Info Semasa Untukku dan Mungkin Untukmu

Khamis, 1 Oktober 2009

Gempa Bumi Dan Gegaran Di Semenanjung

Beberapa siri gegaran telah berlaku akibat gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter sejak semalam yang mengorbankan banyak nyawa. Gempa tersebut telah berlaku di Bandar Padang Sumatera.

Bencana yang melanda ini adalah sebahagian daripada ujian Allah kepada hambanya yang memang telah dijanjikan. Jadi kita perlulah bersedia dan sentiasa beringat bahawa kehidupan di muka bumi ini ada ketika kita akan berasa gembira dan ada ketikanya kita akan berasa sedih atau kecewa. Sedih atau kecewa tiada jalan lain kecuali sujud syukur atas apa yang telah berlaku kerana itu semua peringatan tuhan untuk kita. Teruskan berdoa dan kuatkan iman untuk menjalani kehidupan di dunia ini. Kalau dijanjikan kematian untuk kita. Soroklah dimana-mana pun.. larilah ke mana pun.. ceritanya tetap sama...

Apa yang dasyat gempa itu dikatakan dapat dirasakan sehingga ke semenangjung Malaysia. Jadi terlihat juga saya beberapa orang sibuk bercerita akan kisah gegaran pada hari tersebut.

Antara mereka yang berada di Semenanjung Malaysia yang berasa gegaran tersebut termasuklah seperti gambar di bawah: