Sambutan hari raya disambut begitu meriah hari ini. Semua murid datang pagi hari ini jadi ramai sungguh manusia di sekolah pagi tadi. Kami memulakan program awal pagi dengan ucapan daripada barisan pentadbir dan juga wakil guru bersempena dengan raya aidilfitri yang bakal tiba tak lama lagi.
Selesai ucapan para pentadbir program diteruskan dengan bersalam-salaman dan bermaafan. rakaman nanti boleh tengok dalam segmen terjah raya.
Selesai ucapan murid dibahagikan kepada 2 kumpulan pagi dan petang dan diletakkan di dewan yang berasingan disebabkan terlalu ramainya murid hari ini sehingga memenuhi belakang dewan. Aktiviti nyanyian lagu raya dipersembahkan oleh murid-murid dan juga guru.. saya juga turut tidak ketinggalan mensumbangkan lagu. Program berakhir dengan tazkirah daripada Ustaz Haji Azam.
Seperti biasa, aktiviti terjah raya diteruskan lagi. Tapi tak semua dapat merakamkan diri ke dalam segmen terjah ini sebab ramai sangat. Balik tadi beberapa orang daripada kami berkesempatan singgah di Masjid Muaz iaitu masjid yang berdekatan dengan sekolah untuk menunaikan zakat. Lega rasa bila dah menunaikan rukun Islam yang keempat itu.
Sekarang ini saya sedang menyunting video sebelum dimuat naik ke dalam blog ini. Insyaallah malam nanti siaplah. Jadi esok bolehlah anda semua lihat segmen terjah yang telah siap disunting.