Nampaknya persekolahan hari ini berjalan lancar.. sesi pembelajaran mengikut jadual seperti biasa.. Guru Besar mengingatkan semua murid agar terus belajar bersungguh-sunguh dan membuat persiapan bagi menghadapi PKSR 2 yang akan dijalankan pada 26.10.2009. Harap murid dapat membuat persediaan awal dengan cuba memperbaiki beberapa kelemahan terhadap kemahiran-kemahiran dalam pelajaran yang masih belum dikuasai.. masih ada masa.
Seperti tahun-tahun yang sudah Anugerah Cemerlang akan berlangsung lagi. Kalau tiada aral dalam bulan November nanti akan berlangsunglah majlis tersebut buat kali kedua untuk tahun 2009 ini. Oleh itu, sekiranya murid-murid ingin meneiki pentas kejayaan tersebut bagi mengapai anugerah cemerlang bolehlah membuat persiapan yang secukupnya untuk bersaing.
Kalau sebelum ini kantin kelihatan seperti diboikot.. tetapi berlainan pula pada hari ini kerana murid-murid dan guru-guru berpusu-pusu ke kantin sewaktu rehat.. agaknya sebulan sahaja mereka boikot kantin..
Berkenaan dengan Jamuan Raya.. bagi peringkat guru-guru, setakat pengetahuan awal saya ianya akan berlangsung pada 10.10.09 selepas LDP.. waktu yang paling cantik adalah pada pukul 10:10:09 pagi..