Sepenjang bulan syawal ini pastinya ramai yang sibuk nak buat rumah terbuka termasuklah en. syawal dan keluarganya. Jemputan hadir ke rumah terbuka pastinya dijemput oleh rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang kita kenali.
Tahukah kita betapa pentingnya persediaan sebelum ke rumah terbuka?
Antaranya termasuklah menyediakan ruang di dalam perut kita untuk memastikan beberapa jenis makanan di rumht jemputan dapat dimuatkan di dalam perut tersebut tanpa meninggalkan sebarang sisa.
Disamping itu, kalau berpuasa 6, kenalah rancang betul2 mengikut tarikh jemputan atau datang sahaja waktu malam tapi jangan sesekali pakai topeng.
Kalau boleh bagi lelaki bawalah seluar yang lebih besar saiz pinggangnya untuk ditukarkan ketika hendak menjamu selera atau memakai seluar yang sedikit londeh atau boleh bawa kain pelikat atau mudahnya pakai seluar yang bergetah.
Bawa beg galas untuk isi makanan yang mungkin nak di bawa balik ke rumah. Botol kosong jangan dilupa untuk isi air. Bawa banyak lagi bagus boleh isi pelbagai jenis air.
banyak lagilah petua yang boleh dikongsikan.. tapi tak bolehlah bagitau semua.. tahun depan pulak yer..