Sehingga kini hangat diperkatakan sehingga terbawa dalam mimpi bagi setiap kakitangan awam tentang pemberian bonus tahunan bersempena dengan raya tahun ini. Ada juga yang telah merancang nak menggunakan bonus untuk persiapan raya nanti walaupun kerajaan belum memutuskan berkenaan pemberian bonus tersebut.
Walaubagaimanapun perbincangan DSNTR bersama CUEPACS masih lagi diteruskan. Mereka yakin DSNTR akan membuat keputusan yang positif nanti demi untuk kebaikkan 1.2 juta penjawat awam terutama bagi mereka yang berada dalam Kumpulan Sokongan Satu dan Dua yang amat mengharapkan sedikit sumbangan untuk persediaan menyambut Aidilfitri.
Bagi saya, DSNTR pasti akan memberi bonus tersebut, cuma nilainya sahaja masih belum dapat dikenalpasti. Tapi kalau tak dapat tak tahulah, sebab ini menurut firasat saja.
Ahad, 6 September 2009
Khamis, 3 September 2009
Virus Dan Aktiviti
Setelah 3 hari komputer dijangkiti virus.. akhirnya dapat juga kembali memulihkan komputer ini dengan bantuan shahril juru teknik komputer... seronok rasanya bila komputer ni dah pulih daripada jangkitan.. tak perlu nak kuarantin sampai 7 hari pun.
Seidikit perkembangan berkaitan sekolah sepanjang minggu ini yang saya dapat laporkan di sini adalah..
* Pejabat dan bilik guru sedang diubahsuai sejak cuti yang lalu. Para pentadbir, kakitangan pejabat dan guru terpaksa berpindah atau menumpang sementara di pusat sumber, bengkel, makmal komputer, bilik gerakan dan beberapa tempat lagi. Memang agak kurang selesa sekarang ni. Tapi kena sabar sebab projek pengubahsuaian tu akan siap tak lama lagi dan yang pentingnya dapat memberi keselesaan yang lebih baik pada guru-guru sks nanti.
* Guru-guru juga mengedarkan kertas-kertas ujian formatif 3 kepada murid-murid untuk di semak dan buat pembetulan. macam biasalah ada markah yang naik dan ada yang turun.
* Guru-guru kelas juga sibuk mengumpul markah untuk dikemaskinikan markah ujian ke dalam pendrive untuk di serahkan kepada penyelaras aliran. Di samping itu juga mereka sibuk mencatat markah ke dalam buku adab belajar... Kesian mereka.. banyak kerja..
* Memandangkan minggu hadapan peperiksaan UPSR akan bermula jadi GB dan guru-guru tahun 6 dilihat memberi beberapa amanat kepada murid-murid tahun 6 sebagai persediaan mengahadapi peperiksaan tersebut. Murid-murid macam biasalah ada yang kelihatan semakin berdebar-debar, ada yang seakan tiadak mempunyai perasaan dan ada juga yang sudah bersedia dan tak sabar-sabar nak mengahadapinya.
* Sesi bergambar juga turut diadakan yang melibatkan murid-murid dan guru-guru tahun 5. gambar ini nanti akan dijual sebagai kenangan untuk guru dan murid. Nanti murid bolehlah memaklumkan pada guru kelas kalau nak beli.
* Suasana di kantin juga kelihatan tidak seperti selalu... murid-murid dan guru seperti memboikot makanan dikantin. Setakat ini saya tidak dapat pastikan kenapa jadi begitu.

Ahad, 30 Ogos 2009
Jambatan Kemerdekaan
Entah tiba-tiba rasa nak tulis sajak pasal merdeka... jadi puas berfikir dapat satu idea nak citer pasal jambatan.... tak pandai sangat buat sajak tapi tak salah kalau cuba.. jadi saya cuba buat dengan fahaman dan garapan perasaan saya sendiri terhadap kemerdekaan...
Bagi yang berminat nak cuba mendeklamasikan sajak saya ini bolehlah cuba dengan menggunakan lagu latar yang saya sediakan... ada 3 soundtrack... jadi boleh tekan next untuk soundtrack kedua.. dan ketiga.. selamat mendeklamasikan sajak..
