Seperti yang telah dimaklumkan semalam seraamai lebih kurang 12 orang pelawat dari Oman telah berkunjung ke SKS. Saya tidak mempunyai maklumat lanjut berkenaan hal itu disebabkan tidak terlibat secara langsung dalam program lawatan tersebut. Hari Khamis memang jadual padat, jadi saya mengajar di bengkel saja hari ini. Sesekali keluar dari kepompong bilik darjah pula.
Lebih kurang 1.10 petang tadi kami guru-guru tahun 5 sempat membuat satu perjumpaan ringkas di bilik media. Beberapa perkara telah dibincangkan terutamanya berkaitan program esok iaitu jamuan hari raya... bagi murid tahun 5 tempat yang di khaskan untuk jamuan tersebut adalah di dewan blok B, tahun 1 di dewan blok D manakala tahun 6 di kantin.
Semua murid akan berpakaian raya esok dan membawa kuih-muih dari rumah. Tak sabar rasanya nak memenuhkan perut dengan kuih-muih yang enak-enak itu nanti.