murid macam biasalah ada yang kelihatan semakin berdebar-debar, ada yang seakan tiadak mempunyai perasaan dan ada juga yang sudah bersedia dan tak sabar-sabar nak mengahadapinya.
* Sesi bergambar juga turut diadakan yang melibatkan murid-murid dan guru-guru tahun 5. gambar ini nanti akan dijual sebagai kenangan untuk guru dan murid. Nanti murid bolehlah memaklumkan pada guru kelas kalau nak beli.
* Suasana di kantin juga kelihatan tidak seperti selalu... murid-murid dan guru seperti memboikot makanan dikantin. Setakat ini saya tidak dapat pastikan kenapa jadi begitu.