Jambatan Kemerdekaan
Dulu Jambatan kita pernah roboh,
rosak, musnah lalu hancur
rebah di bumi tanah lahirku ini
Resah jiwa bercelaru
Lantas dendam kesumat menjadi benih-benih amarah
Apakah hanya ingin melihat saja jambatan itu roboh
atau biarkan sahaja rosak,
musnah lalu ranap hancur rebah menyembah bumi?
musnah lalu ranap hancur rebah menyembah bumi?
Tidak... tidak sama sekali
Para pejuang lalu bingkas bangun
bersatu membina kembali jambatan itu
rintangan dan liku-liku begitu sukar dihadapi
Namun semangat juang tinggi
membuatkan mereka terus bangkit membinanya kembali
Ditikam, ditembak, dipenggal, dibakar, disembelih
Mengalir air merah dari tubuh lemah tak bersalah
dari setitis kemudian melimpah terus parah
rumput hijau jadi merah mangsa dijajah bermandi darah
Roh keazaman semakin membara
Meneruskan jua membina jambatan mulia
Biar rintangannya berupa celaka
biar berupa malapetaka
Jambatan terus dibina jua,
Tujuannya bukan untuk sia-sia,
bukan untuk diratap sahaja
Tetapi untuk laluan generasi yang bakal tiba
supaya tidak merana seperti mereka
Kini jambatan itu masih ada
Aku, kau dan dia masih melaluinya
jambatan itu memang kukuh teguh sukar untuk diroboh
Ada yang memuji akan keteguhannya
tatkala melangkah melalui jambatan itu
tatkala melangkah melalui jambatan itu
Ada juga yang melaluinya tanpa berkata apa-apa pun
Namun kini,
Jambatan itu seakan retak keteguhanya
lepak, berpeleseran, rempit, ragut
dadah, minda kolot punca retaknya
Maka bangkitlah bangsaku
Mari bersama kita perbaiki keretakkannya
kerana jambatan itu telah dibina
mereka yang berjasa untuk kita
Jambatan itu milik kita bersama.
Percayalah bangsaku
Jika roboh kembali jambatan itu
Habislah kita, pasti musnah hidup sengsara
Nukilan: ezamramlan 300809 jam1400
Alhamdulillah, akhirnya nukilan saya telah pun siap... nukilan ini adalah dari hati sanubari saya sendiri untuk anak bangsa yang sama-sama mengunjungi laman blog yang tak seberapa ini.. selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-52. Semoga kita sentiasa bahagia dan selamat di bumi tercinta ini. Sama-samalah kita menyedekahkan pahala bacaan fatihah kita kepada para pejuang-pejuang yang telah memberi laluan dengan membina jambatan kemerdekaan untuk kita... Semoga roh mereka sentiasa dicucuri rahmat..
Sabtu, 29 Ogos 2009
2 Hari Erti Merdeka

Semasa catatan ini mula disiarkan tinggal lagi baki 2 hari lagi negara kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke-52. Tiap tahun laungan merdeka pasti berkumandang tatkala hari kemerdekaan hampir tiba. Namun tiap tahun pasti ada beza intonasi laungan merdeka yang disambut saban tahun itu. Intonasi yang digarapkan dengan perasaan berkobar-kobar atau hanya melafazkannya dibibir saja.

Nyata sekali para pejuang tanah air pasti menitiskan air mata tatkala mengingati peristiwa sebelum merdeka. Di mana rakyat dijajah, didera, dibunuh, dirogol, dipenggal kepalanya, dibakar hidup-hidup, dikejami dengan pelbagai lagi cara.. Ini bukanlah dongengan tetapi realiti semata..
Alangkah beruntungnya kita tatkala hidup tidak lagi dalam sengsara seperti itu. Kita sudah bebas dari jajahan. Biasalah kita sebagai manusia biasa pasti alpa pasti.. leka pasti lupa. pasti tak remember...
Kita seolah-olah hidup atas usaha kita sendiri.. sebenarnya tidak.. kalau tidak kerana pejuang-pejuang dahulu kala entah apa akan jadi pada kita... entah-entah masih menjadi kuli kepada penjajah...
Saya sebagai rakyat Malaysia begitu berbangga dengan para pejuang tanah air suatu tika dulu. Kini apa yang nak dibanggakan... ?
Saya akan tetap terus berbangga atas pengorbanan jiwa malaysia dalam memartabatkan bangsanya di dunia ini. Namun cemuhan terhadap jiwa Malaysia yang masih lagi alpa terhadap syurga dunia ciptaan mereka sendiri... ragut, rempit, dadah, berpeleseran masih berleluasa mereka ini tidak mempunyai jati diri yang cukup kuat untuk menjadikan negara kita sebagai negara yang dihormati..
Dek kerana itu kita sebagai warga yang masih celik akan erti kemerdekaan ini harus sentiasa berkobar-kobar untuk melihat negara ini sentiasa bergerak maju ke hadapan walaupun nyatanya kita tidak dijajah lagi.. dan kita juga seharusnya mengembeling tenaga dan sedaya upaya membentuk anak-anak bangsa kita menjadi lebih celik terhadap erti perjuangan, kemerdekaan dan kebahagiaan...
Kita tidak perlu bertanya apakah pengorbanan negara untuk kita? tapi tanyalah pada diri kita sendiri apakah pengorbanan yang telah aku lakukan untuk negaraku?
Setiap orang mampu berkorban... berkorban bukan maksudnya berperang... tetapi memberi sesuatu sumbangan dengan ikhlas... termasuklah sumbangan tenaga, wang ringgit, ilmu dan macam-macam lagi demi untuk generasi Malaysia dan melahirkan modal insan yang mempunyai jati diri yang jitu...
Merdeka... Merdeka kita.. Merdeka Minda.. Merdeka Malaysia
Jumaat, 28 Ogos 2009
Naruto Shippuuden

Peminat-peminat cerita animasi naruto shippuuden bolehlah menyaksikan rancangan tersebut diblog yang baru saya bina semalam khas untuk kanak-kanak, orang-orang muda dan juga tour-tour yang berminat dengan rancangan animasi ni.
Animasi tersebut adalah dalam bahasa jepun tapi mempunyai sarikata dalam bahasa Inggeris. Jadi bolehlah menonton sambil belajar bahasa inggeris.. yang penting kena faham... kalau tak faham tanya atau rujuk kamus...
Biasalah kalau ada masalah pada pergerakan atau kelancaran video.. anda boleh copy link dan buka pada internet explorer...
Khamis, 27 Ogos 2009
Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh meninggal dunia
Al-Fatihah buat Pakar ekonomi Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh yang telah meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura awal hari ini.
Menurut pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Prof Dr Ismail disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura sebaik tiba di hospital itu pada kira-kira pukul 8 pagi.
Hospital itu kini dalam proses bedah siasat untuk mengetahui punca kematian, katanya ketika dihubungi Bernama.
Allahyarham Dr Ismail, 61, mencipta sejarah sebagai senator pertama yang dilantik daripada kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan di Malaysia.
Beliau juga ialah bekas timbalan ketua pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS).
Bapa kepada enam orang anak itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.
Beliau dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 Sept, 1947 dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya di bidang pengajian, antaranya, anugerah Guiness Book of Records sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat ijazah Doktor Falsafah.
Menurut pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Prof Dr Ismail disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura sebaik tiba di hospital itu pada kira-kira pukul 8 pagi.
![]() |
Allahyarham Dr Ismail, 61, mencipta sejarah sebagai senator pertama yang dilantik daripada kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan di Malaysia.
Beliau juga ialah bekas timbalan ketua pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS).
Bapa kepada enam orang anak itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.
Beliau dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 Sept, 1947 dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya di bidang pengajian, antaranya, anugerah Guiness Book of Records sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat ijazah Doktor Falsafah.
Rabu, 26 Ogos 2009
Nik Aziz Nik Mat Antara 3 Terbunuh
Huhhhh... berderau darah tiba-tiba apabila membaca tajuk berita BH online Nik Aziz Nik Mat antara tiga terbunuh dalam nahas jalan raya... Fikiran hanya terlintas pada Tuan Guru Nik Aziz... rupanya orang lain.... Petikan berita boleh dibaca dibawah:
Nik Abdul Aziz Nik Mat antara tiga terbunuh dalam nahas jalan raya
KUANTAN: Seorang pekerja kilang bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kakak dan anak saudaranya terbunuh selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori penghantaran cepat di Kilometer 15, Jalan Bentong-Raub, dekat Lurah Bilut, hari ini.
Nik Abdul Aziz, 27, dari Bandar Baru Bangi, Selangor, kakaknya, Nik Hasmah, 29, dan anak Nik Hasmah, Mohd Adib Daniel Amizan, 5, meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas pada jam 2.20 pagi tadi.
Yang cedera parah ialah seorang lagi kakak Nik Abdul Aziz, Nik Nab Nik Mat, 45, dan anaknya, Adibah Mohd Fikri, 12, murid Sekolah Rendah Jalan Cochrane, Kuala Lumpur yang dikejarkan ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut. (Petikan BH Online)

Al-Fatihah untuk mereka..
Naruto Slam Dunk Mercun Bunga Api
Cuti ni adik-adik nak tengok citer naruto n slam dunk... jadi saya ambil sedikit masa untuk muat turun citer tu.. naruto episod 220 n slam dunk episod 116...
Memang agak boring cuti ni... kecualilah kalau ada aktiviti-aktiviti yang menarik... ada juga nampaknya yang main saidina...
Awal ramadhan ni saya dengar dentuman mercun dah bermula.... kalau ada yang sakit lemah jantung memang terkejut dan bertambah sakit la mendengar dentuman kuat macam tu...

MUHAMMAD Nur Sufian, 6, kehilangan tiga jari kiri akibat terkena mercun
berhampiran rumahnya di Kampung Simpang Tok Ku Chabang Tiga, Kuala Terengganu
Semalam dah ada yang terputus 3 jari... seperti gambar di atas.. kalau ikutkan mercun tak bahaya... saya pun main juga masa kecil-kecil dulu... masa remaja pun main.. meriam buluh lagi.. memang best dan selamat main mercun ni.. tapi ada syaratnya main ikut langkah yang betul dan cara pun nak kena betul juga..
Masalah putus jari, putus tangan, melecur, dan sebagainya adalah main tak ikut langkah yang betul.. sebagai contoh selepas main bunga api sisanya dicampak merata... jadi, bila terpijak melecurlah... ada juga yang bakar mercun tapi tak baling.. pegang jer kat tangan kononnya nak tunjuk berani.. tu yang terputus jari... lagi satu perangai suka mengubahsuai atau salah guna... main mercun letak dalam botol, dalam tin... memang bahaya... sebenarnya apa-apa sahaja yang disalahguna memanglah bahaya walaupun benda itu sebenarnya tak adalah bahaya pun... sebagai contoh dadah.. tak bahaya tapi disalah guna.. begitu juga mercun..
Apapun lebih seronok main bunga api dan mercun apabila dekat nak raya bukannya awal ramadhan... nak tambah seronok lagin depan mak dan abah dan sekeluarga... tentu selamat punya... kalau main dengan kawan-kawan dan tak bagitau ibubapa tu yang bawa padah...
Jadi, Kalau nak main bunga api ajak ayah sekali... tunggu dekat nak raya baru main.. jangan sesekali menyalahgunakan bunga api dan mercun.. itu jerlah celoteh hari ni... dah kehabisan idea nak cakap...
Selasa, 25 Ogos 2009
PTK Terkini N11 Permatang Pasir
Hari ini tak banyak perkara yang berlaku.. pagi tadi peperiksaan PTK Edisi Ogos untuk yang dapat 3... 3... masa PTK bulan Mac lepas... harap-harap keputusan kali ini lebih baiklah.. apapun tawakal sajalah..
Hari ini juga di permatang pasir@N11 satu pilihanraya telah berlangsung.. dan pastinya umum begitu hangat ingin mengetahui keputusan dari semasa ke semasa. Jadi saya bawakan khas keputusan berdasarkan beberapa sumber yang boleh dipercayai:
Setakat jam 6.00 petang:
| o. | Nama | Parti | Jumlah Undi Semasa |
|---|---|---|---|
| 1 | Mohd Salleh Man | Parti Islam Semalaysia | 5646 |
| 2 | Rohaizat Othman | United Malay National Organisation | 2272 |
Majoriti : 3374
Setakat jam 6.30 petang:
| No. | Nama | Parti | Jumlah Undi Semasa |
|---|---|---|---|
| 1 | Mohd Salleh Man | Parti Islam Semalaysia | 7222 |
| 2 | Rohaizat Othman | United Malay National Organisation | 3201 |
Majoriti : 4021
Setakat jam 6.45 petang :
Majoriti : 4551
| No. | Nama | Parti | Jumlah Undi Semasa |
|---|---|---|---|
| 1 | Mohd Salleh Man | Parti Islam Semalaysia | 8524 |
| 2 | Rohaizat Othman | United Malay National Organisation | 4063 |
Majoriti : 4461
Terkini dan Rasmi :
| No. | Nama | Parti | Jumlah Undi Semasa |
|---|---|---|---|
| 1 | Mohd Salleh Man | Parti Islam Semalaysia | 9618 |
| 2 | Rohaizat Othman | United Malay National Organisation | 5067 |
Isnin, 24 Ogos 2009
Tonton Video Guna i.e
Baru-baru ini saya ada ceritakan tentang browser terbaru iaitu google chrome. Memang bagus tapi rupanya ada juga kelemahannya.. antara kelemahan yang saya lihat adalah pergerakan video yang ditonton diblog ini kadang-kadang tersekat-sekat atau tidak bergerak langsung.
Jadi sebentar tadi saya mencuba browser internet explorer pula. Ternyata i.e lebih laju untuk tontonan video... jadi kalau anda nak menonton koleksi video termasuk drama terbaru nur kasih bolehlah menggunakan i.e sekiranya berlaku masalah pada browser mozila atau google chrome...
Ahad, 23 Ogos 2009
Juadah Pilihan Saya Tika Berbuka Pintu Puasa
Bila nak berbuka puasa... makan apa pun tak jadi hal.. sebab pahala seseorang itu bukan dinilai daripada makanannya.. semakin mahal makanan yang dimakan semakin banyak pahalanya... tidak.. tidak sama sekali.
Apa yang penting kesempurnaan puasa itu sendiri.. makanlah apa yang kita nak makan yang pentingnya halal dan paling penting ialah menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah tamar atau kurma, benda-benda yang manis atau air. Jika tidak berbukalah dengan air kerana ia dapat menyegarkan badan.

Antara makanan pilihan saya selain manisan atau tamar..
kuih-muih
agar-agar
mee@kuey teow kari
mee@kuey teow@bihun sup
mee@bihun tom yam
bubur lambuk
yong tau foo
mee@kuey teow@bihun goreng
roti jala
roti john
bubur kacang
pengat pisang
pengat tepung
Antara minuman Pilihan
air putih
air tebu
air kelapa
air sirap@sirap limau
cincau
bandung
itu saja rasanya... yang lain tu makan juga.. tapi yang paling kerap yang saya nyatakan dekat atas...
yang pentingnya juadah tu disediakan sendiri cuma sikit2 jerlah yang dibeli... sejak dulu lagi asal bulan puasa saja kami adik-beradik akan tolong arwah mak sediakan juadah.. seronok rasanya dapat makan makanan yang dibuat sama-sama dan dimakan sama-sama.. sekarang ni adik-beradik tolong abah pulak masak kat dapur macam semalam...
Puasa ni memang suatu yang menyeronokkan.. membuatkan saya sentiasa dapat mengimbas kenangan lampau.. dapat membanding beza puasa saya masa kecil dan dewasa kini. Seronoknya puasa ni antaranya ketika berbuka puasa kerana tatkala itu saya sentiasa akan berasa satu kepuasan. Entahlah kamu semua macam mana... tapi itu salah satu perasaan yang lahir tiap kali berbuka...
Sabtu, 22 Ogos 2009
Cuaca Ok Mee Kari Ok
Alhamdullilah seperti yang diharapkan hari ini cuaca begitu baik sekali... Saya dan adik-adik pergi ziarah pusara mak dan lebih kurang sejam berada di situ.. Nampaknya tak banyak yang nak dibersihkan sebab seluruh kubur kelihatan bersih sebab baru saja diorang buat gotong-royong..
Hari ini berbuka makan mee kari... abah yang masak.. kalau nak diceritakan pasal mee kari memanglah salah satu makanan kegemaran saya.. teringat dulu masa form 4... saya pernah berniaga ABC, nasi campur, mee jawa, soto, dan mee kari dengan abah dekat taman keramat... kuah kari tu mak yang masak.. memang sedap sebab tu ramai yang suka makan mee kari buatan mak saya.. memang larislah jualan mee kari tu... tapi sekarang kuah kari ni abah pula yang buat... ok jugaklah sebab abah memang kaki masak..
Nanti ada masa saya cerita pula juadah pilihan saya sepanjang menjalani ibadah puasa.....
Week 3 Tamat Week 4 Mula.. Pra-UPSR 2
Selamat berpuasa dan bercuti buat murid-murid semua... ujian August week 3 di zoom-a telah pun ditamatkan... agak sedikit mengecewakan sedikit bilangan yang menjawab soalan ujian tersebut.. Walaubagaimanapun tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada murid-murid yang berjaya menjawab soalan ujian tersebut walaupun gagal atau mendapat markah yang agak rendah yang penting cikgu bangga dengan usaha yang anda tunjukkan.
Pada hari ini ujian August Week 4 pula telah bermula sehingga 31 Ogos 2009 nanti. Harap murid-murid semua dapat meneruskan cabaran dalam ujian tersebut. Untuk pengetahuan murid2 semua. Soalan ujian untuk week 4 adalah pada aras sederhana dan susah.
Bagi murid tahun 6 pula cikgu juga sedidakan soalan pra-upsr bagi siri kedua selepas siri pertama tamat sejak semalam. Bagi siri kedua ini pula akan tamat pada 31.08.2009. Harap murid dapat jawab soalan ujian yang disediakan dengan bersungguh-sungguh dan teliti. Semoga usaha anda akan diberkati Allah dan akan mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan UPSR yang tinggal beberapa hari sahaja lagi.
Kenangan dan Ingatan Untukku di Bulan Puasa

Hari ini seluruh umat Islam di muka bumi Allah ini telah menunaikan ibadah puasa. Ada juga yang tidak berpuasa atas sebab-sebab tertentu dan ada juga yang tidak berpuasa kerana tak tentu dan termasuklah hantu. Apapun Selamat Bepuasa
Teringat masa menuntut di maktab dulu saya berbuka puasa bersama kawan di masjid... masak sendiri sebab nak jimat duit... masa tu cuti tapi tak balik rumah.. kepalanya adalah Pak Lah... yang lain turut serta Azmi, Syuk, Mizi... Chopie dan yang lain pulak berbuka di luar sebab mereka semua banyak duit lebih daripada RM10.. hahaha..
Saya dan rakan yang paling rapat iaitu Syuk agak pelik... mana taknya... bulan puasa pun pergi joging kat tasik Y.... 7 pusingan pulak tu... kami berdua antara orang melayu yang pelik ketika tu... dan kami juga turun main bola keranjang (sukan kegemaran saya) juga walaupun puasa... lagipun sukan juga adalah ibadah yang penting niat untuk menyihatkan badan supaya ibadah lain dapat dilaksanakan dengan sempurna... semuanya kerana Allah...
Bulan puasa ni.. saya nak ingatkan diri saya dan semua bahawa berpuasa bukan dari segi menahan diri dari lapar dan dahaga sahaja yer... Kita juga kena berpuasa wang ringgit... takyah membazirlah... Sebelum pergi bazar ramadhan fikir dulu apa nak beli dan rancang dengan teliti... nanti makan terlebih kenyang pulak takpun tak habis makan...
Dalam keadaan H1N1 sekarang ni, saya cuba untuk tidak pergi ke bazar dan cuba makan makanan yang dimasak di rumah saja.. Lagipun sedap mana pun sesuatu makanan tu hanya di mulut.. apabila telan dah tak rasa apa dan bertukar pula menjadi tahi@najis... yang pentingnya benda tu sama jer tak kiralah makan apa pun.. jadi buat apa nak membazir...
Terkilan rasanya sebab kelmarin dan semalam saya tak berkesempatan nak ke pusara mak sebab hujan turun dengan lebatnya di kawasan tempat tinggal saya... Jadi hari ni harap-harap cuaca elok jadi dapatlah saya pergi ziarah dan bersihkan pusara mak... lagipun saya ada buat satu kesalahan besar dalam hidup saya pada tahun ini dan saya perlukan semangat.. saya harap saya dapat satu semangat baru apabila saya menziarahi arwah nanti... Walaubagaimanapun saya rindu dekat mak apatah lagi pada bulan puasa yang mulia ini.. Teringatkan ketika persiapan untuk berbuka dan bersahur.. huhhh
Jumaat, 21 Ogos 2009
Rakaman Pengumuman Puasa 2009
Semalam pengumuman raya puasa telah pun dibuat di TV. Ada yang tak berkesempatan nak tengok . Jadi bolehlah saksikan siaran khas yang dirakam sebentar tadi. Jadi anda bolehlah saksikan rakaman pengumuman puasa dibawah:
Selamat menjalani ibadah puasa...
Selamat menjalani ibadah puasa...
Khamis, 20 Ogos 2009
Guna Google Chrome Lebih Bagus
Internet kini boleh dianggap sebagai keperluan penting dalam melelui kehidupan di zaman serba canggih dan moden ini. Pelbagai perkara boleh dilakukan dengan pantas dengan adanya internet. Bayangkanlah banyak kerja yang boleh diselesaikan dengan begitu pantas sebagai contoh bayar bil, cari maklumat dan sebagainya.
Dalam melayari internet terdapat pelbagai jenis browser yang digunakan. Browser ni dalam bahasa kelantan bermaksud alat pencarian lah lebih kurang.... terdapat pelbagai jelis browser seperti mozila, opera, internet explorer dan macam-macam lagi... biasanya ramai yang menggunakan mozila daripada internet explorer dan lain2 browser kerana ianya lebih berkemampuan mencari dan memaparkan maklumat dengan pantas.
Namun semakin berkembangnya zaman IT ini kita seharusnya memastikan diri kita juga terkemas kini. Hari ini saya cuba pula menggunakan browser yang terkini iaitu google chrome... wow memang bestlah... paparan lebih cantik dan pencarian yang lebih hebat dan pantas. Kalau anda berminat nak tukar browser bolehlah download http://www.google.com/chrome.

Cuti PTK Dipijak
Esok merupakan sesi akhir persekolahan sebelum sekolah ditutup bersempena dengan cuti penggal kedua selama 9 hari. Cuti ni boleh memberi peluang untuk murid berehat sementara sesi pembelajaran bermula semula. Murid perlu bijak mengisi masa yang ada tersebut dengan melakukan aktiviti yang berfaedah.
Bagi penjawat awam PTK akan berlangsung minggu hadapan. Entah apa pulak soalan yang nak keluar kali ini saya pun tak tau. Saya pun dapat 3 3 jer... sebab tak ulangkaji. Sebenarnya kalau nak lulus PTK cuba buat ulangkaji dan kurangkan kesibukan. biasanya kalau sibuk dan tak sempat ulangkaji memang payah nak lulus.
Jadi kesimpulannya buat kerja berpada-pada.. pentingkanlah yang lebih penting daripada yang penting kerana yang lebih penting itu lebih penting daripada yang penting... pentingkan diri sendiri dahulu atau majukan diri sendiri dahulu sebelum pentingkan atau majukan orang lain... kalau tak kita sendiri pula yang rugi.. sebab dunia ini dah tak semacam dulu lagi sentiasa sahaja berubah.. biar kita sentiasa berpijak di bumi yang nyata ini jangan sesekali dipijak dan jangan juga sesekali terpijak.

Rabu, 19 Ogos 2009
Semak Kertas Ujian Habis-Habisan
Hari ini ujian math telah selesai dijalankan... jadi saya gunakan sepenuh masa hari ini untuk menyemak sehabis-habisnya kertas ujian tu. Tak sabar rasanya nak lihat perkembangan pembelajaran mereka. Rasa risau tu ada juga sebab ujian kali ini pastinya lebih sukar dengan pertambahan kemahiran-kemahiran yang lebih mencabar.
Apa yang pasti mesti ada yang turun naik markahnya bergantung kepada tahap pencapaian mereka terhadap sesuatu kemahiran. Setakat menanda tadi rasanya masih mampu tersenyum lagi. Harapnya senyuman itu dapat kekal hingga ke hujung tahun. Murid yang lemah pun ada juga itu tak boleh dinafikan. Cuma jadi guru memang kena penuh dengan sifat sabar walaupun kadang-kadang terpaksa menengking.
Murid pula pastinya juga tidak sabar untuk mengetahui markah mereka. Hendaknya mereka yang masih ditahap yang lemah terus bertungkus lumus untuk berjaya. Masih ada kesempatan masa lagi yang penting usaha walaupun murid bukan dari kelas 5 usaha..

Isnin, 17 Ogos 2009
Koleksi Video Untuk Tonton & Muat Turun
Boringnya... tadi pergi sekolah nak main ping pong tapi tak ada orang... terbantut pula rasanya.
Tapi tak apalah, tetiba teringat murid-murid tanya pasal video yang saya rakam dan masuk kat blog. Mereka cari tapi tak jumpa. Mungkin pasal dah lama kot... tapi kalau pandai cari jumpa punya..
Apapun saya nak memudahkan lagi guru-guru dan murid-murid menonton dan memuat turun video yang berjaya dirakam oleh saya bolehlah pergi ke laman blog http://koleksivideoeskays.blogspot.com/....
Di sini saya kumpulkan semua rakaman video yang telah menjadi koleksi untuk dikongsi bersama seluruh warga sk setiawangsa. Guru-guru dan murid-murid boleh memuat turun video yang berkenaan untuk dijadikan kenangan. Video yang dimuatnaik juga boleh ditonton pada "handphone". Jadi lepas muat turun nanti... muat naik pula pada handphone... saya harap anda semua berpuas hati dengan apa yang saya cuba lakukan... kalau ada komen sudi-sudikanlah...

Idea Hilang Ujian Esok
Entah kenapa sejak semalam kepala jadi jem. Idea yang selalunya melimpah-limpah datang kini seolah-olah mula nak menghilang. Cuba juga paksa tapi tak dapat nak fikir juga.. mungkin disebabkan oleh tekanan yang saya cipta sendiri. Adoi...
Saya harap murid-murid tak begitu, kena sentiasa tenang tambahan pula esok nak ujian. Ketenangan amat penting ketika peperiksaan kerana idea pastinya melimpah-limpah datang. Dulu cikgu saya pesan kalau tak ada idea duduk diam sekejap dan selawat. Insyaallah idea akan datang dengan sekelip mata dengan syarat kita telah membuat ulangkaji sebelum itu. Harap-harap perasaan dapat kembali tenang tambahan pula Ramadhan bakal menjelang.
Kepada murid-murid yang bakal menghadapi ujian yang bermula esok diharapkan agar dapat menjawab soalan dengan baik. Bagi mengingatkan murid markah formatif 3 akan diambil kira untuk 3 anugerah iaitu emas, perak dan gangsa atau anugerah Guru Besar.
Semoga Berjaya......

Langgan:
Catatan (Atom)